Monday, February 28, 2011

Jangan Keliru : Hukum Politik, Dakwah, Muamalat & Ibadah


Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
quran-and-lights
Fiqh muamalat bukanlah terhad kepada hukum-hakam di dalam urusan kewangan semata-mata tetapi ia tercabang kepada seluruh urusan di antara manusia sesama mereka.
Justeru, urusan politik (siyasah), pentadbiran, nikah kahwin (munakahat), hukum jenayah, cara dakwah serta akhlak juga terkandung di dalam bab fiqh muamalat. Muamalat ini juga boleh diklasifikasikan dalam bab ‘Al-Adat’. Sheikh al-Islam Ibn Taymiah berkata :
تصرفات العباد من الأقوال والأفعال نوعان : عبادات يصلح بها دينهم وعادات يحتاجون إليها في دنياهم
Ertinya : Urusan hamba (manusia) seluruhnya sama ada perkataan dan perbuatan itu boleh diklasifikasikan kepada dua jenis : Ibadah yang baik untuk agama mereka dan hal adat yang diperlukan oleh manusia untuk urusan dunia mereka (Al-Qawaid Al-Fiqhiyyah Al-Nuraniyyah, hlm 111)
APAKAH KESAN TERHADAP PEMBAHAGIAN DAN KEFAHAMAN INI?
Sebagaimana yang disepakati oleh jumhur ulama silam dan kontemporari, urusan hukum dalam bab fiqh Ibadah adalah agak terhad dan terikat dengan dalil yang specifik (khusus) dan sebahagian dalil umum. Apapun ia mesti mempunyai dalil yang jelas. Sebagaimana kaedah yang dipersetujui oleh para ulama menyebut:-
الأصل في العبادة التوقف
Ertinya : Hukum panduan (asal) bagi urusan ibadah adalah tawaqquf (berhenti dari mencipta, mesti datang dari dalil) (Rujuk kaedah ini dalam, Ibn Hajar, Fath Al-Bari, 3/54 ; Ibn Mufleh, Al-Adab Al-Syar’iyyah, 2/265 ; Al_Zarqani, Syarah Al-Muwatta’, 1/434 ; Al-Syawkani, Naylul Awtar, 2/20)
Syeikhuna Al-Imam Dr. Yusuf Al-Qaradawi pula mengulas lanjut berkenaan displin hukum dalam bab ibadah dengan menjelaskan ciri sesebuah ibadah khusus itu dengan dua kaedah :
ألا يعبد إلا الله
Ertinya : Tiada yang layak diabdikan diri kepadanya kecuali Allah ( ertinya niat mestilah kerana Allah)
ألا يعبد إلا بما شرع
Ertinya : Tiada ibadah kecuali yang disyari’atkan ( mestilah bersumber secara specific atau umum dari nas dalil al-Quran dan hadith).
Hasilnya tidak dibenarkan untuk sesiapa di kalangan manusia, mencipta apa jua bentuk ibadah baru yang tidak didasari oleh dalil. Bukan itu sahaja, malah semua ibadah itu mestilah disandarkan kepada dalil dengan caraistidlal dan istinbad yang sohih.
HUKUM MUAMALAT BERBEZA
Ibn Abidin menjelaskan beberapa aspek muamalat katanya:”muamalat boleh dibahagi kepada lima iaitu pertukaran pemilikan dalam jual beli (mu’wadah maliah), nikah kahwin, perbicaraan di mahkamah (mukhosamah), kontrak amanah (termasuk politik dan kepimpinan), dan pembahagian pusaka” ( Hashiah Ibn ‘Abidin, 1/79)
Bagi semua hukum hakam dan cara serta bentuk dalam fiqh muamalat pula, Allah s.w.t hanya meletakkan beberapa INTI sebagai asas utama yang tidak berubah (ia dinamakan thawabit), namun kebanyakan cara dan bentuk pelaksanaannya boleh berubah dengan perubahan zaman serta tempat. Namun begitu, sebarang perubahan hukum mestilah diawasi oleh para ulama berkelayakan melalui kaedah-keadah tertentu yang sukar untuk diterangkan di sini.
Displin ini penting agar kebebasan itu tidak disalahgunakan oleh sebahagian manusia yang berkepentingan. Hasil dari prinsip muamalat yang tetap dan pelaksanaan yang flexible, Islam dapat menyelesaikan pelbagai masalah kemanusian yang sentiasa berkembang dan pelbagai di setiap pelusuk dunia.
Keadahnya disebut :
الأصل في المعاملات والعادات الإلتفات إلى المعاني
Ertinya : Hukum ghalib dan asal bagi hal ehwal mu’amalat dan adat adalah kembali kepada penelitian objektifnya. ( Al-Muwafaqat, Al-Shatibi, 2/300) [1]
Keadaan itu juga menyebabkan sebahagian besar PELAKSANAAN hukum-hakam dalam bab muamalat berubah-ubah disebabkan oleh suasana dan kebiasaan setempat yang dinamakan ‘uruf. Namun mestilah ‘uruf terbabit tidak secara jelas bercanggah dengan nas dan dalil yang jelas, jika itu berlaku ia dinamakan ‘uruf  fasid atau kebiasaan yang tertolak dan rosak, hukumnya haram dilakukan dan mesti dihentikan.
Justeru, perlulah kita fahami :-
1.     Urusan kewangan adalah bab Fiqh al-muamalat antara manusia dengan manusia. Justeru, mewujudkan suatu kontrak jual beli yang tidak pernah wujud di zaman Nabi adalah HARUS selagi prinsip keadilan dalam jual beli dipelihara, iaitu tiada riba, tiada gharar, tiada judi, terdapatnya keredhaan kedua belah pihak dan pelbagai lagi.

Mengapa ia diharuskan walau tiada yang sedemikian di zaman baginda Nabi s.a.w? Jawabnya, kerana ia adalah satu dari isu dalam hukum Muamalat yang flexible (anjal). Kerana itu jugalah sistem bank hari ini diiktiraf oleh para ulama walau tiada wujud sepertinya di zaman Nabi, namun ia memerlukan modifikasi dari semasa ke semasa agar boleh mencapai objektif kebaikan buat masyarakat.

2.    Medium pembelian iaitu matawang adalah dari bab mu’amalat. Justeru, mewujudkan matawang yang baru yang tidak pernah diguna pakai oleh Nabi juga adalah HARUS selagi syarat-syarat keadilan dipenuhi.
Jika ternyata penciptaan itu terdapat kezaliman, mestilah kezaliman itu dibanteras, dirawat dan dikurangkan semampu mungkin. Jika belum punyai kemampuan mudarat hendaklah dikurangkan sedaya mampu. Justeru keharusan penggunaan mesti dihadkan kepada situasi tertentu sahaja, seperti di ketika ekonomi umat Islam terlalu lemah seperti hari ini. Mengapa ia harus walau di zaman Nabi tiada sebegitu?, Kerana ia adalah satu isu dalam Fiqh Muamalat yang flexible(anjal).

3.    Urusan pentadbiran dan urusan politik adalah satu dari bab muamalat. Justeru, menyertai protes aman (tanpa bersenjata menurut ghalib dzan yang menyertai) menuntut pemimpin yang ternyata zalim untuk turun dari jawatan adalah HARUS walau ia tidak pernah berlaku di zaman Nabi s.a.w, iaitu selagi ia tidak membawa mudarat yang lebih besar pada penilaian ulama di sesuatu zaman tersebut. Ia juga bukanlah salah satu dari ciri Khawarij kerana ia bukan melawan secara bersenjata dan rusuhan yang terancang.

Lihat sahaja bagaimana Khalifah Umar al-Khattab mengendalikan urusan muamalat dalam bab politik dan pentadbiran.

