Showing posts with label Islam And The World. Show all posts
Showing posts with label Islam And The World. Show all posts
Tuesday, July 5, 2011
Sunday, May 29, 2011
Surat dari Bukhara - mistifiles
Surat dari Bukhara
Surat dari Bukhara
Ke hadapan pembaca,
Pada masa dahulu di sebuah padang rumput steppe,telah lahir seorang bayi lelaki di dalam sebuah khemah.Pada waktu itu cuaca di luar amat sejuk.Tiba-tiba petir sabung menyabung.Semua penghuni khemah (yurt) memekup telinga mereka.Seorang kanak-kanak menangis.Namun bayi itu tidak menangis sedikit pun.Namanya Temudjin.
Temudjin telah membesar menjadi pemuda yang berbakat dalam kepimpinan dan disiplin.Pengaruhnya semakin melebar di kalangan puak-puak Mongol.Selepas mengalahkan Jamukha,iaitu saudaranya dalam satu peperangan,Temudjin telah menjadi 'The Great Khan' bagi seluruh puak-puak Mongol.Beliau telah menyatukan semua puak-puak Mongol ini dan memasukkan mereka ke dalam pasukan berkudanya.Temudjin inilah yang kemudiannya dikenali sebagai Genghiz Khan.
Genghiz Khan mula meluaskan kuasanya ke seluruh Asia Tengah dengan melanggar Kara-Khitan,Kerajaan Khwarezmi di barat Mongolia,Xia Barat dan kerajaan Jin di China.Genghiz Khan pada mulanya tidak berminat untuk menakluk Kerajaan Khwarezmi yang ketika itu diperintah oleh Shah Ala ad-Din Muhammad,beliau berminat untuk menggalakkan rangkaian perdagangan.Untuk itu Genghiz Khan telah menghantar satu karavan yang terdiri dari 500 muslim ke Khwarezmi.Inalchuq,gabenor Otar,sebuah wilayah Khwarezmi telah menahan karavan ini dengan alasan mereka adalah perisik.Genghiz Khan telah menghantar rombongan kedua dan menuntut supaya karavannya dilepaskan dan gabenor Otrar dihukum.Namun Shah Khwarezmi telah membotakkan kepala utusan Mongol dan yang lain dipancung.Ini menyebabkan kemarahan Genghiz Khan yang berpegang pada prinsip bahawa setiap utusan raja mesti dihormati,suci dan tidak boleh diganggu.Pada tahun 1219,tentera Mongol telah melintasi Gunung Tien Shan,menuju ke istana Shah Khwarezmi.
Mula-mula tentera Mongol mencapai Otrar.Dengan kekuatan tentera sebanyak 30000 orang,askar-askar Mongol mengepung kota itu selama 5 bulan sebelum dapat memasuki gerbang kota dan membumihanguskannya.Gabenor Otrar ditangkap dan dihukum mati dengan mencurahkan emas lebur ke dalam mulutnya,sebagai pembalasan akibat perbuatannya menahan karavan Genghiz Khan.Sementara itu gerombolan askar berkuda di bawah pimpinan Jochi,anak sulung Genghiz Khan telah berjaya mengalahkan ketumbukan selatan tentera Khwarezmi dan ini memaksa ketumbukan yang lain berundur.Selepas itu tentera Mongol mara ke arah ibukota empayar Khwarezmi dengan menakluk Bukhara,Samarkand dan Urgench,di mana ibukota empayar Khwarezmi ketika itu terletak di Samarkand.Tentera Mongol sampai di Bukhara dahulu dengan serangan mengejut.Ini menyebabkan Bukhara jatuh ke tangan Mongol dengan mudah.Pada Mac 1220,ibukota empayar Khwarezmi,Samarkand jatuh ke tangan Mongol.Shah meninggal dunia ketika pelariannya ke Laut Kaspia.
