Monday, November 29, 2010

Islam? contd..

Take 2:
Jadi sambung posting dulu.. perpecahan dalam Islam..

Honestly, kadang kala kita rasa meluat dan benci kalau seseorang tu tak masuk kumpulan kita. Hmm, aku pun rasa begitu kadang-kadang. Tapi kita muslim dan muslim itu bersaudara.

Bak kata Zakir Naik bila ditanya tentang hadith nabi yang ummah ini akan berpecah kepada 73 golongan. Golongan mana yang akan masuk syurga?

Beliau kata nabi jawab, yang akan masuk syurga adalah yang "ini", (yang mengikut jalan yang lurus/tengah) ie. the pathway yang telah diajarkan oleh nabi. Maka tiada exclusivity kepada mana-mana golongan, selagimana dia mengikuti jalan yang ditunjukkan dek Nabi Muhammad SAW.

Maka, kalau dia adalah sunni, dan dia ikut jalan yang lurus, dia akan masuk syurga.
Kalau dia adalah syiah, dan dia ikut jalan yang lurus, dia akan masuk syurga.
Kalau dia jemaah tabligh, dan dia ikut jalan yang lurus, dia akan masuk syurga
Kalau dua orang politik, dan dia ikut jalan yang lurus, dia akan masuk syurga
Kalau dia mujahiddeen di Chechnya atau Palestin atau Afrika atau Iraq atau Afghanistan, dia ikut jalan yang lurus, dia akan masuk syurga.

Mestilah jalan yang lurus itu, jalan yang memang berlandaskan ajaran nabi. Tak dicemari dengan bid'ah dan kesesatan yang melampau. Tidak dicemari dengan extremism dan liberalism yang melampau, kerana nabi kata agama ini sederhana. "Aku ada masa untuk ini, dan aku ada masa untuk itu".

Tapi apa yang membezakan kita? Yes, semua masuk ke syurga.. tapi Allah kata yang membezakan manusia ini adalah taqwanya kepada Allah. Apakah taqwa itu? Menurut sahabat/hadith (tak pasti): Taqwa itu seperti seseorang berjalan dengan berhati-hati atas laluan yang berduri.

Astaghfirullahaladzeem, aku mohon ampun kepada Allah kerana sepanjang hidupku terlalu sedikit masa aku ini dalam keadaan bertaqwa kepada-Nya...]

Maka as a muslim, kita kena belajar mencintai saudara seagama kita, sekalipun mereka ini orang yang berada pada kumpulan yang lain daripada kita, as long as mereka jelas masih ikut sunnah yang diwarisi daripada nabi....

Take 3:

FIRMAN ALLAH S.W.T DALAM SURAH AN-NISA’ AYAT 95 YANG BERMAKSUD:

“TIDAKLAH SAMA KEADAAN ORANG-ORANG YANG DUDUK (TIDAK TURUT BERPERANG) DARI KALANGAN ORANG-ORANG YANG BERIMAN - SELAIN DARIPADA ORANG-ORANG YANG ADA KEUZURAN - DENGAN ORANG-ORANG YANG BERJIHAD (BERJUANG) PADA JALAN ALLAH (UNTUK MEMBELA ISLAM) DENGAN HARTA DAN JIWANYA. ALLAH MELEBIHKAN ORANG-ORANG YANG BERJUANG DENGAN HARTA BENDA DAN JIWA MEREKA ATAS ORANG-ORANG YANG TINGGAL DUDUK (TIDAK TURUT BERPERANG KERANA UZUR) DENGAN KELEBIHAN SATU DARJAT. DAN TIAP-TIAP SATU (DARI DUA GOLONGAN ITU) ALLAH MENJANJIKAN DENGAN BALASAN YANG BAIK (SYURGA), DAN ALLAH MELEBIHKAN ORANG-ORANG YANG BERJUANG ATAS ORANG-ORANG YANG TINGGAL DUDUK (TIDAK TURUT BERPERANG DAN TIDAK ADA SESUATU UZUR) DENGAN PAHALA YANG AMAT BESAR”

lepas ni nak bincang pasal ayat ni + kisah ibnu mubarak + related issues...

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...