Showing posts with label Harakiah. Show all posts
Showing posts with label Harakiah. Show all posts
Tuesday, July 5, 2011
Monday, May 16, 2011
IKRAM UK eire
Well, nice to keep these things handy.. never know when you'll need it...
Pendahuluan
IKRAM UKE, sebelum ini dikenali sebagai MSM UKEire (Majlis Syura Muslimun). Ia bukanlah satu persatuan baru yang diwujudkan di UK mahupun Ireland. Secara ringkasnya, nama IKRAM ini adalah diambil hasil daripada transformasi MSM yang telah wujud sekian lama.
MSM (Majlis Syura Muslimun) adalah pertubuhan yang telah didaftarkan di MSD. Persatuan ini mengambil peduli ehwal pelajar Malaysia yang berada di luar Negara atas urusan melanjutkan pengajian.
Pertubuhan IKRAM adalah pertubuhan NGO yang ditubuhkan atas dasar mengambil peduli urusan masyarakat sejajar dengan cara hidup dan syariat Islam. Ia adalah pertubuhan membangunkan modal insan, kebajikan dan mengembangkan fahaman Islam yang tulen.
Objektif
Visi dan Misi
Matlamat IKRAM
1) Menyebar risalah Islam melalui dakwah, mempertahankannya dari kebatilan atau syubhat.
2) Mengumpul hati dan jiwa individu Muslim atas dasar Islam dan membina akhlak mulia.
3) Menigkatkan taraf ekonomi umat Islam
4) Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan social serta membanteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral, dan menggalak kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama.
5) Memperjuang hak umat Islam, dan meningkatkan kesatuan serta perpaduan di kalangan mereka.
6) Mempraktikkan Islam
7) Mengadakan kerjasama dan hubungan dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingat Umat.
Matlamat IKRAM UKE
1) Mendokong matlamat IKRAM Malaysia
2) Membina modal Insan Pelajar Malaysia di Ireland
3) Memberi nilai tambah kepada Pelajar Malaysia di Ireland
4) Menjaga kebajikan pelajar
5) Membantu memberi kesedaran tentang Islam dan tanggungjawab Muslim.
Pendaftaran Persatuan
MSM (Majlis Syura Muslimum) telah didaftarkan di MSD pada tahun…. Transformasi MSM kepada IKRAM student chapter telahpun dimaklumkan ke pihak MSD London.
Organisasi
President:
Wakil kawasan Ireland:
1) Cork: Mior Ammar Alif Kamarulazim
2) Galway: Dr Ikhwan Marion
3) Belfast : Nabil Ali
Aktiviti
1) Ceramah berkaitan agama (fiqh luar Negara)
2) Perhimpunan Musim Sejuk
3) Jaulah/ Visit di Negara Eropah
4) Lawatan Umrah
5) Program pre-Departure bagi pelajar baru
6) Membantu pelajar baru di setiap university
7) Program riadah/ Sukan ahli
8) Hubungan dengan persatuan lain di Ireland dalam program bina Insan.
Keahlian
Keahlian IKRAM student chapter boleh diperoleh melalui wakil kawasan. Ia terbuka kepada pelajar Muslim di Luar Negara yang ingin mendokong visi dan misi bersama.
FAQ
Mengapa menggunakan nama IKRAM?
IKRAM di Malaysia adalah hasil idea bekas pelajar di luar Negara. Kami merasakan penggunaan nama ‘IKRAM’ adalah mengambil semangat usaha mereka dan usaha kami yang mahu membangunkan Umat.
Apakah hubungan IKRAM di Malaysia dan IKRAM student chapter Ireland?
Hubungan kami dalah sekadar hubungan cawangan pelajar di Ireland. Kami berkongsi aktiviti dan nasihat berkaitan pelajar di luar Negara.
Adakah IKRAM pertubuhan politik?
IKRAM tidaklah pertubuhan politik. IKRAM adalah pertubuhan NGO yang tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik. Matlamat IKRAM adalah jelas, membina modal Insan Muslim dan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berusaha kearah membangunkan Umat Islam sejagat.
Untuk hebaran umum
IM
Monday, May 9, 2011
Komplot Kristian: Apakah DAP sasarannya? Tidak…
| Analisis Harakahdaily |
Di atas permukaan, DAP dan agama Kristian dilihat sebagai sasaran sebenar Utusan. Namun, harus diingatkan di dalam politik, kebanyakan drama hanya membenarkan penonton tepi jalan melihat apa yang hendak diperlihatkan – dengan ini bermaksud ada pihak yang inginkan rakyat percaya bahawa sasaran sebenar mereka ialah DAP dan juga Kristian. Persoalannya, adakah begitu keadaannya? Sudah tentu tidak. DAP hanya sebuah catur yang digunakan sebagai batu lonjatan untuk melumpuh imej politik musuh yang paling digeruni Umno di minda pengundi-pengundi kawasan pedalaman. DAP bukanlah musuh terbesar Umno. Ia juga bukanlah PKR. Musuh terbesar Umno ialah PAS. Sebab untuk setiap kerusi Umno, jika ia kalah, kebarangkaliannya besar ia akan menjadi kerusi PAS di kawasan-kawasan pedalaman. Selepas majoriti bukan Melayu meninggalkan komponen parti Barisan Nasional kerana kebiadapannya, Umno sedar bahawa talian hayat politiknya kini bergantung sepenuhnya di tangan pengundi-pengundi kawasan pedalaman. Dengan alasan tersebut maka pengundi-pengundi kawasan pedalaman mesti di’cuci’ minda sehingga melihat ‘tiada pilihan lain’ selain Umno. Dengan ungkapan ‘tiada pilihan lain’, ia bermaksud PAS mesti dibunuh dengan segala modal yang ada. Membunuh DAP tidak akan membantu Umno untuk mengembalikan undi-undi bukan Melayu yang hilang, akan tetapi dengan melakar DAP seteruk parti syaitan, Umno berharap pengundi-pengundi kawasan pedalaman akan menekan PAS, ataupun lebih baik lagi memarahi PAS kerana sanggup bekerja dengan parti syaitan tersebut untuk menyingkirkan sebuah parti orang Melayu, Umno (bukan Barisan Nasional) yang sering digambarkan sebagai parti tunggal pembela orang Melayu di negara ini. Bacalah analisis penganalisa politik Harakahdaily di bawah dan pembaca bolehlah membuat penilaian sendiri terhadap permainan terbaru Umno. 20 April: Lebih mengejutkan, bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed, penyokong kuat Perkasa memberikan amaran supaya Utusan dan Perkasa membatalkan hasrat tersebut kerana cadangan tersebut adalah tidak baik untuk negara. Semasa mencadangkan pergerakan “1Melayu, 1Bumi” Zaini menulis bahawa DAP berjaya menyatukan orang Cina, maka tidak salah bagi orang Melayu melancarkan seruan 1Melayu, 1Bumi kerana orang Melayu sendiri belum bersatu. “Jika PAS degil dan tidak mahu ikut serta, gabungkan dengan puluhan NGO-NGO Melayu yang kini tumbuh bagaikan cendawan di atas bumi Malaysia ini.