Antara contoh paling kontroversi di zaman umar adalah fatwa beliau berkenaan pembahagian kawasan tanah Iraq yang dibuka oleh tentera Islam di waktu itu. Menurut parktis biasa di zaman Nabi dan selaras dengan ayat Al-Quran :

وَاعْلَمُواْ أَنَّمَا غَنِمْتُم مِّن شَيْءٍ فَأَنَّ لِلّهِ خُمُسَهُ وَلِلرَّسُولِ وَلِذِي الْقُرْبَى وَالْيَتَامَى وَالْمَسَاكِينِ وَابْنِ السَّبِيلِ
Ertinya : Ketahuilah, sesungguhnya apa saja yang dapat kamu peroleh sebagai rampasan perang, maka sesungguhnya seperlima untuk Allah, Rasul, kerabat Rasul, anak-anak yatim, orang-orang miskin dan ibnusabil.. ( alAnfaal : 41)

Difahami dari ayat itu, 4/5 bakinya dibahagikan kepada tentera yang berjuang. Namun Umar al-Khattab dan sebahagian ulama di kalangan sahabat seperti Sayyiduna Ali, Muadz Ibn Jabal dan beberapa yang lain berpendapat tidak perlu dibahagikan dan membiarkannya kekal di tangan pemiliknya yang asal. Dengan syarat pemiliknya yang asal itu membayar kharaj (cukai tanah) yang boleh dimanfaatkan oleh semua umat Islam.

Ijtihad Umar selaku pemerintah ini tidak dipersetujui oleh beberapa sahabat terkemuka seperti Bilal Ibn Rabah dan lain-lainnya. Umar diriwayatkan berkata :-
لو لا آخر الناس ( أي الأجيال المستقبلة ) لقسّمتُ الأرض كما قسّم النبي صلى الله عليه وسلم خيبر
Ertinya : Jika tidak disebabkan kebaikan generasi terkemudian Islam, nescaya akan ku bahagikan tanah-tanah ini sebagaimana Nabi membahagikan tanah Khaybar (Al-Mughni, Ibn Qudamah, 2/598) [2]

Ibn Qudamah kemudiannya menghuraikan, Umar r.a telah mewaqafkan tanah terbabit walau beliau tahu keputusan Nabi s.a.w. Inilah satu contoh jelas menunjukkan kaedah dalam keputusan muamalat Islam boleh berubah dengan berubahnya suasana dan keperluan.  Syeikhuna Yusuf Al-Qaradawi
أن مجرد فعل النبي صلى الله عليه وسلم لشيء إنما يدلّ على المشروعية فقط ولا يدلّ بنفسه على الوجوب ولهذا وسّع عمر ومن معه مخالفته
Ertinya : Sesungguhnya semata-mata Nabi melakukan sesuatu (Dalam hal ehwal mamalat termasuk politik) ia hanyalah menunjukkan keharusan dan pensyariatannya sahaja, dan TIDAK MENUNJUKKAN kewajiban, oleh kerana itulah Umar al-Khattab dan yang bersamanya meluaskan (bentuk pelaksanaannya)” ( Madkhal Lidarasati al-Shari’ah Al-Islamiyyah, hlm 220)

Dari contoh di atas, zahir fatwanya kelihatan berbeza dengan apa yang dilaksanakan oleh Nabi s.a.w tetapi ia jelas menunjukkan kesamaan dari sudut target dan objektif (maqasid) iaitu untuk mencapai keadilan yang yang terbaik untuk Negara Islam, walau terpaksa sedikit mengenepikan hak individu. Bukankah sudah diketahui bahawa maslahat umum diutamakan dari maslahat individu.

Inilah tanda keputusan bersifat politik dan pentadbiran adalah satu dari isu muamalat yang Ia tidak terhad kepada sesuatu ‘bentuk’ specifik yang dilakukan oleh Nabi tetapi hanya terhad kepada inti dan objektif sahaja.
Juga seperti tindakan Nabi yang menolak permintaan sahabat untuk melaksankan limitasi harga jualan (Tas’ir) agar para peniaga tidak boleh menaikkan harga.

Kata Nabi semasa menolak permintaan itu :
بل الله يخفض ويرفع وإني لأرجو أن ألقى الله وليس أحد منكم يطالبني بمظلمة في دم أو مال
Ertinya : Bahkan, Allah yang menurun dan menaikkannya dan sesungguhnya aku berharap untuk bertemu Allah dan tiada sesiapa yang menuntut dariku kerana dizalimi dari sudut harta dan jua jiwa” ( Riwayat Abu Daud ; Sohih : Albani)

Namun kemudiannya, Imam Sa’id Musayyab, Yahya Sa’id Ansari, Imam Malik dan raai lagi ulama tabien sezaman dan yang selepasnya bersetuju ia dilaksanakan dalam suasana peniaga sengaja menyekat barangan bertujuan untuk memaksa harga naik disebabkan permintaan meningkat mendadak. Sebagai jalan menghalang kezaliman dari berlaku.

Sheikuha Prof. Dr Fathi Al-Durayni menjelaskan tas’ir diterima kemudian oleh para ulama mujtahidin tabien bagi mencapai maqasid atau objektif yang disasarkan oleh Nabi s.a.w sendiri semasa baginda menolak tas’ir. Iaitu  Baginda menolak kerana tidak mahu berlaku kezaliman kepada pengguna dan peniaga. (Manahij Al-Ijtihad, Dr Fathi Ad-Durayni, hlm 159)

Ulama tabien pula membenarkan tas’ir kerana berubahnya suasana dan keperluan di ketika zaman mereka, lalu mereka menerima tasi’r. Jelas dari isu ini, objektif adalah sama cuma bentuknya berbeza.

4.    Dakwah dan caranya merupakan satu cabang dari muamalat : Inti dakwah adalah tetap (thabit) iaitu membawa manusia kepada kebaikan yang digariskan di dalam Al-Quran dan Al-Hadis, dan melarang manusia dari apa jua perbuatan dan keyakinan yang bertentangan dengannya.

Pun begitu, cara, teknik dan bentuk dakwah itu terbuka kepada pelbagai jenis, tidak hanya terhad kepada kaedah dan bentuk yang digunapakai oleh Nabi iaitu ceramah face to face dengan para sahabat. Justeru, bentuk dakwah dan ajak kepada kebaikan melalui tv, radio, internet, blog, kaset, cd, vcd, mp3 yang dikira tidak secara face to face juga diharuskan.

Demikian juga dakwah melalui gambar video yang tidak pernah diguna oleh Nabi, adalah dibenarkan selagi syaratnya asas dapat diikuti.

Dakwah melalui platform dan jemaah-jemaah tertentu yang mampu melakukan kerja secara berkumpulan seperti NGO juga diharuskan, walau ia tidak pernah wujud di zaman nabi juga boleh, parti politik juga boleh, melalui system demokrasi yang telah tersedia wujud dan sebagainya.

Inilah yang perlu difahami dan tidak tersilap faham bahawa kita WAJIB mengikut bentuk yang nabi gunakan di zaman baginda, sehingga perlu memasuki gua terlebih dahulu atau menolak seratus peratus sistem demokrasi yang ada sebagai jalan untuk mencapai inti dakwah, Ini adalah kurang tepat jika dilihat dari keperluan dan perubahan situasi zaman dan tempat.

Jangan pula nanti ada yang berfatwa hanya boleh menaiki unta dan kuda semasa dakwah keran aitulah yang dilakukan oleh baginda nabi dan sahabat. Fatwa sebegini tidak disebut oleh mana-mana ulama muktabar.

Hasilnya, hendaklah kita fahami mana inti yang perlu diikuti (thawabit), dan mana pula bentuk yang bersifatmutaghayyirat dan flexible. Terlalu banyak dalil dalam bab ini yang tidak sesuai untuk dimuatkan dalam tulisan ringkas ini.

KESIMPULAN

1.       Hukum ghalib dalam kes-kes muamalat dan penentuan hukum dalam isu-isu baru dalam bab muamalat dan adat adalah merujuk kepada objektif. Caranya? Selagimana tidak bertembung secara qat’ie dan ijma’ dengan mana-mana hukum Shari’ah, ia adalah diharuskan. Seperti berdakwah menggunakan muzik, kartun lukisan dan sebagainya. Ia adalah bab muamalat.

