Tuesday, November 30, 2010

Muhasabahku...

‎1. Qudwah sebelum dakwah
2. Menjalin keakraban sebelum pengajaran
3. Mengenalkan Islam sebelum memberi tugas
4. Bertahap dalam pemberian tugas
5. Mempermudah, bukan mempersulit
6. Menyampaikan yang usul (dasar) sebelum yang furu’ (cabang)
7. Memberi khabar gembira sebelum ancaman
8. Memahamkan
9. Mendidik bukan menelanjangi
10. Menjadi murid seorang imam, bukan muridnya buku


Dengar dan Taat,
Wala' dan Thiqah,
Sabar dan Thabat,
Iltizam dan istiqamah,
Ukhuwwah dan mahabbah :)

"Percayalah...sesiapa yang memperjuangkan Islam, dia tidak akan susah. Mungkin tidak kaya tetapi tidak ada yang susah atau tidak makan...Saya sendiri tidak pernah rasa gaji besar tetapi kehidupan saya tidak susah dan alhamdulillah makin bertambah baik.

"Bagi pejuang Islam, apa jua cabaran dan dugaan akhirnya Allah akan tolong juga dan bantu kita untuk teruskan kehidupan...," : Al Marhum Ustaz Hassan Shukri dalam kenangan

Monday, November 29, 2010

Islam? contd..

Take 2:
Jadi sambung posting dulu.. perpecahan dalam Islam..

Honestly, kadang kala kita rasa meluat dan benci kalau seseorang tu tak masuk kumpulan kita. Hmm, aku pun rasa begitu kadang-kadang. Tapi kita muslim dan muslim itu bersaudara.

Bak kata Zakir Naik bila ditanya tentang hadith nabi yang ummah ini akan berpecah kepada 73 golongan. Golongan mana yang akan masuk syurga?

Beliau kata nabi jawab, yang akan masuk syurga adalah yang "ini", (yang mengikut jalan yang lurus/tengah) ie. the pathway yang telah diajarkan oleh nabi. Maka tiada exclusivity kepada mana-mana golongan, selagimana dia mengikuti jalan yang ditunjukkan dek Nabi Muhammad SAW.

Maka, kalau dia adalah sunni, dan dia ikut jalan yang lurus, dia akan masuk syurga.
Kalau dia adalah syiah, dan dia ikut jalan yang lurus, dia akan masuk syurga.
Kalau dia jemaah tabligh, dan dia ikut jalan yang lurus, dia akan masuk syurga
Kalau dua orang politik, dan dia ikut jalan yang lurus, dia akan masuk syurga
Kalau dia mujahiddeen di Chechnya atau Palestin atau Afrika atau Iraq atau Afghanistan, dia ikut jalan yang lurus, dia akan masuk syurga.

Mestilah jalan yang lurus itu, jalan yang memang berlandaskan ajaran nabi. Tak dicemari dengan bid'ah dan kesesatan yang melampau. Tidak dicemari dengan extremism dan liberalism yang melampau, kerana nabi kata agama ini sederhana. "Aku ada masa untuk ini, dan aku ada masa untuk itu".

Tapi apa yang membezakan kita? Yes, semua masuk ke syurga.. tapi Allah kata yang membezakan manusia ini adalah taqwanya kepada Allah. Apakah taqwa itu? Menurut sahabat/hadith (tak pasti): Taqwa itu seperti seseorang berjalan dengan berhati-hati atas laluan yang berduri.

Astaghfirullahaladzeem, aku mohon ampun kepada Allah kerana sepanjang hidupku terlalu sedikit masa aku ini dalam keadaan bertaqwa kepada-Nya...]

Maka as a muslim, kita kena belajar mencintai saudara seagama kita, sekalipun mereka ini orang yang berada pada kumpulan yang lain daripada kita, as long as mereka jelas masih ikut sunnah yang diwarisi daripada nabi....