“ komentar: DAP digunakan sebagai alasan untuk memaksa PAS untuk bersama Umno demi orang Melayu. Umno cuba menggambarkan seolah-olah PAS ialah parti Melayu yang ‘pelik’ di mata pengundi-pengundi pedalaman yang majoritinya orang Melayu. Malah, Umno dan Utusan cuba menjaja idea bahawa kejayaan DAP di Sarawak ialah petanda bahawa orang Cina telah menolak kepimpinan orang Melayu. Serangan ini dipatahkan dengan hujah ringkas oleh Naib Presiden PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dengan membetulkan persepsi bahawa kejayaan DAP di Sarawak hanya membuktikan bahawa orang Cina telah menolak pemimpin Cina dalam Barisan Nasional (BN) kerana DAP hanya menang dengan mengalah calon Cina daripada BN. Oleh itu, soal orang Cina menolak kepimpinan Melayu langsung tidak berbangkit, terang Tuan Ibrahim. 30 April: Najib menyeru Presiden PAS, Tuan Guru Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meninggalkan DAP dengan mendakwa bahawa parti tersebut tidak memperjuangkan Islam. Perdana Menteri juga menjemput PAS untuk menyertai Barisan Nasional untuk melaksanakan usaha memperkasakan agenda bangsa, agama dan negara. Pada masa yang sama, MCA pula mengugut pengundi Cina dengan mengatakan bahawa parti tersebut akan menolak sebarang jawatan kabinet pada masa hadapan sekiranya terus tidak mendapat sokongan daripada kaum tersebut pada pilihanraya umum akan datang. komentar: Sekali lagi, Umno menggunakan DAP sebagai batu loncatan untuk membunuh persepsi politik pengundi-pengundi pedalaman terhadap PAS dengan menjemput parti Islam tersebut untuk menyertai BN bagi memperkasakan bangsa, agama dan negara walaupun mengetahui sepenuhnya PAS akan menolak usul tersebut sekali lagi kerana tidak mahu bersama memperjuangkan kemungkaran Umno dan kekal bersama Pakatan Rakyat. Pencacai Umno, MCA pula secara diam akur dengan skrip politik Umno dan cuba menggambarkan bahawa Barisan Nasional akan menjadi kerajaan orang Melayu sahaja jika betul mereka menolak sebarang jawatan kabinet kerana orang Cina tidak menyokong mereka. Secara tidak langsung, Umno dan MCA dengan sengaja membuka jalan kepada plot berbahaya dengan memberikan gambaran kepada pengundi-pengundi bahawa sebuah 'dikotomi berbahaya' akan wujud dengan kerajaan Melayu-dominan di satu sisi dan pembangkang yang Cina-dominan di sisi yang lain – dan semua ini terjadi kerana Pakatan Rakyat. Kerana mengetahui bahawa PAS akan menolak sekali lagi dalam usaha ke arah menjayakan plot berbahaya tersebut, skrip politik telahpun disiap-sedia di mana Umno akan menuduh PAS lebih sanggup bekerja dengan parti yang dituduh syaitan oleh Umn iaitu DAP daripada bersama Umno untuk memperjuangkan nasib Melayu dan Islam. Skrip tersebut juga menggambarkan Umno bersifat baik hati dengan melupakan persengketaan lama dengan PAS dengan jemputan tidak ikhlas tersebut tanpa menghiraukan fakta bahawa parti orang Melayu Barisan Nasional tersebutlah yang menganiayai kerajaan orang Islam PAS di Kelantan selama 2 dekad yang lalu. Pada masa yang sama, Umno juga memberitahu pengundi-pengundi pedalaman bahawa parti PAS angkuh dan mengikut telunjuk DAP menyebabkan parti tersebut meninggalkan perjuangan membela orang Melayu. Seramai lapan pemimpin tertinggi PAS, termasuk Murshidul Am, Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat sekali lagi mengeluarkan kenyataan yang sinonim walaupun berasingan bahawa parti Islam akan kekal bersama Pakatan Rakyat dengan matlamat untuk mengeluarkan Umno dari Putrajaya dalam pilihanraya umum ke 13. 1 Mei: komentar: Atas keceluparan dan sentimen anti-Islam Presiden MCA Chua Soi Lek (gambar), hasrat Umno untuk membunuh persepsi politik orang pedalaman terhadap PAS dipatahkan lagi akibat kesungguhan segelintir pemimpin MCA untuk menunjukkan kepada pengundi-pengundi Cina bahawa merekalah yang betul-betul anti Islam demi meraih sokongan. 5 Mei: Utusan memainkan isu kenyataan Mufti Perlis, Dr Juanda Jaya yang menuduh golongan yang menentang penyatuan Umno-PAS sebagai pengkhianat Islam. komentar: PAS sekali lagi ditekan kerana menolak pelawaan Najib untuk berkerjasama dengan Umno atas nama Islam versi Umno yang menghalalkan judi, menghalalkan penganiayaan terhadap negeri Islam yang lain dan menganggap rasuah sebagai sebahagian daripada amalan hidup. Mufti mempunyai wibawa yang tinggi di kalangan pengundi-pengundi Melayu di kawasan pedalaman, dan oleh sebab itu, PAS terpaksa berhati-hati untuk mengatasi perangkap Umno ini dengan menjaga wibawa seorang mufti sambil menolak penyatuan dengan Umno supaya parti Melayu Barisan Nasional tidak dapat menggunakan sebarang alasan untuk sekali lagi membunuh persepsi politik pengundi-pengundi pedalaman terhadap PAS. Sekali lagi, persoalan ringkas berikut daripada Tuan Ibrahim (gambar bawah) cukup untuk menghalang kemaraan Umno dalam isu ini. “Sebagai seorang mufti, Dr Juanda perlu memahami bahawa jangkauan perpaduan yang cuba dicadangkannya, perlulah sebaik-baiknya mencerminkan kehendak Islam yang syumul ini, dan lebih penting lagi meletakkan asas penyatuan bagi mencari keredhaan Allah. "Bagi Dr Juanda dan mereka yang sama fikrah dengan pandangannya, Apakah PAS diminta mendokong kemungkaran dan kebejatan yang dilakukan oleh Umno, samada dalam aspek agama mahupun pengurusan negara?” 