![]() |
| Seorang askar berkuda Mongol |
Kejatuhan empayar Khwarezmi membuka jalan terbentang luas ke arah barat.Selepas kematian Genghiz Khan,empayarnya dibahagikan kepada 4 bahagian utama terutamanya selepas kematian Mongke Khan,yang mengakibatkan perang saudara antara Kublai Khan dan Ariq Boke;Dinasti Yuan di China yang juga mengawal Mongolia,Chagatai Khan (Chagatai Khanate) yang meliputi Amu Darya hingga ke pergunungan Altai,Ilkhan (Ilkhanate) yang meliputi Iran,Iraq,Afghanistan,Turkmenistan,Armenia,Azerbaijan,Georgia,Turkey dan barat Pakistan dan yang terakhir apa yang dipanggil sebagai Golden Horde yang menakluk sebahagian besar Eropah Timur dari Ural sampai ke Sungai Danube,melangkaui ke pedalaman Siberia,manakala ke selatan empayar Golden Horde disempadani oleh Laut Hitam,pergunungan Kaukasus hingga bersempadan pula dengan wilayah Ilkhanate,sebuah dinasti Mongol yang lain.Ketika kemuncak penaklukannya,empayar Mongol telah meliputi jarak 9700 kilometer,dengan luas 33,000,000 kilometer persegi iaitu 22 peratus dari keluasan tanah di mukabumi dan memerintah ke atas populasi sebanyak 100 juta manusia.Ia adalah empayar terbesar pernah ada di mukabumi.
Mongol pernah menghantar pasukan tenteranya untuk menakluk Jepun dan Jawa namun gagal,antara sebabnya ialah mereka kurang berkemahiran dalam peperangan laut,sebagai contoh,ramai askar Mongol mati lemas ketika pertempuran di Jepun dan ketika ekspedisi ke Jawa,askar-askar Mongol terperangkap di pedalaman Jawa selepas lari dari pengejaran tentera Raden Wijaya (kemudiannya menubuhkan Majapahit) kerana tidak dapat berlayar balik ke China.Perubahan angin monsun mengelirukan askar Mongol yang buat pertama kali berlayar di Selat Sunda dan Laut China Selatan menggunakan kapal-kapal China.
Dalam sejarah China,terdapat dua kali penjajahan bangsa asing ke atas etnik Han.Pertama,bangsa Mongol yang menakluk seluruh China dan menubuhkan Dinasti Yuan.Kedua,orang Manchu yang menewaskan sisa-sisa pemerintahan Dinasti Ming dan kemudiannya menubuhkan Dinasti Qing.Manchu berasal dari suku Jurchen,satu bangsa nomad sebagaimana Mongol.
Dinasti Yuan diasaskan oleh Kublai Khan,cucu Genghiz Khan.Selepas menewaskan Ariq Boke,saudaranya,Kublai Khan menggelarkan dirinyahuang di,bermaksud maharaja.Kublai Khan telah melanggar Dinasti Song di selatan China selepas menakluk dinasti-dinasti Xia Xia,Liao dan Jin.Selepas berjaya menewaskan sisa pertahanan Song di Pertempuran Yamen,akhirnya Kublai Khan menjadi emperor seluruh China dan pertama kali bangsa China dijajah oleh satu suku nomad yang dahulunya digelar orang China sebagai orang gasar (barbarian),tidak bertamadun dan dipandang rendah.
Sebagaimana karakter bangsa Mongol dalam peperangan dan penyerbuannya yang melakukan keganasan dan pembunuhan beramai-ramai (massacre),begitu juga yang dihadapi oleh rakyat China.Mongol telah membumihanguskan kerajaan Jin dan Song serta membunuh dan memperhambakan beribu-ribu rakyat China.Populasi penduduk China telah mengurang separuh secara drastiknya pada 50 tahun pemerintahan Mongol dari kira-kira 120 juta kepada 60 juta sahaja.
| Hulagu dan isterinya Doguz Khatun yang beragama Kristian |
Cabang empayar Mongol yang menuju ke Timur Tengah dengan menakluk ibukota Baghdad yang terkenal itu ialah Ilkhan (Ilkhanate).Ilkhan dipimpin oleh Hulagu Khan,saudara Mongke Khan dan Kublai Khan,dan cucu kepada Genghiz Khan.Tentera Ilkhan telah menggempur kubu kuat Hashshashins,sebuah pergerakan bawah tanah Syiah Ismailiah bermotifkan politik pada tahun 1256.Selepas menakluk Alamut,pertahanan terakhir Hashshashins,Hulagu Khan bergerak ke Baghdad,ibukota Empayar Khilafah Abbasiah.Baghdad telah dikepung dan berjaya ditakluk pada tahun 1258.Terdapat kisah yang popular tentang apa yang berlaku sebelum penaklukan Baghdad oleh Hulagu Khan.
