Rumah Islam
Salam,
moga kita semua dalam himmah aliyah.( semangat yang tinggi)
Barangkali irumah islam inilah model rumah yang kita impikan sebelum kita mendirikan baitul muslim wa dakwah.
Kita mengimpikan suasana yang sempurna dan kondusif seusai kita memahami peranan kita sebagai individu islam.
Kita mengimpikan biah yang mampu menjadikan kita lebih melaju dan melonjak lebih kehadapan dalam dua aspek: hubungan dengan Allah dan amal dakwah.
kita mahu hidup, tidur, makan, minum, gurau senda, dengan sahabat-sahabat yang melakukan semua perkara untuk Allah. Mempunyai rumah yang diinfakkan untuk dakwah. Rumah yang digunakan bukan sahaja dihiasi subuhnya dengan ma’thurat serta riyadus salihin , atau rumah yang memudahkan ahlinya untuk berqiyamullail, namun rumah yang intensif dan dinamik perbincangan dan praktikal amal dakwahnya.
Rumah contoh di mana ramai manusia merasai barakahnya, menjiwai kedamaian, serta berasa tenang dengan jirusan mawadahnya(kasih sayang).
Dan ahli didalam rumah itu benar-benar merasai, indahnya berada dalam biah islam, di mana semua ahli rumah: mempunyai aspirasi dan cita-cita yang sama: iaitu mahu mendekatkan diri dengan Allah dan mempengaruhi orang lain untuk beramal dengan amal Islam.
Namun kita melihat, di alam nyata/waqie ini, wujud 3 jenis keadaan rumah, tempat tinggalnya manusia yang telah mengenal peranannya sebagai individu muslim:
1) yang tak berpeluang untuk duduk dalam rumah Islam ( RI).
Bukan kerana dia tak mahu, tetapi keadaan tak mengizinkan. Bilangan yang mengikuti usrah kurang. Bukan sebab kurang berdakwah, sebab memang di tempatnya, tak ramai orang baru yang datang.
Ataupun di kawasan kami di scotland, tidak boleh lebih dari dua orang yang unrelated utk duduk sekali. Maknanya cuma 2 orang maksimum sahaja satu rumah jika bukan sekeluarga.
Di Malaysia pula, kekangan keluarga yang mahu anaknya duduk bersama keluarga daripada duduk di rumah islam ini.
2) orang yang duduk dalam RI dan benar-benar menghidupkan RI tersebut.
3) orang yang duduk dalam RI tapi tak rasa macam RI pun.
Malah lebih teruk dari orang yang duduk seorang-seorang ( erk… ada ke yang camni?)
Kita pernah bertemu 3 golongan ini, dan kita semua berada dalam salah satu keadaan tersebut.
Idealnya, memang kita semua nak berada dalam lingkungan Islam yang membantu kita lebih melaju dalam hubungan dengan Allah dan dakwah.
Namun, Allah telah meletakkan kita di posisi yang terbaik. Sejauh mana kita mahukan pun, ( seperti saya sendiri, 6-7 tahun nak sangat duduk dalam RI, tapi ketetapan Allah itu lebih baik) Allah akan letakkan kita di tempat yang terbaik.
Kerana, Allah nak sediakan diri kita untuk menghadapi cabaran lebih besar dan lebih lama kita akan hidup di dalamnya:
itulah dia baitul muslim.
Di mana kitalah sendiri yang mencorakkan, dan kitalah sendiri yang membentuk suasana dalam rumah tangga kita tersebut.
Kita mungkin pernah berada dalam ketiga-tiga kondusi di atas, dan kita merasai hikmahnya berada dalam setiap keadaan tersebut:
1) Hidup sendirian
‘ camne eh nak istiqamah, balik rumah asyik tengok komputer, terus down balik tengok ntah apa2′‘ camne nak istiqamah buat ibadah ini? bila duduk sorang2 , rasa malas dowh…’‘apsal lagi tengok banyak movie lepas balik program eh?’‘ wahhhh! bestnya RI kat dublin!!! hari2 baca ma’thurat. hari2 ada bincang dakwah. semua orang cam baik super duper. Semua orang cam masak sedap2. aku balik rumah, tengok dinding je!’