7 Mei: Malah Menteri Dalam Negeri, Hishamuddin Hussein dan Menteri Informasi, Telekomunikasi dan Budaya Rais Yatim turut serta memberikan kredibiliti kepada komplot yang diwar-warkan tersebut dengan memberikan amaran kepada golongan yang mempersoalkan kedudukan agama Islam sebagai agama persekutuan. MCA, seperti biasa tidak terlalu berani bersuara dan membenarkan Umno untuk meneruskan plot jahatnya. Timbalan Presiden, Datuk Seri Liow Tiong Lai sekadar mengatakan laporan Utusan itu sebagai omong-omong tanpa memberikan sebarang kritikan terhadap Utusan yang memainkan sentimen yang berbahaya tersebut. Menyedari permainan berbahaya Umno ini, pemimpin tertinggi Pakatan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Lim Guan Eng dan Hadi telah mengingatkan bahawa perjuangan bersama Pakatan Rakyat adalah untuk menjunjung perlembagaan negara, terutamanya Islam sebagai agama persekutuan dan bersama membidas permainan Utusan yang berbahaya tersebut. komentar: Seperti yang diterangkan Tuan Ibrahim, dengan segala kekuatan DAP sahaja, ia adalah mustahil untuk melakukan dakwaan tersebut kerana jumlah ahli Parlimen mereka tidak mencukupi, bahkan atas nama Pakatan Rakyat sekalipun, tak mungkin PAS dan PKR akan bersetuju, lagi-lagi DAP pun tidak akan mencadangkan usul yang cukup tidak logik tersebut. Sebagai langkah untuk membetulkan persepsi pengundi-pengundi kawasan pedalaman, beliau turut mengingatkan bahawa sebarang dasar negara memerlukan persetujuan majoriti dalam parlimen yang terdiri daripada ahli parlimen yang majoritinya Islam. “Pindaan dasar negara bukan boleh dibuat dalam mesyuarat di hotel atau dalam majlis tertutup. Sebarang pindaan perlembagaan tentu akan dibincangkan di parlimen, dan kalaulah ini terjadi, apakah wakil rakyat yang majoritinya beragama Islam akan bersepakat dan bersetuju dengan pindaan tersebut? “Sudah tentu tidak. Lebih-lebih lagi, Pakatan Rakyat sudah awal-awal lagi mengisytiharkan bahawa kita akan mendokong sepenuhnya Perlembagaan Malaysia, lebih-lebih lagi Islam sebagai agama rasmi negara,” terang beliau, yang juga Pesuruhjaya PAS Pahang. Jadi, jikalau sudah tahu perkara konspirasi Kristian itu tidak berasas dan tidak logik, mengapa Umno masih ingin mainkan isu yang serba berbahaya ini? Jawapannya mudah – untuk mencipta satu ‘common enemy’ (musuh bersatu) yang tidak wujud di minda pengundi-pengundi Melayu di kawasan pedalaman supaya menekan PAS untuk bekerjasama dengan Umno untuk mengatasi kemelut buatan Umno ini. Sekali lagi, segala plot yang Umno mainkan sasarannya ialah PAS, dan memaksa parti Islam tersebut ke satu penjuru supaya para pengundi Melayu pedalaman hanya akan lihat Umno sebagai satu-satunya pilihan yang ada untuk membela bangsa dan agama Islam pada pilihanraya depan kerana mereka tahu parti Islam tidak akan bersama mereka dalam kerja menfitnah dan menkucar-kacirkan negara. Selepas plot menjatuhkan Anwar dengan video lucah gagal, Umno sekarang bertukar menggunakan DAP sebagai batu loncatan untuk memainkan sentimen pengundi-pengundi Melayu pedalaman terhadap PAS, dengan menuduh parti Islam tersebut tidak berupaya untuk mempertahankan mereka dan menjadi kuda tunggangan kepada bukan Islam yang mereka sering gambarkan sebagai golongan dominan di Pakatan Rakyat. Dengan memainkan isu sensitif ini juga, ia juga menunjukkan bahawa Umno tidak selesa untuk mengadakan piliharaya umum sekarang ini, kerana dengan menggunakan Kristian sebagai mangsa untuk kenakan PAS, parti Melayu Barisan Nasional itu tahu bahawa deposit kekalnya di Sarawak dan Sabah akan terjejas lebih teruk lagi berbanding keputusan pilihanraya negeri Sarawak yang lepas. Dengan pengumunan Suruhanjaya Pilihanraya semalam bahawa ia sudah mula 0membuat kajian awal persempadanan semula kawasan pilihan raya, rasanya pilihanraya umum akan dipanggil selepas kawasan majoriti Melayu dipecahkan dan kawasan majoriti Cina digabungkan untuk membolehkan Umno memenangi lebih banyak kerusi dengan hanya bergantung kepada pengundi pedalaman. Jadi, siapa lagi yang melihat DAP dan Kristian sebagai sasaran sebenar Umno? Untuk menumpaskan Umno, semua pihak berkewajiban untuk menyedarkan pengundi-pengundi Melayu pedalaman untuk menyokong PAS, yang kini semakin dilihat sebagai parti pengaman dan penstabil berbanding Umno yang suka mengkucar-kacirkan negara dengan sentimen berbahaya demi kepentingan politik. |
Thursday, May 5, 2011
Pesanan-pesanan daripada 1511H [Kombat] (3)
“assalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh, anak-anak muda sekalian. Segala puji bagi allah swt dan selawat serta salam untuk rasulullah saw, ahlul bait, para sahabat, tabi’in, guru-guru dan syeikh serta seluruh mujahidin yang telah banyak berjuang dan berkorban demi memurnikan akidah kita hari ini.
