Tuesday, August 24, 2010

Ketenangan yang kau cari... Sudahkah kau temui?
Kehidupan di muka bumi, kau tahu bukan kekal abadi.
Kau tahu akhirat itu pasti.
Tapi, jalan menuju abadi, sukar masuk ke dalam hati.
Maka, kau teruskan mencari...

Aku seorang pelajar. Kerjaku belajar. Aku mempunyai keluarga. Aku menyayangi keluargaku. Aku seorang Muslim, aku tahu perintah Tuhanku. Aku seorang pemuda. Aku sedari banyak peluangku.

Aku hidup di zaman serba moden. Dunia tanpa sempadan kata orang. Apa yang berlaku di hujung dunia, sekelip mata terbentang di hadapanku. Kadang kala siap dengan analisis sekali. Mudah betul hidup sekarang ni. Macam mana agaknya orang zaman dahulu hidup.

Aku sebenarnya sedang belajar di universiti, tahun keempat perubatan. Setahun lagi habis. Ambil medic ni, kerjanya belajar sahaja. Penat, tapi memikirkan hasilnya nanti, memang berbaloi. Kerjanya walaupun susah, orang hormat dan pandang tinggi. Tapi asyik belajar, memang penat. Nasib baiklah ada juga masa lapang untuk aku rehat-rehatkan badan dan fikiran.

Jadi aku beli PS3. Niatnya mahu habiskan masa merehatkan diri yang penat belajar. Akhirnya, tiga suku hari terduduk main game PS3, suku sahaja untuk benda-benda lain, termasuk belajar. Akibatnya jiwaku kosong. Hanya penuh dengan imaginasi dan angan-angan. Aku simpan PS3.

Tapi masa kosong terus kembali. Rasa bosan menyelubungi diri.

Jadi aku tengokah TV. Niatnya mahu tengok National Geographic dan Discovery. Akhirnya masaku habis menonton rancangan realiti. Akademi Fantasia, Raja Lawak, Britain’s Got Talent, Imam Muda, Project Runaway. Lama kelamaan, baru kusedari... bahawa niatku sudah lari. Aku pun tutup TV.

Tapi masa kosong terus kembali. Rasa bosan menyelubungi diri.

Jadi aku mulalah layari internet. Niatnya mahu baca perkembangan semasa, mahu luaskan paradigma. Akhirnya berjam-jam menghadap laptop. Ku ketagih laman web sia-sia. Mulanya baca email, kemudian facebook, kemudian youtube, kemudian facebook, kemudian facebook, kemudian facebook, kemudian laman web XXX... Alhamdulillah aku sedar, aku berbuat dosa. Aku tutup laptop dan taubat.

Tapi masa kosong terus kembali. Rasa bosan menyelubungi diri.

Jadi aku pun pergi belajar agama. Niatnya mahu mendalami ilmu dan iman. Aku jumpa suasana yang baru. Aku jumpa saudara-saudara baru. Mereka itu semuanya pencari sepertiku. Bahagianya rasa hatiku. Syeikh yang menjadi guruku, amat aku segani. Idea yang beliau tanamkan, melekat di dalam hati.

Kata-katanya yang kuhargai sekali hari ini berbunyi, “Kita mesti menegakkan Islam di muka bumi. Tapi Islam itu bermula dari dalam diri. Mulai hari ini, niatlah, bahawa setiap yang kau lakukan, mestilah hanya untuk Sang Rabbi, meski kecil mahupun besar perkara itu. Meski ketika lapang mahupun ketika sempit. Meski ketika orang nampak dan ketika kau berseorangan. Semuanya untuk Dia dan hanya Dia. Barulah amalan kita akan diterima.”

Lalu aku pun pulang dengan semangat yang baru. Semasa melintasi jalan di hadapan rumah, aku dengar sesuatu. Mirip bunyi hon kereta. Alih-alih, aku melambung. Kepalaku di bawah, kakiku di atas. Aku jatuh di atas rumput. Diriku longlai, tak bermaya. Nafas ku kian perlahan. Kemudian nafas seterusnya tidak datang. Ku paksakan, tapi tak datang. Aku mahu menggelupur, tapi tubuhku kaku...

Aku nampak doktor dan nurse bertungkus lumus menyelamatkan aku. Aku nampak diriku makin kecil, makin menjauh. Rupanya aku terapung-apung di awangan. Semakin lama semakin tinggi. Semakin menjauh dari muka bumi. Adakah ini masanya aku pergi, menemuimu Ya Rabbi?

Masa bagaikan terhenti. Tapi kali ini bukan rasa bosan menyelubungi diri, tetapi rasa takut dan tidak pasti. Adakah cukup amalanku untuk aku bertemu dengan Sang Rabbi?

Aku berfikir dan menghisab diri. Terus menerus kuberfikir. Apa yang akan kujawab nanti? Bila tuhan bertanya, apa yang kau isi, dengan masa lapang yang Aku beri? Apa yang kau buat semasa usia muda yang Aku kasi?

Rupa-rupanya jawapan itu tetap sama. Tak berubah sejak dulu. ALLAH. Dialah yang awal, Dialah yang akhir. Dialah yang berkuasa ke atas tiap-tiap sesuatu, yang mentadbir alam ini. Ya, memanglah jawapan ini sudah kuketahui, tapi kali ini mesti beramali.

Kerana dahulu bila aku ingin cari ketenangan dan kerehatan, PS3, TV, Internet jadi matlamat.

Tapi kini barulah aku sedar. Itu semua hanya alat. Hanya tuhan di hujung jalan pencarian.

Tiba-tiba, aku terdengar suatu suara yang kuat.... “Hei manusia! Sesungguhnya kau akan kembali padanya. Kalau kamu kembali kepadanya sedang kamu mencari-Nya, alangkah beruntungnya. Tapi kalau tidak? Jawablah sendiri di hadapan-Nya. Tiada jaminan untukmu...”

Aku terjaga. Badanku berpeluh. Oh, mimpi rupanya... Ingatkan aku dah mati tadi....

Tapi masa aku hendak bangun mencuci muka dan mengambil wuduk, aku menyedari sesuatu yang tidak kena....



Kenapa sekelilingku hanya...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...