Dan orang begini tertekan setiap kali balik ke rumahnya bersendirian. Duduk dalam bas berjam2 untuk kembali ke alam realitinya selepas program, amat meruntun hatinya. Kerana di dalam program, dia merasai biah dan jirusan mawadah. setiap kali pulang dari melawat sisters yang duduk di RI, hatinya merintih sendirian dalam perjalanan pulang ke tempat asal:
‘ how i wish that I can live like them too. Mesti bahagia sahaja!’
Dan kita mengatakan pada mereka: ‘ duduklah RI, ada support sket. Baru rasa ada bi’ah sket.’
camne nak wujudkan RI jika benda itu impossible?helloooo??? ingat semua tempat senang ke nak buat RI?
Dan alhamdulillah, kita melihat kesan sangat besar pada orang sebegini.
a) mereka membina jati diri yang kukuh
b) mereka mempunyai hubungan dengan Allah sangat kental, kerana pergantungan mereka lebih tinggi pada Allah berbanding dengan sahabat mereka. Mereka akan beramal kerana keterikatan hati pada Allah, bukan pada manusia. Mereka tetap beramal walau semua orang tak buat.In other words, tawakal mereka pada ALlah sangat tinggi.
c) Zatiyah mereka lebih mantap. Di mana sahaja mereka dicampakkan dan pergi, mereka tetap menghidupkan bi’ah islam di situ walaupun mereka ramai mahupun seorang.
d) mereka lebih independent, tak bergantung pada orang lain dalam nak menghidupkan islam. Dan ternyata orang sebegini, kelihatan mereka tegar dalam menghadapi ujian hidup. Ditinggalkan naqib di mana2, akan menumbuhkan islam di situ.
e) tidak disibukkan dengan masalah ukhuwah. Dan mudah untuk terus melaju memikirkan masalah-masalah dakwah yang lebih besar yang.
Namun kesan sampingan tetap ada; contohnya mungkin banyak amal boleh dilakukan bersama bila ramai orang, contohnya membedah buku, mahupun membincangkan masalah-masalah dakwah memang lebih mudah berbanding dengan hidup sendirian dan berjauhan dari akhawat.
2) Hidup dalam RI – dan sangat hidup RInya.
-memang inilah yang diimpikan kita semua. Satu keindahan tiada tara. Dunia idealis di mana semua orang baik dengan kita dan semua orang sangat faham kita. Paling best: semua orang boleh terima kita seadanya walaupun buruknya perangai kita.
- di sini biah islam boleh diwujudkan dengan baik. Perbincangan dakwah hangat, perkongsian ilmu rancak dan terasa sangat kasih sayang tiada taranya.
-terasa sangat2 keindahan membuka kita riyadus salihin, bangun malam, makan bersama, solat bersama, tidur bersama, semuanya bersama-sama. Indah. Seronok. Tak nak keluar dari RI boleh takkkkkk?
- tapi ini dinamakan: IDEALIS.
sebab realiti; kita tidak selamanya akan berada dalam keadaan tersebut.
Realitinya: kita sendiri kene sentiasa membentuk suasana kita, bukanlah suasana yang membentuk kita.
‘ Aisyahhhhh! camne awak leh survive sorang2 kat DUndee itu! saya duduk seminggu kat sini cam nak gile dahhhh!”
begitulah ujar seorang ukhti, ketika dihantar jauh untuk placement hospital dia. Jauh dari akhawat. Jauh dari orang islam. Jauh dari segalanya. Internet pun tiada. Cuma telefon tempat menyambung iman sewaktu bercakap dengan akhawat lain.
Dia duduk di rumah RI. Lama, 4 tahun sebelum dia dihantar keluar dari kawasan tempat tinggalnya.. Selama aku mengadu padanya bahawa sunyinya aku berada jauh dari akhawat, dia tidak pernah memahami sehinggalah dia terpaksa keluar dari kepompong selesanya itu.
Akhirnya dia begitu amat mengakui: bukan mudah untuk hidup sendirian beristiqamah.
Dan kita melihat ramai akhawat ( saya kenal ramai akhawat sahaja), yang akhirnya futur ketika duduk bersama keluarga di Malaysia. Di luar negara, duduk di rumah islam contoh, di mana dia sendiri antara yang dihormati dikalangan adik-adik.
Namun ketika bertembung dengan realiti hidup di Malaysia; bersama keluarga, bersama teman sekerja, dia akhirnya mencair dan terus mencair. Langkah tidak diambil untuk menyelamatkan keadaannya dan akhirnya dia futur.