Anak-anak, ana amat bangga dan bersyukur sebagai seorang islam. Ana kira, anak-anak juga perlu merasakan hal yang sama hari ini. Sekurang-kurangnya ada tiga perkara paling pokok yang ana ingin tekankan dalam ucapan pada pertemuan yang bersejarah ini.
Pertama ialah keutamaan untuk kembali ke dasar. Kedua, untuk mengenal potensi remaja atau anak muda dan ketiga, melaksanakan dasar serta potensi tersebut di terjemahkan menjadi cinta. Ia saling berkait rapat.
Labi band o chasm band o gosh band
Gur na bini sirri haq bar ma bi khand
Kata penyair sufi, rumi : tutuplah bibirmu, matamu, telingamu, tertawakanlah aku, jika tak nampak olehmu rahsia kebenaran.
Anak-anak sekalian, oleh kerana kalian masih dalam keaddan pucuk benar, maka sebagai seorang yang bertaraf ibu, ana akan menyebutkan hal ini sebagai seorang ibu menasihati anak-anak kandungnya.
Tasawuf telah di tindas sekian lama sepanjang sejarahnya. Ia juga telah sering di salah tafsir. Ana tidak akan menghabiskan masa yang singkat ini untuk menghuraikan sejarah bagaimana tasawuf telah di tindih oleh kuasa dan sering di salahertikan.
Tasawuf adalah jelas sekali satu jalan daripada pelbagai jalan untuk merealisasikan tasawuf. Tetapi, oleh kerana kita sekarang berhadapan dengan musuh yang sangat licik, iaitu barat yang menggunakan apa sahaja yang termampu untuk menghancurkan kita, ana akan katakan bahawa tasawuf adalah satu-satunya jalan untuk merealisasikan tauhid. Bukan menafikan jalan-jalan lain, tetapi menegaskan jalan ini sahajalah yang dapat menyampaikan kita kepada tujuan yang sedang kita redahi ini secara selamat.
Remaja muslim sekalian, makna paling mendalam pada tauhid itu terlindung dan harus di selami melalui satu disiplin kerohanian yang ketat, justeru satu penyucian diri dengan syarat-syarat tertentu, cuba memenuhinya sambil menidakkan semua yang lain daripada tuhan yang harus bersikeras untuk di capai.
Andai berjaya menimba makna paling dalam pada tauhid, kelazatan rapatnya dengan tuhan akan terjalin, terasa benar segala yang di dunia ini sementara dan tak terkecap dek rasa, tak terucap dek kata, tak tergambar dek mata akan kelazatan, keseronokan dan keindahan menyatu denganNya.
Rasulullah saw, anak-anakku, sebelum berjihad di medan tempur dan mendirikan sebuah negara telah mengalami penyucian, supaya dasarnya benar-benar kukuh dan kejap. Inilah juga yang rasulullah ajarkan kepada para pengikutnya.
Ketika rasulullah masih kanak-kanak lagi, baginda telah di bersihkan hatinya oleh malaikat jibril dengan air zam-zam. Baginda juga sebelum berjuang dengan senjata telah di bawa berjalan sangat jauh untuk menemui Dia menerusi mikraj yang agung dan luar biasa. Inilah pengalaman-pengalaman daripada sirah nabawiyyah yang tak terhitung yang perlu kita renungi bersama.
Pengalaman-pengalaman rasulullah ini di turunkan, mengalir kepada para sahabat sehingga kita membaca dan di khabarkan tentang keberanian ali yang masih remaja, sanggup menggantikan baginda di pembaringan kala rasulullah berhijrah ke madinah. Nyaris-nyaris ali yang masih belia itu di tikam dengan pedang dan lembing pahlawan-pahlawan kaum musyrikin setelah mereka di hasuti iblis.
Hal ini anak-anak muda muslim sekalian, apabila kalian telah masuk dan berenang dalam lautan yang tak bertepi ini akan tiba ke suatu takah yang di gambarkan dengan halus lagi penting oleh penyair sufi dari alam melayu :
Bukannya ajam lagi arabi
Sentiasa wasil dengan yang baqi
Ahli sufi agung ini menafikan yang lain daripada allah taala, mengaku dirinya bukan ajam bukan pula bangsa arab, tetapi sebenar-benarnya ialah sekadar hamba allah yang telah mendapat kurnia makrifat daripadaNya. inilah asas penting yang ingin ana tekankan di tengah-tengah pertemuan remaja isalam sedunia ini. Hanya kedekatan dengan tuhan yang dapat mengaburi garis bangsa, hingga yang tinggal ialah semata-mata hmaba allah yanng bersedia berkorban demi tuhan.
Sayugia di ingatkan, rasulullah saw setelah menyatu dengan tuhanNya, tidak pula asyik dengan cintanya sendiri-sendiri, tetapi turun semula ke bumi dan memimpin umatnya, sebahagian besarnya ialah anak-anak muda, untuk membebaskan umat manusia daripada kezaliman dan penindasan serta kesesatan jahiliyah.
Ini anak-anakku, akan membawa kita kepada pokok kedua, iaitu peranan remaja yang telah bertemu dan menyatu dengan tuhanNya ini. Seperti baginda nabi muhammad saw setelah di sucika jiwanya, mengerti yang hanya allah sahaja segala-galanya, kalian akan di minta untuk bersedia berjuang bersungguh-sungguh mengangkat kalimat tauhid.
Seperti yang ana katakan tadi, orang yang mampu bermatian meninggikan tauhid ini hanyalah orang-orang yang telah pun menimba makna tauhid itu sendiri.
Anak-anak tidak ada cara lain selain menjadi seperti ashabul kahfi, menjadi seperti ibrahim alaihissalam waktu mudanya, iaitu lari ke dalam ‘gua’. Gua yang bukan mesti gua di gunung-gung, tetapi ialah gua pertapaan dan khulwah yang suci, iaitu menerusi tasawuf, kesucian dan juga jalan tarekat. Bersembunyi di dalam ‘gua’ ini sementara, dekatkan diri, bersahabat dengan Kenyataan Tertinggi sebelum tranformasikan diri menjadi seperti ibrahim alaihissalam, keluar dengan keyakinan dan keimanan yang tidak lagi boleh digugah-gugah. Waktu itu, bukan pemerintah moderate munafikin ini sahaja yang akan di kapak berhala mereka, kita malahan akan mampu menawan barat.