Take 3:

FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AN-NISA’ AYAT 95 YANG BERMAKSUD:

“TIDAKLAH SAMA KEADAAN ORANG-ORANG YANG DUDUK (TIDAK TURUT BERPERANG) DARI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN - SELAIN DARIPADA ORANG-ORANG YANG ADA KEUZURAN - DENGAN ORANG-ORANG YANG BERJIHAD (BERJUANG) PADA JALAN ALLAH (UNTUK MEMBELA ISLAM) DENGAN HARTA DAN JIWANYA. ALLAH MELEBIHKAN ORANG-ORANG YANG BERJUANG DENGAN HARTA BENDA DAN JIWA MEREKA ATAS ORANG-ORANG YANG TINGGAL DUDUK (TIDAK TURUT BERPERANG KERANA UZUR) DENGAN KELEBIHAN SATU DARJAT. DAN TIAP-TIAP SATU (DARI DUA GOLONGAN ITU) ALLAH MENJANJIKAN DENGAN BALASAN YANG BAIK (SYURGA), DAN ALLAH MELEBIHKAN ORANG-ORANG YANG BERJUANG ATAS ORANG-ORANG YANG TINGGAL DUDUK (TIDAK TURUT BERPERANG DAN TIDAK ADA SESUATU UZUR) DENGAN PAHALA YANG AMAT BESAR”

lepas ni nak bincang pasal ayat ni + kisah ibnu mubarak + related issues...

Sunday, November 28, 2010

Islam?

Dialog dengan diri sendiri untuk brainstorm, kenapa Islam? Sebab aku dan kau (kalau kau Islam la), lahir-lahir kat bumi ni dah orang azankan.

Take 1:
Islam ni takde authority. Nabi dah wafat. Khalifah takde. So masing-masing orang Islam letak authority kepada orang yang berlainan. Maka Islam itu diverse. Tapi bak kata Tariq Ramadhan, diversity is good, but you need some sort of control. Because if you don't, then diversity will lead to separation.

Tapi kalau ade khalifah pon, adakah ia akan jadi solution to this problem? Selagi mana khalifah atau raja orang Islam ini bukan Nabi Isa atau Imam Mahdi yang telah dijanjikan oleh nabi, aku tak rasa yang akan ada complete allegiance atau bai'ah.

So, bila Imam Mahdi nak datang dan Nabi Isa akan turun untuk memimpin ummah tu kita tak tahu. Mungkin dalam masa terdekat dan mungkin tidak. Tapi kita yang sudah hidup pada zaman ini, have to do something. Sebab sehebat-hebat nabi pon, memang sunnatullah maunsia ni perlukan kerjasama dan jamaah. Tak boleh nak buat kerja sorang2. Point aku ialah, ok, satu hari nanti Imam Mahdi/Nabi Isa datang kan, tapi takkan kite nak goyang kaki tak buat ape, tunggu diorang datang baru nak start keje. Kite kene do something sekarang!! Insyaallah dengan asbab kerje kite tu, kerje untuk nak menegakkan Islam di muka bumi ni, kite akan terselamat dari azab api neraka dan mendapat ganjaran yang besar di sisi Allah. Plus, keje ni memang keje manusia, yang memang Allah lantik jadi khalifah di muka bumi..

So, skarang dah faham ek, WE HAVE DO SOMETHING NOW!!

But what are we supposed to do? Menegakkan Islam di muka bumi. That's a big thing.
Where are we now in terms of strength? Ok la

But tu lah, the main problem is masing-masing dalam dunia Islam ade different ideas. 1st ade perbezaan mazhab- mainstream ahli sunnah wal jamaah, syiah and the rest. Then berbeza negara. Ade berapa puluh negara Islam yang ada kerajaan sendiri, dan ade pula umat Islam yang tinggal dalam negara bukan Islam dan jumlah ni cukup ramai. Dalam negara Islam sendiri ade macam2 jemaah Islam. Ade yang go for democracy, ade yang pasif dok zikir memanjang, ade yang go on the streets, ade yang jadi militan. Lepas tu ade orang Islam yang memang tak tau ape Islam. Dan ade pulak orang Islam yang "over Islam". Dan macam-macam lagi.

So what unites us? Al Quran dan Sunnah. Ok, so there's the 2 but the problem is, there are so many different interpretations of the duo. Plus kalau sunnah tu, penerimaan orang berbeza sebab tak semua yang diterima. So, even kalau dah ade Quran dan Sunnah, kalau people yang berbeza pendapat tu duduk dan bincang, tapi masing-masing ade interpretation yang berbeza, tak selesai masalah jugak... Hmm..

Maka perlu 1 benda yang penting dalam berbeza pendapat ini iaitu adab. So that even if we disagree, it wouldn't result in a war or something. Kalau 2 pihak datang bincang dalam keadaaan disagreement,then bincang, tak disagree, we go back home at least with knowing the other side's perspective on things.

Sambung lagi bincang nanti...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...