Kebanyakkan akhawat dalam keadaan ini akan berusaha untuk duduk juga di rumah islam di Malaysia. atau sekurang2nya duduk berdekatan dengan akhawat yang memudahkannya untuk berziarah.
Sokongan sesama akhawat memang amat diperlukan terutama yang masih bujang.
Namun apa yang saya nampak di sini adalah:
Yang terbaik adalah memang duduk di rumah islam.
Namun perlu bersedia menghadapi dunia realiti. Dunia sebenar yang tidak segalanya akan menurut apa yang kita mahukan. Dan tak semua orang akan ikut cara kita.
Dan kitalah yang perlu mencorakkan suasana kita. KITA. Kita yang menggerakkan dunia ini berputar mengikut orbit kita. Sebab itu, dalam kita duduk dalam dunia indah rumah islam,jangan kita lupakan dunia realiti, dan kita harus bersedia menghadapi dunia realiti ini.
Untuk yang belum berkahwin, dunia realiti adalah untuk hidup bersama keluarga kita. Dan kita perlu fikir bagaimana dapat membentuk lingkungan keluarga yang dapat menjaga iman kita.
Realitinya, memang sukar. Sebab, memang besar cabarannya. ( namun tak mustahil!)
Jika itu tidak boleh, maka perlulah kita hidup dan cari juga akhawat lain untuk bersama-sama hidup dalam rumah islam di Malaysia.
Dan ini, masih lagi sukar untuk seorang bergelar wanita. Kerana wali dia tetap adalah ayahnya. Dan kebanyakan keluarga, lebih suka anaknya duduk di rumah setelah bertahun-tahun duduk jauh dari keluarga.
Untuk yang sudah berkahwin, realitinya adalah membentuk keluarga duat islam dalam kancah cabaran yang dahsyat di Malaysia.
Idealnya nampak indah: owh, ikhwah kahwin akhawat. ok perghhh. sama-sama faham. takkan takleh kot bentuk suasana rumah islam!
hellooo?????? kita duduk di bumi realitikan? realiti means=cabaran. Suami kita takkan samadengan sisters. Isteri kita takkan sama dengan brothers. Perwatakan berbeza, expectation pun berbeza. Isteri ada rutinnya dahulu di rumah RI. suami begitu juga. Sebab itu tidak hairan bila ada beberapa sisters yang selalu juga cakap pada saya, walaupun dia telah berkahwin dan duduk serumah dengan suaminya.
‘ saya rindukan RI tempat saya duduk dahulu…’
dan suami dia terus membalas: ‘ eh, bukan rumah kita RI juga ke?’
tapi masing-masing kami tahu, memang lain. Bukan menidakkan salah satunya. cuma setiap pengalaman ada pahit dan keseronokannya. Setiap pengalaman kita, samada duduk sendiri, mahupun RI, adalah tarbiyah untuk kita menghadapi fasa seterusnya dalam hidup kita.
( suaminya tak duduk dalam RI. )
Sebab Allah suruh kita untuk bersedia untuk menghadapi perkara yang lebih besar di luar sana.
Nak membentuk daulah islam, perlunya masyarakat Islam. Dan takkan wujudnya masyarakat Islam, tanpanya baitul muslim. Ianya prasyarat kemenangan Islam. Sebab itu pentingnya mengukuhkan keperibadian demi membentuk baitul muslim demi memenangkan agama Allah ini.
Kerana itu, tidak kira samada kita hidup sendirian mahupun dalam rumah islam, semuanya itu adalah untuk kita bersedia menghadapi cabaran seterusnya. Cabaran hidup berumah tangga, dan juga membentuk masyarakat Islam. Di mana kehidupan fasa ini lebih lama dari fasa kita duduk dalam rumah islam itu sendiri. Sebab itu perlunya ketahanan yang kuat dan mantap demi mentsabatkan kaki kita di jalan dakwah ini.
3) rumah islam- tapi tak macam rumah islam.
Kita pernah menyaksikan episod yang amat menyedihkan akan hal ini.
Satu rumah, semua akhawat; tapi semua hidup sendiri- sendiri. Solat sendiri-sendiri. Sindir menyindir. sakit hati. Rasa geram.
Rumahku syurgaku menjadi rumahku nerakaku.
Jangan pelik ada akhawat lebih suka duduk rumah lain selain dari rumah RInya itu.
Jangan pelik duduk RI, tapi ahlinya lebih akrab dengan cerita korea/movie dari Quran.
Jangan pelik duduk RI, tapi masih chatting selamba dengan lain jantina.
