Posted by DARI KAKI GUNUNG JERAI on Wednesday, May 4, 2011
Samada Osama Bin Laden itu mati atau tidak mati bukan lah satu masalah besar bagi para pejuang yang satu fahaman dengannya. Rangkaian Al-Qaeda dan organisasi yang seumpama dengannya kini berada di mana-mana, malah lebih banyak daripada kewujudan Pusat ketenteraan Amerika di serata dunia. Apakah yang Osama Laden berjaya buktikan?
- Dia berjaya membuktikan bahawa untuk menjadi satu kuasa besar yang ditakuti sebenarnya tidak memerlukan pemilikan sebuah negara. Bumi Allah ini luas dan memang diwariskan kepada mereka yang ikhlas beramal kerana Tuhannya.
- Seorang Islam yang percaya pada Allah dan berusaha membuat sesuatu sebaik mungkin sudah pasti akan berjaya di peringkat tertinggi. Osama Laden menjadi contoh alang-alang menjadi pengganas (sebagaimana yang dilabelkan Amerika), biarlan sehingga ke tahap anratabangsa atau orang putih kata "world class".
- Menjadi seorang pemimpin sesebuah negara yang hanya memikirkan kemajuan dan kesenangan dunia sebagai matlamat utama, hanya mendedahkan diri kita untuk tunduk kepada negara kuasa besar materialistik yang zalim seperti Amerika dan konco-konconya. Lebih baik jadi orang biasa yang hanya memperhambakan dirinya pada Allah Taala, tetapi di geruni oleh semua kuasa besar macam Osama.
- Asama juga membuktikan bahawa apa saja yang kita buat samada baik atau tidak baik, ikhlas atau tidak ikhlas, pasti akan ada saja orang yang tak suka. Sebagaimana dirinya dituduh sebagai ciptaan CIA. Dia juga di tuduh tidak wujud. Ada yang kata dia sesat, ada pula yang memandang tinggi padanya, ada juga yang tak memperdulikannya dan macam-macam lagi. Jadi kalau nak ikut orang buat apapun tak kena.
- Ajal maut itu di bawah kuasa pentadbiran Tuhan. Walaupun Osama menjadi buruan seluruh kusa besar dunia. Dia masih juga hidup sehingga tua, walaupun akhirnya dia didakwa di tembak mati. Bukan kerana Amerika cekap, atau kerana Osama tidak cekap, tapi ajalnya sudah tiba.
- Kematian Osama mengajak pengikutnya atau peminatnya bermuhasabah diri sendiri samada mereka terlalu taksub dengannya atau terpegun dengan Penciptanya. Bagi yang taksub dengan Osama mungkin bermatian menolak yang Osama telah meninggal dunia. Sebaliknya bagi yang taksub dengan Pencipta Osama, dia akan mendoakan Osama moga mendapat pengampunan dari Penciptanya.
- Osama sudah menamatkan pengembaraannya di dunia, dia meneruskan perjalanan yang lebih jauh bersama dengan bekalan yang telah diusahakannya di atas muka bumi ini. Dia tidak pernah meminta dipuji malah dia hidup sentiasa dalam buangan, sedangkan jika dia mahu dia boleh menjadi seperti orang biasa lain dan bersenang-senang dengan kemewahan yang dia ada. Jalan yang dipilihnya adalah satu dalam sejuta. Apakah pula kesudahan kita yang masih hidup ini, bagaimana kematian kita, apa pula bekalan kita.
Baca perutusan Nik Aziz pada Osama di bawah:
Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
No comments:
Post a Comment