Bismillahirrahmanirraheem,
Kita ini hamba Allahul Baqi,
yang wujud, yang hidup kekal abadi,
Pastinya mustahil untuk lari,
Daripada suratan yang telah dijanji,
Esok? Lusa? Bertahun lagi?
Entahlah bila, tidak kuketahui
Diciptakan manusia dengan tugasan,
Hamba dan khalifah kepada Tuhan,
Dijadikan bumi sebagai jambatan,
Persediaan kehidupan yang bakal berkekalan
Tanpa berlengah mari teruskan,
Coretan madah, meluah perasaan,
Suatu fasal asyik di fikiran,
Sukar benar untuk kuhilangkan,
Bukannya pelajaran,
bukan teman-teman,
Tapi cita-cita melangsungkan perkahwinan,
Mengisi ruang fitrah penciptaan
Cuma hajat belum kesampaian,
Hanyalah Engkau yang tahu penderitaan,
Gelojak dalam jiwaku, oh tuhan!!
Kita ini hamba Allahul Baqi,
yang wujud, yang hidup kekal abadi,
Pastinya mustahil untuk lari,
Daripada suratan yang telah dijanji,
Esok? Lusa? Bertahun lagi?
Entahlah bila, tidak kuketahui
Maka barulah aku faham kata bidalan,
Seperti pungguk rindukan bulan,
Bila kadangkala fikiran tidak keruan,
Bila diri keseorangan,
Tatkala bercerita bersama kawan,
Khasnya para bujang yang sama berfikiran,
Asyik berseloroh soal perkahwinan,
Masing-masing membawa harapan,
Agar cepat disegerakan pertemuan,
Dengan si dia perempuan idaman
Tapi, tapi, tapi dan tapi,
Belum sampai masanya lagi,
Selagi pengajian masih berbaki,
Selagi keluarga tidak merestui
Selagi calonnya belum kupasti
Selagi belum itu dan ini,
Banyak sungguh alasan diberi,
Atau mungkinkah semuanya sekali?
Walaupun kasih ibu memahami jiwaku,
Memberi izin andai kumahu,
Keluarga besar memberi pandangan,
Perkahwinanmu janganlah dilangsungkan,
Seeloknya sesudah tamat pelajaran
Aku pun sama, tak mahu bersegera,
Mungkin kerana belum bersedia,
Namun tak mahulah aku, terlalu lambat,
Bila usia sudah berdekad,
Takut terjerumus ke lembah maksiat
Simpulnya bukannya mahu bernikah cepat,
Cuma sekadar menyimpan hasrat,
Agar cintaku dengan si dia disimpul ikat,
Moga kedua berkongsi niat,
Bercinta hidup, dunia akhirat
Kita ini hamba Allahul Baqi,
yang wujud, yang hidup kekal abadi,
Pastinya mustahil untuk lari,
Daripada suratan yang telah dijanji,
Esok? Lusa? Bertahun lagi?
Entahlah bila, tidak kuketahui ,
Apa yang bermain di fikiran kamu,
Janganlah jangan dilayan selalu,
Takut nanti kamu ditipu,
Dek helah si iblis, musuh nombor satu,
Oleh itu perlu diingat,
Perkahwinan itu bukan matlamat,
Hanya bertindak sebagai alat,
Kehidupan kekal nanti di akhirat
Masa diberi jangan disia,
Kerna jemputanNya tak kenal masa,
Tidak ditangguh tidak disegera,
Amalan seharian, itu yang dibawa
Bukan lamunan yang sia-sia....
Wallahua’lam
No comments:
Post a Comment