| Hulagu Khan |
Hulagu Khan kononnya telah menjemput para ulama Baghdad ke khemahnya untuk satu jamuan yang diadakan di luar benteng kota Baghdad atas nasihat seorang menteri Abbasiah yang belot dan tamakkan kuasa.Selepas menjamu mereka,tiba-tiba Hulagu Khan bangkit dan ketawa lalu menyatakan bahawa makanan yang dijamu kepada para ulama itu bercampur dengan daging babi dan minuman mereka bercampur dengan arak.Maka doa mereka tidak lagi didengar Tuhan kerana makanan dan minuman dari sumber yang haram.Khalifah terakhir Abbasiah,Al-Mu'tasim ditangkap kemudian dibunuh dengan cara membalutnya dengan permaidani dan dipijak dengan beribu-ribu kuda para askarnya.Cara membunuh sebegini khas untuk raja-raja,khan atau perwira mengikut tradisi Mongol di mana membunuh tanpa menumpahkan darah adalah cara penghormatan.Jamukha,saudara Genghiz Khan yang membelot telah dibunuh dengan mematahkan tulang belakangnya.
![]() |
| Kepungan ke atas Baghdad |
Kejayaan menamatkan usia 500 tahun empayar Bani Abbasiah (Abbasid Caliphate) telah membakar semangat Hulagu Khan untuk mara lebih ke barat,menakluk negeri-negeri Islam sehingga ke Palestin dan Mesir.Hulagu Khan mahu menuju ke Eropah namun ketika itu para pembantunya yang beragama Kristian menasihatkan tidak berbuat demikian.Pada permulaan sejarah Ilkhan menyaksikan pengaruh Yahudi dan Kristian di dalam kerajaan Hulagu Khan.Hulagu Khan dilihat memusuhi Islam dan mahu menghancurkannya.Dalam sejarah Ilkhan,Hulagu telah mengahwini seorang wanita Kristian.Ketika menjarah Baghdad,penduduk yang beragama Kristian dibiarkan hidup atas nasihat isteri Hulagu Khan itu,di mana pada masa yang sama kira-kira 200 000 penduduk Islam dibunuh beramai-ramai.Hulagu Khan kemudiannya menakluk Aleppo (Halab) dan Damsyik (Damascus) di Syria,kemudian menyerbu ke arah Palestin.Namun ketika itu Khan Agung,Mongke diberitakan meninggal dunia.Hulagu terpaksa menarik sebahagian tenteranya dan balik ke Mongolia kerana menjadi tradisi Mongol apabila Khan Agung mati,semua kerabat Genghiz Khan mesti menghadiri kurultai,iaitu perhimpunan untuk melantik 'The Great Khan' yang baru.Anehnya,selepas kematian Hulagu,para pemerintah selepasnya mula terpengaruh dengan budaya Islam,terutamanya Mahmud Ghazan,Khan Ilkhan ke-7 yang memeluk Islam selepas menumbangkan Baidu,Khan Ilkhan sebelumnya.Sebenarnya Khan Ilkhan yang pertama sekali memeluk Islam ialah Teguder iaitu anak Hulagu sendiri dan saudara Abaqa,Khan Ilkhan kedua.Teguder asalnya ialah seorang Kristian Nestorian dengan nama Nicholas namun kemudiannya beliau memeluk Islam dan menukar namanya menjadi Ahmad Teguder.