2.       Muamalat tidak hanya terhad kepada urusan kewangan tetapi juga seluruh urusan yang melibatkan hubungan manusia dengan manusia lain.

3.       Cara dakwah, politik, teknik teguran kepada rakyat yang melakukan kesalahan atau pemerintah yang melakukan kezaliman BOLEH berubah menurut keperluan zaman dan setempat. Ia merupakan isu muamalat yang hanya terikat untuk mencapai intinya selagi teknik adalah neutral. Ia bukan Fiqh ibadah yang sangat terikat kepada dalil specifik dan nas.

Namun perlu diingati, sesuatu teknik mungkin disangkal oleh sebilangan ulama di sesuatu zaman dan disokong pula oleh sebahagian ulama yang lain, kedua-duanya berdasarkan proses timbang tara maslahat dan mudarat. Ia adalah hasil ijtihad dan tidak wajarlah kita mengutuk, melabel dan memperlekehkan mana-mana ijtihad yang dikeluarkan oleh ilmuan yang berkelayakan.

Daily eating plan

http://www.menshealth.com/mhlists/ideal_daily_eating_plan/6_43_am.php

Dakwah & Tarbiyyah

Bismillah

Salam

Ana nak kongsi tentang isu dakwah dan isu tarbiah yang alhamdulillah sempat ana belajar semasa cuti di Malaysia.

Semua dalam kalangan kita insyaAllah faham benar kepentingan dakwah dan kepentingan tarbiah. Cuma, macam mana nak pastikan kita buat dakwah dan kita benar-benar buat tarbiah?

Persoalan ini boleh dijawab dengan menghuraikan rukun dakwah dan rukun tarbiah. 

Sebelum itu, apa beza rukun dengan syarat sah? 

Contoh : apa beza rukun solat dengan syarat sah solat? 

Nak mudah faham, rukun ini adalah umpama tiang bagi rumah manakala syarat sah adalah umpama halaman bagi rumah. Rumah kalau tak ada tiang, bukan namanya rumah. Halaman pula adalah benda yang menjadikan rumah itu sempurna dalam keadaan biasa. Tapi kalau dalam keadaan yang terdesak, halaman boleh berubah untuk menjadi lebih fleksibel. Maka, pangsapuri yang tak ada halaman masih boleh kita anggap sebagai rumah. 

Sama juga dengan rukun dan syarat sah solat. Kalau dalam solat tak ada Al-Fatihah, tak ada rukuk, tak ada 'itidal; itu bukan solat namanya. Kalau solat tak ikut waktu, tak menghadap kiblat; dalam waktu-waktu normal, solat boleh terbatal. Tapi dalam keadaan-keadaan tertentu, solat Zohor boleh dilaksanakan dalam waktu Asar dalam keadaan musafir manakala solat sunat boleh dilaksanakan di atas kenderaan tanpa menghadap kiblat. 

Pointnya, rukun adalah suatu benda yang penting. Hilang rukun dalam ibadat, tiadalah ia dipanggil ibadat itu. 

Maka apakah itu Rukun Dakwah? 

Rukun Dakwah ada empat.

1. Da'ie [Penyeru]
2. Mad'u [Penerima seruan]
3. Maudu' [Topik]
4. Uslub [Kaedah, pendekatan]

Kalau ada da'ie, ada maudu', ada uslub; tak ada mad'u; itu bukan dakwah. Maka, kalau kita kata kita buat dakwah, maka kita kena ada keempat-empat benda ni. Jadi, kita harus memahami apa setiap perincian rukun ini dan muhasabah diri, setakat mana aku serius memahami dan melaksanakan setiap rukun ini dengan baik?

Maka, usaha memantapkan da'ie dengan tarbiyyah dalaman [tazkiyatunnafs, Al-Qur'an, As-Sunnah] dan tarbiyyah luaran [kesihatan] ialah memantapkan rukun pertama. 

Usaha mengenali mad'u, mengisi borang akses mad'u dan menggunakan masa lepak dengan mad'u semasa SPB dan sebagainya ialah bagi memenuhi rukun kedua

Usaha membaca buku pelbagai jenis, menonton mendengar pelbagai kuliah, berusrah, bertamrin adalah untuk memenuhi kita dengan ilmu bagi menguasai rukun ketiga.

Usaha berkongsi pengalaman, mendengar cerita orang-orang lama dan menghayati kisah orang-orang soleh adalah untuk menajamkan secara hikmah rukun keempat.

Seterusnya, apa pula itu Rukun Tarbiyyah?

Rukun Tarbiyyah juga ada empat :

1. Murabbi [Guru yang benar]
2. Mutarabbi [Penuntut/Pelajar/Ahli yang bersedia]
3. Manhaj [Sistem & Wasilah & Kaedah yang jelas]
4. Bi'ah [Persekitaran yang membantu]

Kalau ada murabbi, ada mutarabbi, ada manhaj; tapi tak ada bi'ah; itu bukan nama dia tarbiyyah. Maka, kalau kita kata kita buat tarbiyyah, maka kita kena ada keempat-empat benda ni. Jadi, kita harus memahami apa setiap perincian rukun ini dan muhasabah diri, setakat mana aku serius memahami dan melaksanakan setiap rukun ini dengan baik?

Maka, usaha mencari naqib, memanggil ustaz turun kawasan, membawa pimpinan ke program-program, berusrah online bersama yang pakar ialah memantapkan rukun pertama. 

Usaha menyebarkan pelbagai artikel, video, MP3, perpustakaan maya ialah bagi memenuhi rukun kedua.

Usaha menyusun silibus, menyebarkan kefahaman tentang fikrah, FAQ Jemaah dsbnya bagi menguasai rukun ketiga.

Usaha mewujudkan mutaabaah amal, taujihat & nasihat adalah untuk menajamkan secara hikmah rukun keempat.

Begitulah secara yang amat ringkas tentang huraian rukun-rukun ini. Arkanul dakwah dan arkanul tarbiyyah. Jadi, ini boleh dijadikan kayu pengukur sejauh mana program tarbiyyah kawasan masing-masing berjalan dengan baik.

Sudahkah ahli-ahli kita menjadi daie yang baik? Kalau belum, macam mana nak improve.
Sudahkah ahli-ahli kita mencari & berusaha mencari mad'u? Kalau belum, macam mana nak buat.
Sudahkah ahli-ahli kita memantapkan penguasaan maudu'? Kalau belum, macam mana nak tingkatkan.
Sudahkan ahli-ahli kita mengaplikasikan uslub yang betul? Kalau belum, macam mana nak tangani.

Sama juga~

Isu muraabi, mutarabbi, manhaj dan juga biah. Adakah kita serius mengenainya?

(=

Untuk motivasi, meh kasi kat orang-orang lama yang tengah berjaung di medan yang realiti di tanah air :-

SEMANGAT ORANG-ORANG TUA YANG WAJAR KITA TELADI! 

Kenapa kena pi Kuliah dan “attend” Usrah?

PERSOALAN

Pernahkah anda berjumpa dengan Ustaz yang tak reti langsung Bahasa Inggeris walaupun si Ustaz ini pernah belajar bahasa berkenaan semasa di Sekolah Rendah? 

Atau sudahkah anda bertemu dengan Jurutera yang tak reti solat walaupun si Jurutera ini pernah belajar ibadat berkenaan semasa di Sekolah PAFA atau Kelas Mengaji Petang?

Dan persoalan yang lebih menarik.

Pernahkah anda berjumpa dengan Ustaz yang “terer gila” bab Ekonomi Kapitalis [boleh hurai dengan jelas dan mendalam beza Monetarist dan Keynesian, sistem perbankan dunia etc]? 

Atau sudahkah anda bertemu dengan seorang Akauntan yang “terer gila” bab tafsir Al-Qur’an dan syarah Hadis?

Dalam keempat-empat soalan ini, kelihatannya ada satu bentuk persoalan umum iaitu :

Mengapakah dua orang yang sama-sama belajar “so-called” bidang agama, seorang boleh turut “well-informed” berkenaan bidang “so-called” professional tetapi seorang lagi tidak? Sedangkan dua-dua Ustaz ini mengaji di madrasah [sekolah] yang sama, jaamiah [universiti] yang serupa? 