Duduk RI, tak bangun tahajud. Duduk RI, gaduh.
Dan hampir keseluruhan masa dalam ahli di rumah itu memikirkan:
Bagaimana nak menyelesaikan masalah ukhuwah yang sangat dahsyat ini?
sehingga kerja dakwah terbantut. Jawapan tetap tak ditemui. Maksiat makin sibuk menjalari diri.
Di sini, ada punca yang tak diselesaikan secara mendalam.
- RI hanya boleh dihidupkan oleh mereka yang kefahamannya sama.
- kefahaman itu adalah : untuk sama- sama mendekatkan diri dengan Allah dan all out untuk dakwah. Sama-sama nak faham islam, dan mengamalkannya.
- jika semua orang all out utk dekatkan diri dengan Allah dan korbankan semuanya untuk dakwah; adakah masih ada ruang untuk syaitan meretakkan ukhuwah kita? serta menyibukkan diri kita dengan jahiliyah?
- jika RI tidak hidup, itu berpunca dari kefahaman. Dan kefahaman itu harus dimiliki dengan tarbiyah yang mapan. Bila faham, baru rasa nak buat. Dan RI diwujudkan untuk memudahkan rasa untuk buat dan hidupkan biah Islam itu sendiri.
وَأَلَّفَ بَيۡنَ قُلُوبِہِمۡۚ لَوۡ أَنفَقۡتَ مَا فِى ٱلۡأَرۡضِ جَمِيعً۬ا مَّآ أَلَّفۡتَ بَيۡنَ قُلُوبِهِمۡ وَلَـٰڪِنَّ ٱللَّهَ أَلَّفَ بَيۡنَہُمۡۚ إِنَّهُ ۥ عَزِيزٌ حَكِيمٌ۬
dan Dialah yang mempersatukan hati mereka [orang-orang yang beriman]. Walaupun kamu membelanjakan semua [kekayaan] yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (anfal: 63)
Ultimately, Allah sahaja yang menyatukan hati kita dan menjadikan kita kuat. Bila semua makhluk kembali pada Allah, Allah akan mempertautkan hati kita dengan kuasa doa rabithah Insyaallah. Kuncinya: kembali kepada Allah.
namun, memang betul, bila kita ramai, masalah ukhuwah tetap ada. Namun bagaimana kita atasinya agar tidak melambatkan gerakan dakwah kita.
Dunia akan sentiasa berputar. Dan dunia sangat dahagakan islam. Jika kita disibukkan dengan perkara kecil, adakah mampu kita melaksanakan perkara besar?
Kesimpulan dari tulisan ini:
1) RI adalah tangga persediaan sebelum menuju baitul muslim.Hidupnya RI akan memudahkan hidupnya baitul muslim yang sangat mencabar dan panjang perjalanannya.
2)Untuk yang tak berpeluang berada dalam RI, kita berpeluang untuk membentuk suasana dan kehidupan kita agar kita dapat juga membentuk keluarga islam yang diredhai Allah. Tiada halangan untuk kita menjadi lebih baik dari mereka yang berada dalam RI.
3) Untuk yang berada dalam RI yang kurang hidup, lakukan sesuatu untuk memperbaikinya. Selesaikan the root of the problem. Ziarahlah seberapa banyak RI yang wujud di dunia ini dan contohi kebaikan yang ada pada setiap satunya.
Ingat, menghidupkan RI bukanlah tugas individu, tetapi SEMUA yang berada dalam RI tersebut.
4) jangan mendabik dada,mengatakan keadaan kitalah yang terbaik ( samada RI atau sendirian). Kita belum diuji lagi, dan Allah meletakkan kita di tempat yang terbaik. Kita ditakdirkan duduk di RI mungkin kerana kita lemah, dan Allah nak kita kuat untuk berhadapan dengan realiti sebenar di luar sana. Dan jangan terlalu sedih kerana tak berpeluang untuk berada dalam RI, kerana Allah mahu kita develop dzatiyah kita dan hanya bergantung pada Allah, agar kita tetap tegar dan tsabat di mana sahaja.
Paling penting, di mana sahaja kita dicampakkan kelak, kitalah yang mampu membentuk biah islam di situ.
insyaallah.
doakan saya dan awak, kita sama-sama akan tsabat di jalan dakwah dan tarbiyah ini. Hingga syahid bertemu Allah di syurgaNya..
wallahualam
No comments:
Post a Comment