Tuesday, July 27, 2010

Muhasabah seorang manusia

Manusia itu lumrahnya akan jemu dengan setiap apa pun. Segalanya tidak akan cukup buat seorang manusia. Jika diberinya emas sebanyak gunung, nescaya ia akan meminta lagi emas sebanyak itu. Jika memiliki 1 juta ringgit, terus difikirkan bagaimana 1 juta itu dapat digandakan ke 10 juta, 20 juta, 1 billion...

Itulah manusia, aku dan kamu yang merupakan makhluk ciptaan tuhan yang terbaik. Huruf-huruf "nun", "sin" dan "ya" yang membentuk kata akar perkataan insan dalam bahasa arab juga membawa maksud lupa. Maka bolehlah dihubungkaitkan antara jemu dan lupa ini seperti berikut...

Manusia yang diberi nikmat, selalunya lupa asal keadaaannya. Yang sebelum diberi nikmat itu berada dalam kekurangan. Kemudian nikmat dikurniakan. Dia gembira. Dia hanyut dalam kegembiraannya, sampai dia lupa keadaan sebelumnya. Lalu, bila sudah lanjut beberapa masa, dia mulai jemu. Lantas nafsunya meminta lagi diberi nikmat.

Allahu Allah...

Namun begitu, buat orang yang diberi petunjuk oleh Allah, dia tahu, bahawa hidup yang sebenar, kenikmatan yang sebenar itu bukan di atas muka bumi. Kerana bumi ini tidak lain dan tidak bukan hanya main-main dan senda gurau. Nikmat di bumi ini sifatnya menipu, kerana walau betapa indah dan bagus kenikmatan yang dirasakan, sifatnya sementara, fana dan tidak berkekalan. Lama-kelamaan, nikmat yang dirasakan hebat pada asalnya akan dirasakan hambar lagi bosan. Hai dunia, sungguh kutertipu sering dek perhiasanmu.

Justeru, selaku orang yang beriman, percaya kita adalah pada hakikat yang bumi ini sementara. Segala isinya sementara. Segala nikmat dan azab di dalamnya sementara. Yang kekal nanti, di akhirat. Yang mana pintu masuknya adalah mati. Buat insan yang tertipu, mati itu jauh, berpuluh tahun jaraknya daripada umurnya sekarang. Tapi buat insan yang sedar, menggunakan hati untuk memahami, ayat-ayat dan janji tuhan, mati itu malah teramat dekat, sekadar satu nafas, sekadar satu degup jantung sahaja jaraknya dengan kehidupan.

Allahu Allah...

Demi masa. Sesungguhnya manusia itu dalam kerugian. KECUALI orang-orang yang berimanu dan beramal soleh, yang berpesan-pesan dengan kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran.

Allahu Allah, Ya Rahman, ya Rahim..

Hambamu lupa. Seringkali lupa... bahawa dirinya adalah hamba kepada-Mu. Tapi yang dia ingat, dia tuan kepada dirinya sendiri. Astaghfirullah. Ya Tuhanku, aku berlindung dengan-Mu daripada apa yang aku sekutukan dengan-Mu dalam perkara-perkara yang kuketahui, dan aku juga berlindung dengan-Mu daripada apa yang aku sekutukan dengan-Mu daripada apa yang tak kuketahui.

Tuhanku, hakikat kehidupan ini sudah berulang kali diberitahu kepada hamba-Mu yang hina ini. Bahawa ianya sementara. Dan mati itu pasti bagi tiap-tiap yang hidup. Tapi, amalan hamba-Mu, bagai tak pernah mendengar ayat-ayat-Mu. astaghfirullah.

Ya Tuhanku, maka aku mohon, kurniakanlah aku hidayat mu dan cahaya mu, yang akan membimbingku, sampai daku memasuki taman firdaus Mu, untuk bersama kekasih-kekasihmu, dan supaya dapatlah kiranya si hamba ini berhadapan dengan penciptanya, dan melihat wajah penciptanya. Yang sepatutnya ku harapkan oh tuhanku, adalah redha Mu, yang telah Kau berikan pada sebilangan makhluk Mu yang sebelum daripada ku.

Allahu Allah. Allahu Allah. Segala puji milik Engkau. Dan selawat serta salam ke atas kekasihmu, junjungan besar, Nabi Muhammad Sallallahu alaihi solatu wassalam. Rahmatilah daku, dan ummah ini, Ya Rabbi, Ya Rabbal Alamiin.