Dan mengapakah dua orang yang sama-sama belajar “so-called” bidang professional, seorang boleh turut “well-informed” berkenaan bidang “so-called” agama tetapi seorang lagi tidak? Sedangkan dua-dua akauntan ini belajar di sekolah yang sama, kolej yang serupa?

Mengapa orang yang melalui sistem yang sama melahirkan dua orang yang berbeza? Apa yang menyebabkan mereka berbeza sedangkan secara logik akal yang waras, secara tuntas kita katakan, ini mustahil, haza ‘ajibun jiddan [ini adalah suatu keajaiban yang luar biasa] untuk menyimpulkan bahawa sistem yang sama melahirkan orang yang berbeza! Adakah sebarang paradoks* di sini? 

(=

Anda mungkin punya pendapat sendiri. Dan saya suka ingin mendengar pandangan anda. Cuma ini, pendapat saya. 

PENDAPAT SAYA

Pada pendapat saya, senario pelik bin ajaib ini bisa terjadi kerana kefahaman kita terhadap konsep “keseimbangan ilmu” yang akhirnya akan menghasilkan “keseimbangan tindakan kita untuk menuntut dan mencari ilmu”.

APA ITU ILMU AGAMA

Siapa dekat sini yang tak mahu syurga? Semua orang tahu nak masuk syurga kena ikut perintah Allah swt dan jauhi larangan Allah swt, baru kita “deserve” nak dapat syurga.

Perintah Allah swt dan larangan Allah swt inilah kesimpulan apa itu agama. Dan agama yang Allah swt terima hanyalah Islam. 

Jadi apa yang Allah swt perintah dan larang itu, kita kena tahu sebab kita nak masuk syurga. Nak tahu kena belajar. Dah belajar, baru tahu. Dah tahu, baru boleh buat. Bila dah buat, kena konsisten pulak buat. 

Jadi, macam mana nak masuk syurga kalau tak cari ilmu yang boleh buat kita ikut cakap Allah swt dan kita tinggalkan larangan Allah swt? 

Jadi, apa itu ilmu agama? Solat, puasa, zakat, haji sahaja? Kalau hanya empat benda ni sahaja, buat apa Allah swt susah-susah nak turunkan al-Qur’an dalam masa 23 tahun. 23 tahun tu lama! Dari budak hingusan sehari dua yang rajin merengek sehingga seorang pemuda yang gagah perkasa yang sedang semester akhir di tahun akhir universiti. Hehe~ 23 tahun tu lama! 

Takkan empat benda ni sahaja yang Allah swt suruh dan larang dalam al-Qur’an dan as-Sunnah? 

Semua pun tahu, agama kita suruh kita belajar semua benda. Semua benda yang ada dekat langit, semua benda yang ada dekat bumi. 

Dekat bumi ada tempat ibadat sebagaimana dekat bumi ada bangunan bertingkat-tingkat. Dekat langit ada guruh tempat syaitan dipanah sebagaimana dekat langit ada pesawat yang terbang gah. 

Telitilah apa yang diperkatakan oleh untaian wahyu di akhir-akhir surah Ali Imran perihal golongan orang-orang berakal. 

Pendek kata, ilmu Allah swt ini bolehlah kita bahagikan kepada dua – ilmu syariatullah dan ilmu sunnatullah. 

DUA JENIS ILMU
Ilmu syariatullah ialah ilmu berkenaan dengan akar agama, segala hukum hakam, segala yang berkaitan secara terperinci berkenaan al-Qur’an dan as-Sunnah. 

Ilmu sunnatullah pula ialah ilmu berkenaan dengan urusan bagaimana dunia ini berfungsi sehari-hari baik bagaimana kereta dicipta, bagaimana ekonomi dunia berjalan, ilmu pelbagai bahasa sehinggalah bagaimana sistem pembentungan najis itu dibina. 

Dua-dua ilmu ni sama-sama penting. Baik di dunia mahupun akhirat. 

Contoh di dunia, kalau kita tak belajar tentang hukum riba’ dalam ilmu syariatullah, kita takkan dapat manfaat daripada hikmah mengharamkannya sebaliknya kita akan terus ditindas. Sama juga, kalau kita tak belajar macam mana nak urus akaun dalam ilmu sunnatullah, kita tak mampu jadi bendahari yang baik walaupun kitab Fiqh Mualamat kita dah hafal. 

Contoh di akhirat pula, kalau kita tak belajar bahawa tak solat itu dan tak tutup aurat itu berdosa, “free-free” sahaja kita masuk neraka. Sama juga, kalau kita tak belajar bahawa orang yang ambil kontrak buat rumah secara menipu itu berdosa, “free-free” juga kita masuk nereka. 

Kesimpulannya, nak senang kat dunia kena belajar dua-dua. Nak tenang kat akhirat pun kena belajar dua-dua. Ilmu dua-dua bidang ini kita kena tahu!

CABARAN 
Cuma cabaran kita ialah apabila kita di universiti, baik di Universti Al-Azhar mahupun Universiti of Melbourne ialah menyeimbangkan kedua-dua cabang ilmu ini. 

Umumnya, kawan-kawan di Timur Tengah banyak ambil jurusan ilmu syariatullah begitu juga kawan-kawan di negeri Orang Putih banyak ambil jurusan ilmu sunnatullah. Tidak dinafikan kita kena fokus dan menjadi pakar dalam bidang masing-masing. 

Namun begitu, disebabkan kita dah faham kena belajar dua-dua ilmu ini, maka mahu tidak mahu, kita perlu belajar kedua-dua ilmu ini. 

Cuma yang membezakan antara kedua-duanya ialah sejauh mana kita mendalami sesuatu ilmu itu. 

Kalau budak belajar “Medic”, fokuslah “Medic”, tapi jangan tinggal untuk belajar asas ilmu fiqh sebab ia berguna bila kita nak faham fatwa ulama’ tentang isu-isu perubatan. 

Kalau budak belajar “Engin”, fokuslah “Engin”, tapi jangan tinggal untuk belajar asas ilmu al-Qur’an dan as-Sunnah sebab ia berguna bila kita nak kerja mengikut lunas-lunas syariat yang betul. 

Kalau tak sempat dalami bidang yang satu lagi itu, paling tidak, fokus untuk kuasai yang asas. Dengan asas, insyaAllah kita tak mudah terbabas. 

Lantas, bagaimana nak seimbangkan dengan bidang ilmu yang kita tak ada pengkhususan tu? 

PERANAN KULIAH & USRAH

Ha! Di sinilah peranan kuliah di tempat kita. Di sinilah peranan usrah di tempat kita. Terutama bagi golongan penuntut tegar ilmu sunnatullah. 

Di sinilah fungsi menghadiri seminar pengurusan organisasi. Di sinilah fungsi menggiatkan diri dengan kursus Bahasa Inggeris bagi golongan penuntut tegar ilmu syariaatullah.

Maka bagi penuntut tegar ilmu sunnatullah, malanglah bagi mereka yang meninggalkan terus kuliah di masjid dan surau sebaliknya hanya fokus sepenuhnya kuliah di universiti semata-mata. Rugi amat!

Bagi penuntut tegar ilmu syariatullah, malanglah bagi mereka yang meninggalkan terus bacaan Bahasa Inggeris [terutama perbincangan Islam dalam medium Bahasa Inggeris] sebaliknya hanya fokus sepenuhnya bacaan Bahasa Arab dan Bahasa Melayu sahaja. Rugi amat!

Kesimpulannya, marilah kita rajin ke kuliah, halaqah, usrah dan sebagainya terutama bagi pelajar ilmu sunnatullah seperti saya sambil tidak meninggalkan kuliah dan kelas tutorial kita di universiti. 

Begitu juga kepada rakan-rakan yang cukup saya segani – para penuntut ilmu syariatullah. Asah kembali asas-asas ilmu sunnatullah yang pernah kita belajar sewaktu di sekolah rendah mahupun sekolah kehidupan yang lain.