Pokok ketiganya ialah setelah kembali kepada dasar iaitu tauhid, setelah menyedari kemampuan anak-anak sebagai orang muda, masanya tiba untuk menterjemahkan ia dalam bentuk cinta. Cinta terhadap allah ini harus di laksanakan dengan bersungguh, iaitu menegakkan tauhid pula di tengah masyarakat, di tengah negeri, di tengah negara dan di tengah dunia.
Rasulullah saw menghantar bala tentera ke negeri-negeri timur dan barat, menawarkan mereka kehebatan tauhid ini, rasulullah saw mengutus surat kepada sekian ramai pemimpin dunia untuk menegakkan cinta tauhidnya itu. rasulullah saw lakukan semua ini dengan cinta sejati.
Ini anak-anak, dapat di lakukan dengan bergabung dalam satu jarinagn yang besar, semacam satu taifa. Taifa atau ahdas ini harus di suntik dengan satu falsafah dan prinsip bersama, futuwwah. Waktu akan tiba untuk kita keluar dari gua, beramai-ramai dengan wajah yang takkan berpaling daripada tuhan. Kita akan menterjemahkan cinta kita semua sebagai kekasih allah dan jika kita mati kerananya, kita mati kerana cintakan allah.
Selamat bersidang dan bersimposium sepanjang pertemuan ini. Harapnya anak-anak tidak akan terleka daripada berbincang soal langit kala bertengkar soal bumi. Ana tutup ucapan ana ini dengan satu lagi rangkap yang ana petik daripada hamzah fansuri.
Kenal dirimu hai anak dagang
Nafikan dirimu jangan kau sayang
Terima kasih. Ana sudahi dengan wassalamualaikum wa rahmatullahi wa barakatuh dan dengan lafaz bismillahirrahmanirrahim, ana merasmikan Pertemuan Remaja Islam Sedunia ini.”
-syarifah nusaybah, salah satu watak dalam 1511 H ( kombat ).
Pesanan-pesanan daripada 1511H [Kombat] (2)
Komander muhammad ameen membaca basmalah, memberi salam, memuji nama allah bersyukur setinggi-tingginya, dan berselawat.
“tuan-tuan sekalian, tiada tuhan kecuali allah semata-mata. Tidak ada sekutu bagiNya. dialah allah yang telah menepati janjiNya, menenangkan muhammad saw dan mengalahkan musuh-musuh islam. Allah berfirman dalam ayat 13 surah al-hujurat, ‘hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi allah ialah orang yang paling bertaqwa...”
“tuan-tuan sekalin, islam datang untuk menghancurkan segala jenis penyembahan, segala jenis fahaman yang mengabdikan manusia. Kerana menjadi hamba itu hanyalah untuk allah. Bahawa allah tidak boleh di sekutukan. Agama allah sangat jelas dan nyata. Itulah yang kami tawarkan. Kami datang untuk membebaskan tuan-tuan daripada diperhambakan atas nama demokrasi dan kapitalisme kepada satu pembebasan transendental yang tinggi.
Sesungguhnya ana berdiri di sini bukanlah kerana ana seorang raja, bukan pula seorang panglima. Ana hanya seorang pemuda, remaja yang makan daging kering, dan bukanlah ana seorang penjahat. Ana dan sahabat-sahabat ana datang untuk membawa kasih sayang...”
“tuan-tuan, memang ana kelihatan seorang pemuda mentah, tetapi ana mengingatkan kata bahawa islam itu ada empat rupa. Yang pertama ialah aslama, iaitu mematuhi perintah allah dan ajaran nabiNya serta pemerintahan islam yang sebenar.”
“islam itu juga pokok katanya salima, yang bermakna selamat. Jika seseorang itu menjalankan perintah allah dengan sempurna, maka dia terselamat dunia dan akhirat.”
“islam ialah salmi, iaitu rukun. Kerana islam itu terbina atas rukun-rukun yang mengindahkan agama kami. Islam juga ialah sulami, tingkat untuk mencapai keluhuran dunia, juga keluhuran akhirat.”
“tuan-tuan sekalian, dalam solat lima waktu kami, kami membaca antara lain ‘iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in’, hanya kepada tuhan sajalah kita sembah dan hanya kepada tuhan sajalah tempat meminta pertolongan. Inilah prinsip hubungan kami dengan tuan-tuan selepas ini, iaitu kemerdekaan dan persamaan.”
“ketahuilah, hidup bebas adalah ibarat binatang, sedangkan kita manusia, di kurniai akal dan kebaikan yang tinggi. Jauhilah pergaulan jahat lelaki perempuan, sungguh-sungguh ia merosakkan masyarakat. Janganlah melakukan pembunuhan, pencurian, dan juga pembolotan harta serta sikap bermuka-muka, kerana itu membawa kepada kemudaratan.”
Pesanan-pesanan daripada 1511H [Kombat] (1)

Hamba pacal yang hina ini memulakan dengan memuji dan memuja sebaik-baik pujian hanya pada yang benar-benar layak mendapat segala pujian yang baik, allahu akbar azza wa jalla dan selawat ke atas nabi penutup segala nabi, muhammad saw dan semoga sahabat baginda, tabi’i, tabi’in, mujahidin dan umat islam khasnya, umat manusia amnya, semoga sentiasa di redhai oleh allah.
Sesungguhnya, berbuatlah sesuatu hendaklah diniatkan kerana allah, kerana allah telah berfirman { aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. } (az-zariyat : 56 ).
Maka, hamba dengan akal kurniaan allah yang maha mulia, benak yang melengkapi seorang
insan yang lemah lagi alpa telah terfikir satu ilham. Niat hamba cuma satu iaitu mencari di mana redha allah yang maha tinggi itu.
Bacalah tulisan hamba dengan penuh cermat, nilainya dengan akal yang tenang, pertimbangkannya dengan hati yang damai. Ikhtiarkan dengan badan dan pohonlah doa daripada yang layak di pohon doa, allahu akbar. Kerana, allahlah sebaik-baik penunjuk petunjuk dan sebaik-baik pelindung tempat berlindung.
Tegurlah hamba kiranya langkah hamba ini silap di langkah. Janganlah pula di tegur kerana hendak di simbah minyak, api di dada. Iri dan hasad janganlah di belai. Istiqamah dan tawakkal hendaklah di bela.