Buat pertama kali,empayar Ilkhan telah ditukarkan menjadi sebuah kesultanan apabila Teguder naik menjadi Khan ketiga.Teguder sendiri bergelar sebagai Sultan Ahmad.Teguder telah cuba menyebarkan Islam kepada rakyatnya tentang Islam.Beliau juga menggalakkan para pegawainya masuk Islam dan menyebarkannya.Malah Teguder juga berutus surat kepada Sultan Mamluk,musuh ketat dinasti Ilkhan dan meminta damai.Ini menyebabkan satu kemarahan kepada adik beradik dan kaum kerabatnya.Arghun,anak saudaranya yang ketika itu menjadi gabenor Khurasan telah mengadu kepada Maharaja Yuan-China yang juga Khan Agung kepada Empayar Mongol,Kublai Khan perihal keislaman Teguder.Kublai Khan menjadi teramat marah.Arghun mula menyiapkan pasukan tentera yang besar untuk menghukum bapa saudaranya.Menyedari bahaya yang timbul,Teguder meminta bantuan dari Sultan Mamluk.Namun ketika itu hubungan Ilkhan-Mamluk masih belum kukuh dan dalam situasi berhati-hati.Teguder terpaksa menghadapi tentera Arghun seorang diri.Dengan jumlah tentera yang kecil,akhirnya Teguder dikalahkan.Beliau kemudian dihukum mati pada 10 Ogos 1284.
Ketika zaman Mahmud Ghazan,Khan dinasti Ilkhan ke-7,warga Kristian dan Yahudi mula hilang status istimewa mereka malah lebih rendah dari status Muslim dan terpaksa membayar cukai.Penganut Buddha paling teruk ditindas,mereka diberi pilihan sama ada memeluk Islam atau dipaksa atau direndahkan status.Tentera-tentera Mongol mula memeluk Islam terutamanya ketumbukan tentera Tartar.
Berbalik kepada keinginan Hulagu menakluk Mesir dan Syria,tentera Hulagu berterusan dengan kempen penaklukannya ke arah pusat dunia Islam yang terakhir,Mesir yang diperintah oleh Sultan Qutuz dan panglimanya Baibars.Pada tahun 1260,tentera Mesir telah berjaya mengalahkan tentera Mongol di bawah pimpinan Kitbuqa,panglima Hulagu yang beragama Kristian dalam Pertempuran Ain Jalut yang terkenal itu.Pertempuran ini dilihat setaraf dengan Pertempuran Hittin pada tahun 1187 di mana tentera Salahuddin Al-Ayyubi berjaya mengalahkan tentera Salib.Beribu-ribu tentera Mongol mati dibunuh dan saki-bakinya dikejar oleh askar berkuda Mamluk yang amat terkenal ketangkasannya.Kitbuqa berjaya ditangkap dan dihukum bunuh.Inilah sejarah pertama kali tentera Mongol dikalahkan secara besar-besaran dan panglima tenteranya dibunuh dalam pertempuran.Ini menyebabkan kemarahan Hulagu Khan atas kekalahan yang memalukan ini.Pertempuran ini amat penting kerana selepas itu dinasti Ilkhan mengalami kemunduran dan sedikit demi sedikit dihalau keluar dari Syria oleh Mamluk.
| Pertempuran Homs Kedua Syria |
Selepas kekalahan ini,tentera Mongol dilihat tidak lagi mampu menakluk Syria dan Palestin apatah lagi Mesir.Malahan kerajaan Mesir yang kemudiannya diperintah oleh Baibars menjadi dinasti Mamluk telah menjadi duri dalam daging bagi empayar Ilkhan Mongol itu.Harapan dunia Islam beralih dari Khilafah Abbasiah ke dinasti Mamluk untuk mempertahankan tanah-tanah Islam terutamanya Palestin.Mongol pernah bergabung dengan tentera Salib dalam Perang Salib ke-7 namun gagal mengalahkan kekuatan tentera berkuda Mamluk yang amat sukar untuk ditundukkan.Hulagu mati pada tahun 1265.Tidak banyak yang diketahui sebab-sebab kematiannya.Namun terdapat satu kisah tentang cara kematian Hulagu Khan yang menyebabkan punca tentera-tentera Tartarnya mula memeluk Islam.