Terimalah permohonanku, Ya sami'ul basir, Ya Wahhabul Kareeem.

Friday, July 23, 2010

What your teacher didn't tell you

I'm reading a book entitled as above by political historian, A. Farish Noor.

It is based around several lectures he gave in which the topics include the political struggle of Dr Burhanuddin Al Helmy, distortion of "Hikayat Hang Tuah" as a tool of the ethno-nasionalist party in Malaysia, ancient Southeast Asian perception on sexuality and many more interesting topics.

This book is written as an effort by the author to criticize the conservative mainstream in Malaysia by highlighting the liberalism of the country's past.

It's history, presented with a slight sense humour and cynicism.

Pagi dan malam




Dan kami jadikan tidurmu untuk istirahat. Dan kami jadikan malam sebagai pakaian. Dan kami jadikan siang untuk mencari penghidupan. (QS an-Naba’: 9-11)

Dan di antara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah tidurmu di waktu malam dan siang hari dan usahamu mencari sebagian dari karunia-Nya. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang mendengarkan. (QS ar-Rum: 23)


Pagi yang baik bermula dengan qiamullail dan munajat kepada Allah. Kemudian solat Subuh berjemaah di masjid. Ma'thurat. Dan kekuatan untuk menahan diri daripada tidur mati hingga pukul 12 tengahari.

Namun, pagi yang baik bergantung kepada malam yang baik. Waktu selepas isya' wajar diisi dengan Al Quran, mengulangkaji pelajaran, beramah mesra dengan keluarga dan perkara lain yang bermanfaat. Kemudian, masuk tidur sekitar jam 12 untuk tidur yang secukupnya. Sebolehnya lebih awal.

Tapi kadang kala masa malam diisi dengan internet berlebihan, bola, lepak di mamak, tengok movie.... Astaghfirullah


Niat di hati mahu memanfaatkan malam dan pagi setiap hari. Insyaallah, ku-doa agar iktikad diterjemah dengan amali.

Maka, jagalah waktu pagi, dengan menjaga waktu malam.

Saturday, July 17, 2010

The 7 Universal Laws that govern this world

1.The Law Of Perpetual Transmutation
Energy cannot be created nor destroyed. It only shifts from one form to another

2. The Law Of Cause And Effect

Every action creates an opposite reaction

3. The Law Of Polarity
Everything has it's pair. Male-female, good-bad, beautiful-ugly...

4. The Law Of Rhythm
There is a rhythm in everything. A cycle. Menstrual cycle, night and day, oceanic tides...

5. The Law Of Relativity

Something might appear as something good for you, but not for others.
If you 75kg, you are heavy, relatively to a 10kg toddler but at the same time, you are way lighter than a 2 tonne elephant.

6. The Law Of Incubation
Before a seed, baby or idea for instance, matures, it has to undergo an incubation period.

7. Law Of Attraction

Things attract things. take gravity for instance.

Friday, July 16, 2010

Pemula bicara

Bismillahirrahmanirraheem

Aku seorang muslim, yang meyakini kebenaran hari kiamat. Yang penghujungya antara 2 jalan menuju kekekalan. Syurgakah atau nerakakah. Saat itu pasti. Walaupun bukan kini. Namun, proses pemilihan itu, medannya bukan di sana nanti. Tapi di sini. Di atas muka bumi Allah yang luas dan penuh ujian.

Realitinya...

Dunia masa kini masyaallah ujiannya. Musuh-musuh tuhan dengan perancangan mereka yang rapi telah mendoktrin masyarakat dunia menurut kehendak hawa nafsu mereka. Daripada budaya, makanan, hiburan, sukan, pakaian... segalanya ditentukan trendnya. Manusia dimomokkan dengan perhiasan-perhiasan ini, dan tanpa aku sedari, aku sendiri bergelumang dalam penipuan tersebut.

Maka tulisanku di sini sekadar hendak merungkai persoalan jalan-jalan menuju keredhaan Allah dalam kehidupan ini yang berada dalam zaman yang begitu hebatnya ujian, dan begitu asingnya agama. Semoga sebahagian pengalaman yang ditimba dalam perjalanan mencari redha, dapat disimpan dalam tulisan-tulisanku.

Wallahua'lam

My-heart-is-dry
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...