AKHIRNYA
Kita harus berubah sejak kaki menginjak universiti. Agar nantinya, kita tidak menyesal sebagaimana ramai antara kita yang menyesal ketika di semester akhir di tahun akhir. Bukan kerana tidak lulus “degree”, tapi kerana masa yang diberi, hanya dibuang sesuka nafsu!

Akhir kalam, nak jadi ustaz kena belajar agama. Tapi bila belajar agama, tak semestinya kena jadi ustaz.

Jom semangat ke kuliah pertama, minggu pertama di University of Melbourne!

Dan

Jom semangat ke kuliah pertama, minggu pertama di Surau Pelham University of Melbourne, jam 7 petang, bersama Al-Fadhil Al-Ustaz Khairul Anuar Al-Hafiz. Kita kuliah, kita solat, makan dijamah, kawan baru dibuat! InsyaAllah! (=

Mungkin atmosferanya sama, tapi kini sedikit berbeza, insyaAllah. Kerana kita datang kini dengan KEFAHAMAN bukan semata-mata mengikut ajakan rakan atau sebab nak makan (=

Dan percayalah, anda bukan orang pertama yang melalui proses ini~ (^^)

p/s : Al-Fadhil Al-Ustaz Nushi Mahfodz yang pernah belajar di University of Melbourne dalam bidang PHD Islamic Law berkali-kali mengulang-ulang pengalamannya kepada kami :

“Ana cukup terkilan bila orang khususnya orang-orang belajar “bidang professional” cakap, golongan Ustaz ni bab-bab organisasi ni tak reti! Tulis minit mesyuarat tak reti, uruskan manusia tak pandai, struktur organisasi tak mahir! Sebab itu ana rasa sangat sedih bila tengok orang-orang yang kononnya belajar bidang professional ni tak reti bab-bab ni. Buat malu kat kami ja, golongan Ustaz!”

Nota :
*Paradoks : Keadaan di mana sesuatu itu menyalahi kebiasaan umum memahami berkenaannya.

Friday, February 18, 2011

PENGERTIAN ‘ULAMA’ DAN CIRI-CIRI ULAMA’

Konsep ulama’ boleh ditakrif dengan berbagai difinasi yang berlandaskan latar belakang kesarjanaan atau disiplin ilmu masing-masing. Perkataan ulama’ itu adalah kata jamak dari perkataan “’Arab iaitu ‘Alim. Kemudian lahir pula perkataan ‘Alamah iaitu orang yang benar-benar mengerti atau mengetahui dengan mendalam hakikat sesuatu. (Muhamad Ismail, 1961:26.)