Sesungguhnya allah itu maha agung, maha melihat, maha mendengar, maha mengetahui, dia mengetahui apa yang di hadapan dan di belakang kita. Apa yang ada di bumi, di langit dan di antara kedua-duanya. Dengan namaNya yang agung lagi tinggi, hamba tuliskan tujuan madah ini di tulis.
Dunia semakin uzur. Bumi semakin tua. Matahari semakin lanjut. Sekiranya adam dan hawa masih bernafas di fana, bagaimana agaknya bongkok mereka. Bergenerasi telah berlalu. Dinasti demi dinasti. Keturunan demi keturunan. Sang suria cuma menunggu masa untuk terbit dari barat. Semesta hampir lelap. Begitu juga isinya. Segalanya sudah berubah. Manusia sudah tidak tahu apakah peranan sebenar manusia dicipta. Sama ada tidak tahu atau berpura-pura tidak tahu.
Orang tua tidak lagi memberi amaran. Orang muda tidak lagi menghirau amaran. Yang dewasa, jalannya bengkang, yang remaja jalannya bengkok. Si teruna tidak kenal erti jihad. Si dara tidak tahu erti serikandi. Gelaran lelaki sejati hanya terdapat dalam filem dan buku. Istilah perawan hanya tinggal istilah.
Betapa manusia telah berubah. Dari ibubapa yang sama, kini beranak-pinak telah porak peranda. Ilmu dan ulama’ entah di mana kedudukannya. Mata hanya memandang wang dan darjat semata. Lihatlah betapa lemah dan alpanya kaum manusia ini. Sesat dan kabur tanpa petunjuk. Betapa lupanya kaum manusia bahawa muafakat itu berkat manakala selisih itu cenuram. Musyawarahlah di bawah kasih sayangNya.
Selagi ada insan yang ikhlas mengucap “la ilaha illallah”, insya’ allah, cakerawala tetap akan berkembang, terus setia menanti keputusan untuknya dari yang maha esa. Insan-insan inilah, hamba niatkan dengan izin dan nurNya, ingin satukan hatinya. Ingin hamba bersama-sama pautkan pada tali akidah yang bertaut teguh di bawah naungan kasih sayangNya. Di bawah lembayung rahmat dan inayahNya. Jiwa-jiwa ini, hamba harap agar bersatu. Mengejar redha allah bersama-sama. Berpegang erat bersama-sama menuju kampung halaman yang lebih kekal. Bersama-sama dalam beribadah. Memerangi musuh zahir dan batin. Tidak gentar untuk keluar memperjuangkan kalimah allah di muka bumi. Bersama-sama jiwa dan raga. Bersama-sama tika hidup hingga setelah hidup. Bersama-sama utuhkan kasih sayang antara semua. Kasih sayang dengan allah. Dan, bersama-sama mencapai tingkat taqwa yang tertinggi di sisiNya.
Membina generasi islam akan datang dengan membawa kegemilangan generasi islam masa lalu. Membina dunia yang lebih baik dan bersih. Tempat yang bukan dengki, iri atau hasad yang bermaharajalela, namun adil, saksama dan bijaksana yang mengambil peranan. Sekiranya kita hendak membersihkan sesuatu, cucilah dengan air yang bersih, bukan dengan lumpur. Begitu juga dunia ini. Binalah ia menjadi tempat di mana hati insan-insan di dalamnya berniat melakukan sesuatu mengikut panduan yang ulung dan unggul, alquran dan assunnah. Matlamat yang hendak dicapai cuma satu. Redha allah. Berjuanglah demi agamaNya.
Mematuhi rukun iman dan rukun islam. Tidak kurang, biarkan lebih. Tapi, jangan pula singgah pada amalan khurafat. Sesungguhnya hanya yang ikhlas sahaja tiba di hadapanNya. Berpegang teguh pada alquran dan assunnah. Rasulullah berpesan, umatnya tidak akan sesat selagi dia berpegang erat pada dua sumber ini.
Sesungguhnya, tiada yang sempurna di dunia ini kecuali allah. Hanya Dia yang maha sempurna. Manusia dicipta sejak azali lagi sememangnya lemah. Memang lumrah manusia alpa. Maka, kiranya timbul perselisihan faham atau persengketaan, ambillah jalan musyawarah. Janganlah goyah ikatan persaudaraan dengan mana-mana persengketaan antara semua pihak. Ia akan sentiasa berlaku kerana manusia tidak sempurna. Biarlah persengketaan lalu, sekarang mahupun akan datang bertukar menjadi persahabatan dan persaudaraan.
Dengan terikatnya tali persaudaraan seagama dan sejihad, maka jalanilah hidup dengan mengambil islam sebagai agama yang selalu di amalkan 24 jam sehari, 7 hari seminggu, 4 minggi sebulan, 12 bulan setahun dan bertahun-tahun seumur hidup. Beribadah dan berjihad dengan ikhlas. Dan, ajaklah orang ramai untuk turut serta. Memasuki syurga beramai-ramai. Oleh itu, carilah ilmu. Pentingnya ilmu di zaman kurangnya ilmu yang bermanfaat ini, maka timbalah ilmu hingga ke liang lahad. Dengan ilmu, barulah amar ma’ruf nahi munkar dapat di laksanakan.
Tulisan seterusnya hamba petik daripada sebuah buku, kerana ia mempunyai maksud yang sama dengan maksud hamba. Lagipun, hamba tidak pandai mengolah kata-kata.
Di petik daripada buku 1511 H ( kombat ), tulisan faisal tehrani.
Monday, March 28, 2011
Cadangan Pembentukan Generasi Ulama Rabbani Pewaris Perjuangan Islam ... Semoga Bermanfaat
Saya diminta oleh beberapa sahabat untuk merangka satu kertas kerja cadangan bagi usaha melahirkan generasi pelapis para ulama pewaris perjuangan Islam di bumi Malaysia tercinta. Memang saya akui, diri ini bukanlah layak untuk membahaskannya.Cuma atas dasar kesedaran dan buat ingatan bersama maka saya siapkan juga kertas kerja ringkas ini buat panduan kepada sahabat-sahabat seperjuangan sekalian.
Saya banyak menukilkan daripada Kitab Jundullah Tandziman oleh Syaikhu Syaikhina al-Allamah Murabbi Said Hawwa rahimahullah.