Golden Horde
| Batu Khan,pengasas bagi Golden Horde |
Golden Horde (Ulus of Jochi),salah satu bahagian dari Empayar Mongol berasal dari 2 divisyen tentera Mongol,White Horde yang dipimpin oleh Orda Khan manakala Blue Horde dipimpin oleh Batu Khan,anak sulung kepada Jochi.White Horde dan Blue Horde asalnya merujuk kepada dua sayap tentera Mongol yang menyerang Rusia Selatan dan Eropah Timur yang kemudiannya digelar dalam kesusasteraan Parsi dan Slav sebagai Golden Horde.Sebagaimana gelarannya,pasukan tentera ini banyak bertempur dengan bangsa-bangsa Eropah dan dianggap sebagai pasukan 'Atilla The Hun' yang kedua.Jika kekuatan tentera Ilkhan yang mampu menewaskan pasukan-pasukan legenda Timur Tengah seperti tentera Empayar Abbasiah,gerila berani mati Hashshashins (Assassin) dan dinasti Ayyubbi (ketika ini tidak sekuat era Salahuddin) maka Golden Horde pula dengan senang memukul rata pejuang-pejuang Salib seperti Knight Templar yang terkenal ganas,Hospitaller dan Teutonic.Batu Khan dan panglimanya Subedei memulakan penaklukan dengan Bashkirs dan Volga Bulgaria.Kemudian menyerang padang steppe di Ukraine dan Crimea di mana tempat tinggal suku-suku Tartar.Golden Horde telah menakluk kesemua bangsa Tartar dan merekrut mereka ke dalam gerombolan askar berkuda empayar Mongol.Ketika inilah,bangsa Tartar telah menyertai tentera Monggol dan gabungan inilah yang terkenal sebagai gabungan Monggol-Tartar.
![]() |
| Penjarahan ke atas Suzdal |
Gabungan ini kemudiannya menjarah Rus,wilayah yang kini berada di Rusia,membumihanguskan Moscow,meratakan Kolomna,kemudian membumihanguskan Suzdal dan Kiev.Golden Horde kemudiannya melanggar Poland dan Hungary,memusnahkan Pest (sebuah bandar di Hungary),mengepung Vienna serta menundukkan Bulgaria.Mereka juga menyerang Croatia dan Serbia.Dalam pertempuran-pertempuran di Eropah Timur sampai ke tengah benua itu,perwira-perwira Mongol dan Tartar telah menewaskan askar berkuda Hungary,Poland,Bulgaria dan lain-lain,menundukkan tentera Knight Templar,askar-askar upahan seluruh Eropah,Kesatria Armenia,Rusia dan Cossack,tentera-tentera berkuda nomad Rusia,Magyar dan Croat dan pejuang berani mati dari Serbia.
| Pertempuran Legnica |
Anehnya,walaupun Golden Horde banyak bertempur dan memerintah wilayah-wilayah Kristian,namun akhirnya para Khan Golden Horde memeluk Islam,bukannya Kristian.Malah pengislaman Golden Horde lebih awal berbanding saudaranya Ilkhan yang walaupun memerintah wilayah-wilayah Islam namun agak lambat mencerna kepercayaan mengenal Tuhan yang satu.Berke,Khan keempat Golden Horde mengenal Islam mulai tahun 1257 manakala khan Ilkhan yang pertama memeluk Islam,Teguder mula memeluk Islam sekitar tahun 1282,itu pun dibunuh anak saudara dan kerabatnya.
![]() |
| Penyerbuan ke atas Hungary |
Diberitakan,Berke mula mencintai Islam setelah bertanyakan tentang kepercayaan para sufi Khwarezmi yang berkafilah dari Bukhara.Berke diIslamkan oleh Saifuddin,darwish dari Khwarezmi,wilayah yang dahulunya sebuah empayar Islam yang musnah digempur Genghiz Khan.
Oleh kerana Golden Horde telah memeluk Islam lebih awal,maka terjadilah konflik antara Golden Horde dengan saudara-saudaranya,terutamanya Ilkhan.Berke telah mengambil keputusan menjalinkan kerjasama dengan kerajaan Mamluk Mesir untuk menentang Ilkhan,saudaranya yang masih kafir walaupun duduk di sekeliling budaya Islam.