Menurut Dato’ Dr. Harun Din, dalam al-Quran karim terdapat dua kali sahaja perkataan ulama’ itu digunakan. Kedua-duanya merujuk kepada yang mendalami pengetahuan agama. Yang mendalami agama Islam diistilahkan dengan al-ulama’. Ada alif dan lam. Ini bererti bahawa ulama’ adalah istilah khusus yang dimaklumi bahwa hanya diguna pakai untuk yang mengetahui dan mendalami tentang agama Islam sahaja. Di dalam bahasa arab ada banyak istilah selain ulama’ yang diguna bagi merujuk kepada bidang masing-masing. Contohnya (khabir atau khubara’ untuk pakar yang lain dari bidang agama), Muhtarif atau muhtarifun, Fanni atau fanniyyun yang merujuk kepada technician, Mahandis arkitek, Tabib akhsai pakar perubatan.
Seperkara lain yang patut disebut bahawa perkataan ulama ialah perkataan jama’. Kalau untuk seorang disebut alim mufrad. Akan tetapi sudah menjadi penggunaan yang menyeluruh dipakai ulama’ untuk merujuk kepada seorang seperti imam Syafie adalah ulama’ terbilang. Dibolehkan demikian kerana hakikatnya seorang alim dalam Islam memiliki dan mendalami berbagai bidang ilmu, ilmu bahasa Arab dengan segala cabangnya ilmu al-qawafi, badi’ maani, bayan, nahu saraf, usul feqh, ulum hadis, hadis, tafsir, ulum tafsir, ilmu al-adab al-arabi, arud, tarikh, mantiq, al-falsafah dan berbagai ilmu. (Dr. Harun Din, 2004: 7-8.)
Nizam Sakamat Sakjeha merumuskan pengertian ulama’ pada tanggapan masyarakat umum adalah mereka yang berat sangkaan mereka, amat ikhlas dalm melaksanakan tuntutan al-Quran dan al-Sunnah. Amat prihatin dan berusaha keras untuk menegakkan yang hak dan memerangi kebatilan, mereka adalah orang yang tidak mungkin tenggelam dalam hawa nafsu. Nizam Sakamat Sakjeha Nasaih wa Taujihat al-Mufakkirin wa Ulama’ al-Islam liljamaat wal ahzab al-Islamiah: 4
Menurut Jamal Mohd Lokman, menjelaskan secara estimologinya ulama’ membawa maksud “orang yang mengerti atau orang yang berilmu pengetahuan”, iaitu mengetahui hakikat sesuatu dengan penuh keyakinan. Jamal Mohd. Lokman Sulaiman, 1999:37.
Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, Istilah ulama’ disandarkan kepada individu yang mengetahui mengenai al-Quran dan al-Sunnah serta memahami kedudukan hukum dan sumber hukum Islam yang berpandukan kepada sumber tersebut. (Abi Talib dan Ismail Abdul Halim, 1982:2. )
Mahyuddin Haji Yahya, di dalam Encyclopedia Sejarah Islam, para ulama’ ialah golongan penting kerana mereka merupakan pakar dalam bidang agama khususnya dalam bidang tafsir, feqah, hadis, Usuluddin dan segala cabang ilmu Islam. (Mahyuddin Haji Yahya, 1989:1708).
Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, Ulama’ ialah mereka yang mengetahui mengenai sifat Allah, keadilannya,ketauhidannya, sifat yang harus dan yang tidak harus keatasnya, maka mereka membesarkannya, membesarkan kekuasaanya. Orang yang ilmunya bertambah maka bertambah takut ia kepada Allah SWT. (Al-Imam Abi Al-Qasim Jara Allah Mahmud Umar bin Muhammad al-Zamakhsyari, 1995:592-593.)
Menurut Syed Qutb mereka yang mengkaji al-Quran yang penuh keaijaiban dan mereka yang mengenal Allah dan mengetahui hakikat Allah, mengetahui kesan penciptaan Allah, mengetahui kesan kekuasaan Allah, dan bertaqwa kepada Allah, dan menyembah Allah dengan sebenar penyembahan. Ulama’ ialah orang yang mengetahui sifat Allah dan kebesarannya. Siapa yang bertambah ilmuya maka ia bertambah takut kepada Allah.( Syed Qutb, 1994:2943.)
Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Orang yang takut kepada Allah ialah orang-orang yang berilmu. Berdasarkan kepada ayat Fatir: 28. di pangkal ayat Allah mengguna perkataan “Innama”. Menurut ahli nahu bahawa huruf “innama” itu ialah adaatu hasr yang ertinya “alat untuk membatas”. Sebab itu ertinya yang tepat dan jitu ialah “ hanya orang-orang yang berilmu jua yang akan merasa takut kepada Allah. Kerana kalau tidak ada ilmu tidaklah orang akan takut kepada Allah. Kerana timbulnya satu ilmu setelah diselidiki. Maka jelaslah bahawa pangkal ayat tadi Allah telah berfirman “tidakkah engkau lihat” maka kalau tidak dilihat tidaklah akan tahu. Kalau sudah dilihat dan diketahui dengan sendirinya akan mengertilah bagaimana kebesaran Allah , kekuatanya dan keagunganya, merasa dirinya kerdil di hadapan kekuasaan Allah, dengan ini akan menimbulkan takut . Kalau takut telah timbul nescaya timbullah ketundukan , lalu segala perintahnya dilaksanakan dan larangannya dihentikan. .(Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), 1984: 300-301. )
Menurut Ibn Kathir Tidak lain orang yang merasa takut kepada Allah itu hanyalah ulama’ yang telah mencapai matlamat ma’rifat, iaitu mengenali tuhan menilik hasil kekusaannya dan kebesarannya. Maha besar, maha kuasa, yang maha berilmu yang mempunyai sifat kesempurnaan dan yang mempunyai Asma’ al-Husna. Apabila makrifat bertambah sempurna dan ilmu terhadapnya bertambah matang, ketakutan kepadanya bertambah besar dan bertambah banyak.
Imam Malik berkata” ulama’ bukanlah kerana banyak menghafaz riwayat hadis, bahkan ilmu ialah Nur yang dinyalakan tuhan dalam hati”.Hamka: 301
Menurut al-Syaukani ulama’ ialah mereka yang takut kepada Allah dan mengetahui bahawa Allah berkuasa atas sesuatu. Dan ulama’ ini bukan mereka yang banyak menghafaz hadis tetapi mereka yang memiliki ilmu dan takut dengan Allah SWT. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani: 459. )
Begitu juga al-Qurtubi menyebut bahawa ulama’ ialah seorang yang takut kekuasaan Allah dan yakin Allah berkuasa membalas atas maksiat yang di lakukan. Daripada Ibn. Abbas berkata ulama’ ialah yang mengetahui tentang tuhannya yang Rahman dan tidak syirik kepada Allah, dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan menghalalkan apa yang dihalalkan Allah dan memelihara peringatan Allah dan mengetahui bahawa semua yang dilakukan di bawah pengetahuannya. (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya”
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilikinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ ”
al-Imam al-Maraghi ketika menafsirkan ayat dalam surah al-Fatir, Ulama’ ialah orang yang takut azab Allah dengan banyak melakukan kepadanya. Dengan ilmu yang mereka pelajari datanglah keyakinan, jika dibuat maksiat akan dibalas dengan siksa, demikian kalau dibuat baik maka mereka akan dibalas dengan syurga.
Menurut Ibn Abbas bahawa ulama’ ialah yang mengenal Allah dan takut kepadanya. (Muhammad Bin Ali Muhammad al-Syaukani, Tahqiq Dr. Abdul Rahman Umairah, Fathu al-Qadir, juz 4: 463)
Berkata Rabi’ Bin Anas “Siapa yang tidak takut kepada Allah maka ia bukan ulama’” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, juz 7:343-344.)
Dari Ibn Abi ‘Umrah dari ‘Akrimah dari Ibn Abbas katanya ulama’ ialah orang alim yang mengenal Allah dan tidak syirik kepadanya dan mengharamkan apa yang diharamkan dan memelihara wasiatnya” (Imam Hafiz Jamaluddin abu al-Fida’ Ismail ibn Kathir al-Qudsi al-Dimasyqi, juz 3/ 4: 553-554.)
al-Hassan al-Basri ulama’ ialah orang yang takut kepada Allah dan cenderung melakukan apa yang Allah suka dan menjauhkan apa yang Allah murka” (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 7/20: 343-344)
Sheikh Abul Aziz Badri ulama’ sebagai pewaris nabi iaitu yang menyambung kembali perjuangan dan dakwah para nabi. Ulama’ yang menjadi pewaris para nabi ialah ulama’ yang tidak takut kepada pemerintah yang zalim. Tidak takut kepada pihak yang kejam kerana kepatuhan mereka hanya kepada Allah SWT. (Sheikh Abul Aziz Badri, 1988:53. )
Berkata Ahmad bin Saleh al-Misri dari Ibn Wahab dari Malik katanya” Sesungguhnya alim ialah bukan orang yang banyak meriwayat ,sebenarnya alim ialah ilmu yang dimilkinya bercahaya. Allah menjadikan bercahaya dalam hatinya. Tetapi mereka takut kepada Allah bukan semata-mata banyak mengetahui riwayat( ilmu) Sebaliknya ia mengetahui kefarduan dan mengikut kitab sunnah dan apa yang dilakukan oleh sahabat radhiallahuahum dan selepas dari mereka “ (Abu Abdullah Muhammad bin Ahmad al-Ansari al-Qurtubi, 343-344.)
Ibn. Masud berkata ketakutan kepada Allah petanda seorang itu alim. Yang berilmu bukanlah kerana ia banyak meriwayatkan hadis akan tetapi yang amat takut kepada Allah. Di tanya Saad bin Ibrahim siapakah yang paling alim di kalangan penduduk Madinah? Jawabnya orang yang paling takut kepada Allah.