Secara hakikatnya, pembentukan generasi ulama pewaris perjuangan Islam adalah merupakan satu perkara yang bukan mudah untuk dilaksanakan.Pelbagai persoalan perlu untuk kita selesaikan :
Saya banyak menukilkan daripada Kitab Jundullah Tandziman oleh Syaikhu Syaikhina al-Allamah Murabbi Said Hawwa rahimahullah.
Secara hakikatnya, pembentukan generasi ulama pewaris perjuangan Islam adalah merupakan satu perkara yang bukan mudah untuk dilaksanakan.Pelbagai persoalan perlu untuk kita selesaikan :
1. Siapakah generasi pelapis tersebut?
2. Bagaimanakah cara yang terbaik untuk melaksanakan proses pembentukan tersebut?
3. Adakah kita punya prasarana terbaik untuk melaksanakan proses pembentukan tersebut?
4. Berapa lamakah tempoh masa yang perlu diambil bagi merealisasikan perkara ini?
Kesemua persoalan ini kita akan rungkaikan di dalam bentuk yang ringkas.Kita sekarang tidak perlu banyak bicara, yang penting corak kerja yang dilaksanakan.
Kita tidak boleh lagi hanya berpada untuk menjadi seorang aktivis dakwah yang difahami oleh kotak pemikiran masyarakat Malaysia.Perlu lebih daripada itu.
Perlu kita fikirkan di sini dengan sematang-matangnya bagaimana cara terbaik untuk kita realisasikan konsep seorang ulama di sebuah cawangan dan seorang mursyid di kawasan.Ini yang perlu penuntut Ilmu al-Azhar fikirkan.Maksudnya , tugas ini berat.Tugas berat perlukan komitmen yang juga berat.
ما لا يدرك كله لا يترك جله
Saya akan membahaskan perkara ini berdasarkan soalan-soalan yang dilontarkan sebentar tadi.
SIAPAKAH GENERASI PELAPIS PERJUANGAN ?
Jawapan pertama yang perlu kita letakkan ialah “ AKULAH GENERASI PELAPIS TERSEBUT”.Sikap menunding jari kepada orang lainlah yang menyebabkan kita menjadi kurang efektif dan banyak berangan-angan kosong berbanding melaksanakan pekerjaan bagaimana menjayakan misi tersebut.
Seseorang perlu ada sikap “ CITA-CITA MELEBIHI UMUR”.Di dalam Islam ini disebut “ al-Himmatul al-A’liyah” yang membawa maksud cita-cita dan keinginan yang tinggi. Lihat sahaja kepada sejarah perkembangan dunia, seseorang yang punya cita-cita yang tinggi dan punya corak tugas yang sama besar dengan bidang tugas yang dilaksanakan maka pasti menatijahkan kejayaan yang cemerlang.
Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah contoh terbaik yang melaksanakan konsep al-Himmatul al-A’liyah ini.Pembacaan sirah sangat penting bagi mendalami perkara ini. Sikap dan peribadi yang ditonjolkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam adalah bersesuaian dengan tajuk perbincangan kita pada hari ini.
Jika kita lihat dengan teliti perjalanan sejarah Islam, maka kita akan dapati bentuk pentarbiyahan yang dibawa oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam.Baginda sallallahu alaihi wasallam bukan hanya melihat apa yang ada di depan matanya sahaja. Malah pemikiran dan cara kerja Baginda sallallahu alaihi wasallam melebihi umur Baginda sallallahu alaihi wasallam.Kesannya, 23 tahun dakwah dijalankan , mampu untuk mengIslamkan pelusuk dunia.Malah umat Islam tidak kunjung putus pengikutnya.
Hakikat yang perlu kita sedari , proses pembentukan yang dilalui oleh kebanyakkan ulama tidak lari daripada proses yang diletakkan oleh Baginda sallallahu alaihi wasallam.
BAGAIMANA CARA PEMBENTUKAN TERSEBUT?
Apa yang ingin kita bentuk sebenarnya tidak lari daripada proses sebegini:
Bagaimana cara untuk kita mewujudkan Penuntut Ilmu yang Bersifat Rabbani ? Hanya satu cara sahaja yang digunakan oleh para anbiya’ terdahulu untuk membina seorang pengikut @ penuntut yang bersifat seperti ini iaitu dengan berpaksikan MANHAJ ILMU.Tidak keterlaluan jika saya katakan : "Menjadi seorang Alim tetapi jika tidak menyokong perjuangan Islam di Bumi Malaysia maka sia-sia ilmu yang kita pelajari."
Siasah dan cara pendekatan berbeza-beza mengikut zaman dan tempat.Para anbiya’ alaihimussolatu wassalam diutuskan dengan cara pembawaan yang berbeza mengikut kaum.Tetapi satu perkara yang tidak berubah selamanya ialah manhaj Ilmu Islam.
Tiada cara lain yang boleh untuk kita bentuk bagi melahirkan generasi Rabbani melainkan dibentuk dengan corak Ilmu.
Perkembangan ilmu-ilmu Islam di dalam membentuk generasi pelapis perjuangan tidak lari daripada 6 proses iaitu :

ADAKAH KITA PUNYA PRASARANA TERBAIK BAGI MEREALISASIKAN PROSES PEMBENTUKAN TERSEBUT?
Jawapan yang saya dapat berikan adalah TENTU SEKALI. Kita berada di tempatnya sekarang.
Bagaimana sahabat-sahabat Baginda sallallahu alaihi wasallam boleh menjadi seorang @ kelompok yang sangat hebat?
Tidak lain dan tidak bukan hanya kerana mereka dididik oleh seseorang yang sangat hebat.
Maksudnya jika kita ingin melahirkan generasi pelapis yang hebat, maka perlu bagi kita untuk memastikan diri kita ditarbiyah oleh seorang guru yang sangat hebat. Bahasa lainnya, kita perlukan SEORANG MURABBI.
Ini adalah syarat utama seperti yang disebutkan oleh Syaikhuna Said Hawwa rahimahullah.
