Sunday, February 13, 2011

Kebebasan Rakyat Lebih Penting Dari Tegakkan Syariah.



KL 13 Feb 11: Mempertahankan kebebasan rakyat lebih penting daripada membentuk sistem Syariah (hukum Islam), meskipun kebebasan tetap bahagian dari Syariah. Kata Shaikh Yusuf al-Qardhawi pada Jumaat malam dalam sebuah wawancara dengan jaringan tv Al Jazeera.
Al-Qardhawi, yang merupakan pemikir Islam berpengaruh dan presiden Kesatuan Cendekiawan Muslim Antarabangsa yang sangat rapat dengan Ikhwanul Muslimin, kelompok pembangkang terbesar di Mesir.
Baru-baru ini, beberapa anggota Ikhwan telah cuba meringankan kebimbangan orang ramai, bahawa mereka ingin mendirikan negara Islam dengan menegaskan Ikhwan tidak mengejar kekuasaan, atau menetapkan pemerintahan Islam di Mesir.
Al-Qardhawi juga menekankan tentara perlu melindungi bangsa dan hak-hak rakyat, bukan mengatur negara. Dia menekankan hak protes damai demi kehidupan lebih baik diberikan oleh Islam, dan yang diakui oleh setiap konvensyen hak asasi manusia. Beliau mengucapkan selamat kepada rakyat Mesir dan bangsa Arab dengan kepergian Presiden Hosni Mubarak setelah 18 hari perjuangan revolusioner rakyat Mesir.
Beliau menggambarkan kaum revolusioner muda sebagai warga Mesir terhormat yang telah menjalankan panggilan tugas untuk wujudnya keadilan nasional. Al-Qardhawi menyatakan keyakinannya bahawa Allah telah membantu mereka yang melakukan pengorbanan dalam rangka mewujudkan keadilan.
Beliau menambahkan, "Saya yakin Allah akan membantu para revolusioner. Saya di dalam khotbah Jumaat selalu menyatakan bahawa Allah akan segera membantu pemuda ini , dan memang itulah kenyataan yang terjadi. "
Presiden yang digulingkan bertanggung jawab atas pertumpahan darah, beliau mengatakan bahawa "Allah ingin memberikan penghargaan kemenangan ini kepada orang-orang Mesir" dan mencela dakwaan bahawa rakyat Mesir adalah pelayan dan hamba.
Katanya lagi, Tahrir Square telah menjadi universiti untuk mendidik kebajikan dalam pengorbanan diri, dan menyarankan dataran itu ditukar nama menjadi "Dataran Revolusi 25 Januari." Al-Qardhawi memuji media independen yang berani mengungkapkan fakta-fakta dan mengungkap kebohongan media pemerintah, media yang sengaja menyesatkan informasi.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...