Ali Bin Abi Talib pernah berkata seorang alim ialah seorang yag tidak pernah melakukan maksiat, tidak jemu mengingatkan dirinya dan manusia sekalian akan azab allah swt dan tidak membelakangi al-quran. (Al- Imam al-Qurtubi, juz 14:243)
Kesimpulannya
Secara umumnya perkataan ulama’ itu membawa satu pengertian yang luas, disandarkan kepada seorang yang memahami konsep agama secara syumul dan mendalam serta menzahirkanya dalam bentuk praktikal dan amalan hidup seharian. Apabila ulama’ dikaitkan dengan Islam ia berhubung rapat dengan Allah. Tidak cukup sekadar ada ilmu tetapi tidak takut kepada Allah SWT, begitu juga sebaliknya.
Ulama’ dikenali dengan ilmunya dan keteguhan pendiriannya. Mereka terpelihara daripada terjebak ke dalam perkara-perkara yang syubahat. Ulama’ dikenali dengan jihad, dakwah, pengorbanan dari segi waktu, harta benda, nyawa dan kesungguhan mereka di jalan Allah.
Ulama’ dikenali dengan ibadah dan khusyuk mereka
kepada Allah. Ulama’ dikenali dengan jauhnya mereka dari keburukan dunia dan pujuk rayunya. Ulama’ dikenali dengan pengakuan oleh umat Islam dan jumhurnya dari kalangan ahli hak.
Di antara perkara yang menunjukkan alimnya ulama’ dan kelebihannya ialah mengenai pengajiannya, fatwanya dan
juga karangannya. Adapun pangkat dan jawatan atau yang seumpama dengannya, bukanlah dikira sebagai tanda yang
menunjukkan kepada ilmunya. Ulama’ tidak ditentukan dan tidak dipilih melalui cara pengundian, tidak juga dengan cara penentuan jawatan. Sebagaimana di antara kalangan alim ulama’ dalam tarikh ummah terserlah dan nyata sebutannya (masyhur), menjadi imam atau pemimpin kepada ummah sedang dia (alim ulama’) tidak mengenal dan menjawat kedudukan atau memegang jawatan. Seumpama Imam Ahmad dan Syeikh Islam Ibnu Taimiah sebagai dua contoh dalam tarikh yang panjang bagi ummah ini.
Ini tidak bermaksud setiap orang yang mempunyai jawatan dalam ilmu pengetahuan bukannya dia seorang yang alim, bahkan yang dimaksudkan di sini ialah kedudukan dan jawatan bukanlah dikira sebagai tanda yang menunjukkan ke atas ilmu, oleh itu kita dapati di
sana ada di antara kalangan para ulama’ yang dilantik oleh hakim(kerajaan) menjadi pemerintah, qodhi, mufti dan seumpama dengannya, bahkan kadang-kadang kita dapati pada zaman pemerintahan yang zalim tetap ada para qadhi yang adil dan para mufti yang boleh
dipercayai.
Memiliki segulung ijazah bukanlah jambatan mendapat gelaran sebagai ulama’, apatah lagi jika tidak terpancar dari dirinya kehidupan ilmu. Ulama’ bukan sahaja ada ilmu malahan ia memberi sumbangan kepada masyarakat, perkembangan dakwah dan kemajuan negara. Mereka adalah yang dianugerahkan Allah dengan ilmu pengetahuan, kemahiran serta pengalaman yang meluas dan mendalami dalam hukum halal, hal ehwal Islam dan mampu melakukan istinbat hukum dengan sumber-sumber hukum yang betul dan asli; alquran dan al-Sunnah, ijma’ dan qias dan lain-lain sumber yang muktabar, dengan lain perkataan ulama’ dalah pakar rujuk agama yang berkemampuan (dari segi ilmu) dan disiplinnya. Golongan ini juga mampu memahami , mengoalah serta menganalisa maqhasid syariah. Mereka adalah ahlul zikri yang boleh mengolah dan menganalisis kepentingan-kepentingan agama, nyawa, jiwa, akal dan intelektual, harta, nasab dan keturunan. Mereka juga mempunyai keperibadian yang mulia, dan dispilin yang tinggi dalam kehidupan. Mereka tidak boleh berpura-pura atau double standard sebaliknya ikhlas dan jujur samaada dalam kehidupan mahupun dalam pandangan, idea serta nasihat mereka. Ulama’ sebenar tidak bersikap berat sebelah tidak menggunakan ilmu untuk kepentingan diri dan kumpulan tertentu sahaja.
Kedudukan mereka sebagai ulama’ adalah satu pengiktirafan masyarakat. Jadi golongan ulama’ bukanlah merupakan golongan yang sewenang-wenangnya menggelar diri mereka ulama’. Pengiktirafan masyarakat amat penting kerana ilmu, sahsiah dan cara hidup mereka diakui. Ulama’ dahulu tidak mendapat apa apa sijil tetapi mereka diiktiraf oleh masyarakat sebagai al-Allamah (seorang berilmuan pengetahuan tinggi). Kualiti ilmu dan penyampaian ilmu membuahkan pengiktirapan masyarakat kepada mereka.
Dari semua kutipan dan penjelasan di atas menunjukkan bahawa ulama’ adalah merujuk kepada mereka yang mengetahui dan mendalami pengetahuan agama. Dengan pengetahuan ini menjadikan mereka patuh kepada hukum Allah. Amat takut kepada kemurkaan di dunia dan lebih-lebih lagi di akhirat.
Keistimewaan Ulama’
Firman Allah SWT
“Allah menyatakan bahawasanya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan dia, yang menegakkan keadilan. Para Malaikat dan orang-orang yang berilmu (juga menyatakan yang demikian itu). Tidak ada Tuhan (yang berhak disembah) melainkan Dia, Yang Maha perkasa lagi Maha Bijaksana). (Surah al-Imran, 3:18)
Ayat ini menerangkan kedudukan ulama’, dalam soal menguatkan akidah, kedudukan ulama’ adalah amat tinggi, selepas kedudukan para malaikat. Menurut Ibn. Hajar para ulama’ yang beramal dengan ilmunya pada hakikatnya wali Allah. (Al-Zawajir 1/88)
Ini satu darjat ketinggian yang amat nyata dengan kedudukan yang penting itu para ulama’ sebenarnya bukanlah satu golongan yang tersisih dan diketepikan dari permasalahan hidup umat manusia dalam apa jua bentuk.
Banyak hadis yang menyatakan tentang ilmu dan ulama’. Ilmu yang diperolehi oleh ulama’ adalah diturunkan oleh Allah SWT. Ayat dan perkataan “Orang yang di kurniakan ilmu dan beberapa darjat”. Menunjukkan Allah mengurniakan ilmu dan kepandaian yang amat luas kepada manusia, ilmu itu lebih maju dan teratur daripada pengetahuan yang dikurniakan oleh Allah SWT kepada lain-lain makhluk seperti malaikat.
Di antara Hadis Rasulullah SAW . “ Ya Allah berilah rahmat kepada penggantiku. Para sahabat bertanya wahai Rasulullah siapakah pengganti-pengganti baginda. Jawab baginda “ Mereka itu orang yang datang selepas ku meriwayatkan hadis-hadis ku dan mengajarkannya kepada umat manusia”.
Ibn. Abbas menyatakan darjat ketinggian para ulama’` di atas orang mukmin biasa adalah sekira-kira 700 tahun perjalanan dan jauh di antara satu darjat dengan darjat yang lain adalah 500 tahun. (Azzawajir 1/89)
Ulama’ adalah petunjuk kepada hamba dan menara petunjuk kepada sebuah Negara, dan teras ummah dan sumber hikmah, mereka adalah kemarahan syaitan dengan mereka menghidupkan hati ahli kebenaran dan mematikan hati penyelewing. Perumpamaan mereka di bumi seperti bintang di langit yang memberi penunjuk kepada orang di lautan dan daratan. Apabila bintang terpadam maka ia boleh mengeliru perjalanan. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)
Apabila ulama’ tidak ada maka manusia tidak akan tahu bagaimana hendak menunaikan satu kefarduan dan bagaimana hendak menjauhkan perkara yang diharamkan, bagaimana hendak menyembah Allah. Jika ulama’ mati maka waktu itu akan melahirkan kejahilan dan merupakan satu musibah kepada manusia. Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:13.)
Ulama’ mempunyai kaitan yang rapat dengan ilmu, dengan sebab itu apabila ulama’ meninggal ilmu pun hilang. Kata-kata Ka’ab Bin Mani’c seorang tabiin yag masyhur telah berkata” Wajib keatas kamu memelihara ilmu sebelum ia hilang, kerana hilang ilmu kerana hilang ahlinya”. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:34.)
Hadis yang diriwayatkan daripada Muaz Bin Jabal :
“Belajarlah ilmu maka sesungguhnya mempelajari ilmu kerana Allah adalah untuk menakutkan dan menuntut ilmu adalah ibadah dan mempelajarinya adalah tasbih dan berbahas dengannya adalah jihad dan mengajarnya bagi orang yang tidak mengetahui adalah sedekah dan mengajar ahli keluarganya mengenai halal dan haram adalah satu usaha untuk mendekatkan diri dengan Allah kerana ia mengajar kepada benda halal dan haram dalam menakutkan kepada Allah dan menjadi rakan ketika kesunyian dan menjadi dalil ketika senang dan susah dan menjadi perhiasan ketika keseorangan dan menjadi rakan ketika berdagang dan Allah angkat darjat mereka dikalangan mereka dan menjadikan mereka pemimpin yang menjadi ikutan orang lain. Kerana Ilmu menghidupkan hati yang buta dan memberi cahaya kepada yang gelap dan memberi satiap tenaga kepada yang lemah dan telah mencapai hamba ketahap yang merdeka dan menduduki bersama raja-raja dan mencapai darjat yang tinggi di dunia dan juga akhirat. Dengan ilmu ia boleh taat kepada Allah SWT, dengan ilmu ia menyembah Allah dengan ilmu ia menghubungkan tali sillturrahim, dengan ilmu ia dapat mengetahui yang halal dan yang haram dan menjadi perintis kepada amal. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:35-36.)