Biah yang membina juga merupakan salah satu bentuk untuk menjayakan misi ini.Permasalahannya sekarang, biah di bumi Mesir ini tidak membantu kepada pelajar untuk membentuk diri menjadi seorang ulama.Hanya yang menyedari kepentingan ini yang akan menggerakkan dirinya untuk ke arah melaksanakan misi tersebut.Manakala yang tidak menyedari hakikat tersebut, akan terus dibuai angan-angan kosong dan sikap berpada dengan apa yang ada akan semakin membarah di dalam jiwa pelajar al-Azhar al-Syarif.
Contoh utama yang menguatkan hujah kita bahawa Biah Pembentukan amat penting ialah :
1. Al-Azhar sendiri satu ketika dahulu yang mana penempatan pelajarnya adalah sekitar Masjid itu sendiri.Dibina ruwaq-ruwaq @ anjung bagi penempatan para pelajar adalah satu sistem yang menyebabkan para pelajar tiada alasan untuk bermalas-malas.
2. Zaituna dan al-Qairawan juga menggunakan konsep yang sama di dalam pembinaan generasi pelapis para ulama.
3. Madrasah dan Maahad pengajian di Syria juga menggunakan konsep sedemikian.
4. Madrasah Mauratania yang dipimpin oleh Syeikh Murabbi Murabit al-Hajj hafizahullah juga menggunakan konsep yang sama .
5. Pondok dan Pesantren di Malaysia dan Tanah Jawa serta Pattani juga menggunakan konsep yang sama.
6. Madrasah Tarim di Hadramaut juga menggunakan konsep yang sama.
Masjid Zaituna di Tunisia , sebuah Madrasah Ilmu yang mampu melahirkan jutaan ulama satu ketika dahuluMemang benar al-Azhar menjalankan konsep “ SIAPA INGINKAN ILMU @ SIAPA SEDAR DIRINYA KURANG MAKA CARILAH JALAN UNTUK MENAMPUNG KEKURANGAN TERSEBUT”
Namun berapa ramai yang benar-benar memahami konsep tersebut?Jadi kita perlu memikirkan bagaimana cara terbaik untuk membina Biah Di dalam Kawasan Tiada Biah padanya.
Prosesnya adalah seperti berikut :
1. Perlu @ Wajib dilaksanakan Mentor dan Mentee.
2. Perlu Menghabiskan Silibus yang Ditetapkan dengan apa cara sekalipun.( Bergantung perbincangan antara mentor dan mentee).
3. Perlu Melaksanakan Praktikal dan Amalinya ( seperti Penuntut Ilmu Perubatan)
4. Perbincangan demi perbincangan perlu diperkasakan( Mentor yang dilantik perlu mengambil perhatian).
5. Mewajibkan kelas-kelas tertentu kepada “ Generasi Pelapis” ini untuk menghadirkan diri ke Masjid al-Azhar al-Syariff.
Silibus yang perlu dihabiskan sepanjang permukiman di bumi Mesir:
Persoalan yang pasti akan timbul, Mungkinkah kita dapat menghabiskan masa untuk mempelajari dan membaca kitab-kitab ini semua??
Saya katakan tiada alasan untuk mengatakan tidak boleh.Masa kita terlalu banyak di Mesir.Terlalu banyak juga kita buangkan masa begitu sahaja.
Ini adalah kitab yang wajib dihabiskan bagi seorang aktivis Dakwah keluaran al-Azhar Mesir.
Manakala kitab bacaan Umum , terpulanglah kepada masing-masing untuk menambahnya sendiri.
Tidak keterlaluan saya katakan , sepatutnya kita tidak boleh pulang ke Malaysia sebelum benar-benar menghabiskan dan memahami isi kandungan kitab-kitab ini.
Di samping itu, zikir harian dan bacaan al-quran tidaklah boleh untuk dilengahkan.
Konsep Ziarah para Auliya’ juga perlu diterapkan selalu kepada para Generasi Pelapis perjuangan ini.
BERAPA LAMAKAH TEMPOH MASA YANG PERLU DIAMBIL BAGI MEREALISASIKAN PERKARA INI??
• Kita katakan bahawa tempoh yang sepatutnya adalah terlalu panjang. Namun , tiada alasan untuk kita benar-benar berusaha sepanjang 4 tahun permukiman di bumi Mesir ini.Jangan hanya berpada dengan kuliyyah yang dihadiri di Universiti.
• Perlu juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di Peringkat Master dan PHD , Darul Ifta’ dan mana-mana university yang terdapat di Mesir.
• Perlu ada Cita-Cita yang melebihi Umur.
Moga Cita-Cita melahirkan Generasi Pelapis Para Ulama Rabbani berjaya dilaksanakan di Bumi Anbiya' ini.. Kami Mengharapkan Doa daripada Pembaca Sekalian...
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar dan Masjid al-Asyraff,
Kaherah , Mesir..
Ini adalah kitab yang wajib dihabiskan bagi seorang aktivis Dakwah keluaran al-Azhar Mesir.
Manakala kitab bacaan Umum , terpulanglah kepada masing-masing untuk menambahnya sendiri.
Tidak keterlaluan saya katakan , sepatutnya kita tidak boleh pulang ke Malaysia sebelum benar-benar menghabiskan dan memahami isi kandungan kitab-kitab ini.
Di samping itu, zikir harian dan bacaan al-quran tidaklah boleh untuk dilengahkan.
Konsep Ziarah para Auliya’ juga perlu diterapkan selalu kepada para Generasi Pelapis perjuangan ini.
BERAPA LAMAKAH TEMPOH MASA YANG PERLU DIAMBIL BAGI MEREALISASIKAN PERKARA INI??
• Kita katakan bahawa tempoh yang sepatutnya adalah terlalu panjang. Namun , tiada alasan untuk kita benar-benar berusaha sepanjang 4 tahun permukiman di bumi Mesir ini.Jangan hanya berpada dengan kuliyyah yang dihadiri di Universiti.
• Perlu juga ada cita-cita untuk menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi sama ada di Peringkat Master dan PHD , Darul Ifta’ dan mana-mana university yang terdapat di Mesir.
• Perlu ada Cita-Cita yang melebihi Umur.
********
Moga Cita-Cita melahirkan Generasi Pelapis Para Ulama Rabbani berjaya dilaksanakan di Bumi Anbiya' ini.. Kami Mengharapkan Doa daripada Pembaca Sekalian...
Mohd Nazrul Abd Nasir,
Penuntut Masjid al-Azhar dan Masjid al-Asyraff,
Kaherah , Mesir..
Subscribe to:
Posts (Atom)



