Thursday, May 5, 2011

Pesanan-pesanan daripada 1511H [Kombat] (2)


Komander muhammad ameen membaca basmalah, memberi salam, memuji nama allah bersyukur setinggi-tingginya, dan berselawat.

“tuan-tuan sekalian, tiada tuhan kecuali allah semata-mata. Tidak ada sekutu bagiNya. dialah allah yang telah menepati janjiNya, menenangkan muhammad saw dan mengalahkan musuh-musuh islam. Allah berfirman dalam ayat 13 surah al-hujurat, ‘hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada seorang lelaki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku, supaya kamu saling mengenal. Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi allah ialah orang yang paling bertaqwa...”

“tuan-tuan sekalin, islam datang untuk menghancurkan segala jenis penyembahan, segala jenis fahaman yang mengabdikan manusia. Kerana menjadi hamba itu hanyalah untuk allah. Bahawa allah tidak boleh di sekutukan. Agama allah sangat jelas dan nyata. Itulah yang kami tawarkan. Kami datang untuk membebaskan tuan-tuan daripada diperhambakan atas nama demokrasi dan kapitalisme kepada satu pembebasan transendental yang tinggi.

Sesungguhnya ana berdiri di sini bukanlah kerana ana seorang raja, bukan pula seorang panglima. Ana hanya seorang pemuda, remaja yang makan daging kering, dan bukanlah ana seorang penjahat. Ana dan sahabat-sahabat ana datang untuk membawa kasih sayang...”

“tuan-tuan, memang ana kelihatan seorang pemuda mentah, tetapi ana mengingatkan kata bahawa islam itu ada empat rupa. Yang pertama ialah aslama, iaitu mematuhi perintah allah dan ajaran nabiNya serta pemerintahan islam yang sebenar.”

“islam itu juga pokok katanya salima, yang bermakna selamat. Jika seseorang itu menjalankan perintah allah dengan sempurna, maka dia terselamat dunia dan akhirat.”

“islam ialah salmi, iaitu rukun. Kerana islam itu terbina atas rukun-rukun yang mengindahkan agama kami. Islam juga ialah sulami, tingkat untuk mencapai keluhuran dunia, juga keluhuran akhirat.”

“tuan-tuan sekalian, dalam solat lima waktu kami, kami membaca antara lain ‘iyyaka na’ budu wa iyyaka nasta’in’, hanya kepada tuhan sajalah kita sembah dan hanya kepada tuhan sajalah tempat meminta pertolongan. Inilah prinsip hubungan kami dengan tuan-tuan selepas ini, iaitu kemerdekaan dan persamaan.”

“ketahuilah, hidup bebas adalah ibarat binatang, sedangkan kita manusia, di kurniai akal dan kebaikan yang tinggi. Jauhilah pergaulan jahat lelaki perempuan, sungguh-sungguh ia merosakkan masyarakat. Janganlah melakukan pembunuhan, pencurian, dan juga pembolotan harta serta sikap bermuka-muka, kerana itu membawa kepada kemudaratan.”


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...