Luqman Hakim pernah berkata kepada anaknya
Wahai anakkku duduklah dengan ulama’ dan rapatkan kedua lutut kamu sesungguhnya Allah menghidupkan hati dengan ilmu seperti menghidupkan bumi dengan turunnya hujan” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
Nasihat Luqman juga
“Jangan kamu duduk bertengkar dengan ulama’ maka kelak kamu akan hina dan jangan kamu bertengkar dengan orang yang bodoh maka mereka akan memaki kamu sebaliknya kamu sabar bagi orang yang yang lebih tinggi ilmu daripada kamu dan orang yang lebih rendah ilmu daripada kamu. Maka hendaklah kamu bersama dengan ulama’ dan sabar bagi mereka dan mengambil daripada mereka ilmu” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:43.)
Malik bin Anas berkata
“Jangan ambil ilmu daripada 4 golongan ini,
a. Orang yang terkenal bodoh
b. Oran yang terkenal dengan ikut hawa nafsu.
c. Orang yang menyeru kepada hawa nafsu.
d. Lelaki yang ada kelebihan dan tidak tahu apa yang diucapkan. ”
(Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:91-92.)
Ciri-Ciri Ulama’
1.Sentiasa tawaduk dengan ilmunya
2.Dia tidak menuntut kemuliaan disisi pemerintah dengan ilmunya
3. Katakan Wallahua’lam jika tidak tahu.
Daripada Abdullah Ibn Masud
“Wahai manusia apabila ditanya dari perkara ilmu yang kamu tahu maka kamu jawab, jika kamu tidak tahu maka katakanlah Allah a’lam. ” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
4.Dan tiada menjadikan ilmu tadi sebagai barang dagangan
5. Tidak menjadikan ilmunya untuk mendekatkan dunia dan menjauhkan orang faqir
6.Tawaduk dengan orang faqir dan orang yang saleh
7.Apabila ia berada di dalam majlisnya maka ia sabar atas orang yang lambat faham dengan hal ehwal agamanya sehingga ia menjawab dengan lembut dan beradab.
8. Ulamak mesti beramal dengan ilmunya
Sabda Rasulullah SAW “ Sedahsyat-dahsyat manusia yang diazab di hari qiamat ialah seoang alim yang tidak bermanfaat imunya”. (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:92.)
Kata Fudhail bin ‘Iyyad,
Awal ilmu ialah diam, kemudian mendengar, kemudian hafal kemudian beramal dan menyebarkan .
Begitu juga dengan kata-kata Ibn. Mubarak
“awal imu ialah diam, kemudian memperdengar, kemudian memberi faham, kemudian menghafaz kemudian beramal” (Muhammad Ibn. Abdul Bar bin Asim al-Namari, 1994:46.)
9. Apabila disoal kepadanya perkara yang provokasi yang akan menimbulkkan fitnah di kalangan orang muslimin maka ia minta elak dan minta supaya soalan ini ditanya kepada orang yang lebih aula daripadanya
10. Ulama’ ia tidak akan bertengkar dan memperbodohkan orang lain.
11. Mengajar orang lain kepada tuhannya dan memperingatkan bagi mereka yang lupa. Mengajar bagi mereka yang jahil dan meletakan hikmah kepada ahlinya. (Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, 1996/1417, t.tpt, hlm, 50-53)
12.Sentiasa bersyukur kepada Allah SWT .
13. Sentiasa berzikir kepada Allah .
14.Hatinya sentiasa bermunajat dengan Allah .
15.Haya bergantung kepada Allah dan tidak takut kepada lain daripada Allah.
16. Sentiasa beradab dengan Quran dan Sunnah .
17. Tidak berlumba dengan ahli dunia dalam menuntut kemuliaan.
18.Berjalan atas muka bumi dengan tunduk dan patuh.
19. Sibuk hatinya menuntut kefahaman dan iktibar.
20. Sentiasa menyebut nama Allah bersama bersama orang berzikir
21.Lidahnya sentiasa menyebut nama Allah
Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’, t.tpt 1996/1417,hlm:13,
22.Sentiasa dahagakan ilmu.
Kata-kata Ibn. Masud”Dua perkara yang tidak pernah kenyang iaitu orang yang ada ilmu yang sentiasa menambahkan rida Allah dan ahli dunia yang berusaha menghimpunkan harta.
Kata-kata Masruq seorang Tabiin di zaman Abu Bakar, Saidina Umar, Saidina Ali dan Saidina Osman “ Tanda seorang yang berilmu ialah orang yang takut kepada Allah dan tanda orang yang jahil ialah orang yang kagum dengan ilmunya” Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, 1996:64.)
23.Tidak berkompromi dengan maksiat yang dilakukan oleh pemerintah.
Daripada Ummu Salamah berkata” Bersabda Rasulullah SAW” Adalah atas kamu pemimpin, kamu kenal mereka dan kamu engkar, maka sesiapa yang ingkar maka ia telah melepaskan diri dan siapa yang benci maka ia selamat, dan tetapi siapa yang ridha dan mengikutnya maka dijauhkan oleh Allah kepadanya oleh Allah”. Maka dikatakan Wahai Rasulullah Apakah kamu perangi mereka tetapi baginda menjawab “tidak , selagi mereka solat”. Sahih Muslim: 1854
24.Orang alim musuh iblis
“Sabda Rasulullah SAW Seorang faqih begitu susah atas iblis, berbading dengan 1000 orang jahil” Kitab Ilmu Turmizi
25.Para ulama’ hendaklah mempunyai iltizam qiadi atau iltizam kepimpinan, kerana ulama’ adalah pemimpin masyarakat dan ummah seperti para Rasul SAW . Firman Allah “ Dan ingatlah ketika nabi Ibrahim diuji oleh Tuhannya dengan beberapa kalimah (perintah suruhan dan larangan) maka nabi Ibrahim pun menyempurnakannya. Allah berfirman: “….Sesungguhnya aku akan melantik mu menjadi pemimpin bagi umat manusia..” (al-Baqarah,2:124)
Dengan demikian ulama’ bukan sekadar mengetahui tentang hukum hakam yang terbatas, bukan orang yang mengaji kitab feqah dan bukan juga ditentukan oleh serban dan jubah besar. Prof. Dr. H. Abdul Karim Amrullah (Hamka), Tafsir al-Azhar, , Bandung: Yayasan Latimojong, cet. Pertama, juz 22/30, 1984, hlm. 302-303.
Sebab itu ulama’ yang layak memimpin mereka mestilah meniru sikap dan akhlak nabi, maka barulah layak mereka menjadi pemimpin.
“Para ulama’ adalah pewaris nabi-nabi dan sesungguhnya para nabi tidak meninggalkan wang emas atau perak, tetapi mereka meninggalkan ilmu, sesiapa yang mengambilnya maka sesungguhnya ia telah mengambil habuan yang cukup”.
(Imam Abu Bakar Muhammad bin Hussin Bin Abdullah Al-Ajiri, Takhrij wa ta’liq Sopian Nur Marbu Banjari al-Makki, Akhlaq al-Ulama’: 19)
Sebab itulah para ulama’ mereka yang layak mewaris nabi kerana nabi hanya meninggalkan ilmu dan mereka yang boleh memahami apa yang nabi tinggal ialah ulama’.
26. Keikhlasan dan ketakwaan kepada Allah
Kata Imam Ghazali : Maka inilah dia perjalanan ulama’
dan juga adat mereka pada menyeru ke arah kebaikan dan
mencegah kemungkaran, kurangnya mereka bergaul dengan pihak pemerintah dan akan tetapi mereka
menyerahkan kepada kuasa Allah Taala untuk mengawasi
mereka, mereka redho dengan ketetapan Allah Taala
supaya dianugerahkan kepada mereka syahadah di jalanNya. Ketika mereka mengikhlaskan niat kerana Allah maka kalam-kalam mereka memberi kesan pada hati yang keras maka dengannya lembutlah hati dan hilanglah kekerasannya.
27. Bertolak ansur tolak ansur. Tidak fanatik dengan pandangannya sahaja. Contoh Imam-Imam mazhab boleh dijadikan ukuran.
Diriwayatkan bahawa Imam Shafie telah mengatakan “Seluruh manusia dalam bidang fiqah adalah keluarga Abu Hanifah” Beliau juga melaku kan solat subuh dekat kubur Abu Hanifah, beliau tidak melakukan qunut, beliau berbuat demikian kerana menghormati Abu Hanifah yng negatakan qunut tidak ada dalam solat subuh dan untuik mengajar pengikutnya supaya bertolak ansur kepada mazhab berkenaan. (Mohd. Radzi Othman dan O.K. Rahmat, 1996:61)
Kiyai Hasyim Asyaari, daripada Nahdatul Ulama, sebuah organisasi kaum tua mengatakan umat Islam agar jangan taksub kepada setengah mazhab atau setengah hukum di dalam soal furuk. Yang utama bagi umat Islam ialah membela Islam dan berjuang menentang orang yang menolak al-Quran. Berjihad menghadapi musuh adalah wajib. Adapun takasub pada satu mazhab dan satu qaul ini tidak disukai oleh Allah. Apatahlagi sehingga mendorong kepada berebut-rebut dan berdengkian. (Umar Hasyim , 1982:232-233.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...