| Khan Agung terakhir,Mongke Khan |
Sebenarnya Berke pernah menulis sebuah surat kepada Khan Agung,Mongke Khan,berkenaan perilaku tidak berperikemanusiaan Hulahu Khan ke atas umat Islam terutamanya ketika penaklukan Baghdad.Berke berasa simpati dengan Islam dan tersentuh dengan kekejaman Mongol ketika menjarah Baghdad.Namun,ketika suratnya sampai ke Karakorum,Mongke Khan sebenarnya telah meninggal dunia di China.Ketika Pertempuran Ain Jalut,Berke telah menyertai Mamluk untuk membantu menewaskan tentera Hulagu Khan di bawah pimpinan Kitbuqa.Inilah perang saudara antara Golden Horde dan Ilkhan,dua kerajaan Mongol yang paling berpengaruh dalam sejarah Empayar Mongol.Ketika Empayar Byzantin (kemudiannya ditakluk oleh Muhammad Al-Fatih dari Empayar Turki Uthmaniyyah pada tahun 1453) menangkap delegasi dari Mesir,Berke mengarahkan Bulgaria (negara bawahannya) supaya menghantar tentera untuk melepaskan rombongan Mesir itu.Golden Horde berterusan menjadi seteru Ilkhan bersama-sama kerajaan Mamluk yang masih belum mampu dikalahkan.
![]() |
| Tentera Golden Horde mengalahkan tentera Ilkhan dalam satu pertempuran |
Apa yang terjadi selepas itu adalah kuasa Allah Yang Maha Berkuasa.Ilkhan kemudiannya menjadikan Islam sebagai agama rasmi selepas pengislaman Mahmud Ghazan walaupun masih berseteru dengan Mamluk dan Golden Horde.Golden Horde pula selepas perpecahannya,memunculkan banyak kerajaan-kerajaan Khan kecil seperti Crimea,Kazakh dan Uzbek.Perpecahan Ilkhan pula mengembalikan wilayah-wilayah Islam kepada orang Parsi dan Arab setelah beberapa generasi bangsa Mongol dan Tartar terserap ke dalam bangsa-bangsa Islam.Maka terjadilah apa yang kita saksikan seperti hari ini;negara-negara atau wilayah seperti Uzbekistan,Kyrgystan,Kazakhtan,Turkistan,Tajikistan,Bosnia,Crimea,Chechya,Uyghur dan dinasti Moghul di India yang banyak berperanan mengislamkan India Utara adalah kesan dari kisah empayar Mongol yang penuh suka duka ini.
Banyak moral atau pengajaran dari kisah empayar Mongol ini.Empayar Abbasiah jatuh disebabkan banyak penyelewengan dan jauh dari agama Islam.Fitnah berleluasa di sana-sini.Rasuah dan cintakan dunia makin meresap ke dalam hati para atasan kerajaan.Ketika itu negeri-negeri Islam di bawah empayar ini adalah yang paling kaya,namun semakin jauh dari hidayat ilahi.Semangat jihad mempertahankan Islam sudah semakin jauh di dalam hati para perwira,kerana dilemahkan oleh harta benda yang berlimpah ruah.Bagaimana tentera Mamluk boleh mengalahkan askar-askar Mongol padahal ketika itu hanya Mesir sahaja yang menghadapi Mongol,ketika serangan ke atas empayar Abbasiah,khalifah mengarahkan seluruh tentera empayar menghalang kemaraan Mongol?
PENGKHIANATAN
Kunci pertama ialah PENGKHIANATAN DARI DALAM.Seorang wazir khalifah telah memberitahu bahawa Hulagu bersetuju mengahwinkan anaknya dengan Abu Bakr,putera khalifah.Ketika pintu kota dibuka untuk upacara sambutan perkahwinan,dengan para utusan peminangan membawa pelbagai hantaran dan hadiah yang mahal-mahal berjalan ke luar kota,namun alangkah terkejutnya mereka apabila apa yang dilihat mereka di luar bukanlah sambutan meriah dari pihak Mongol tetapi barisan gerombolan tentera Hulagu Khan yang bersedia untuk menyerang.Semua utusan peminangan dibunuh,dan kemaraan tentera Mongol tidak boleh ditahan lagi,terus menggempur masuk ke dalam kota.
Inilah juga faktor utama kejatuhan Melaka ke tangan Portugis.Juga kejatuhan Vijaya,sebuah kota Champa ke tangan Dai Viet disebabkan pembelotan menteri Champa.Juga kejatuhan Pattani disebabkan pembelotan seorang pegawai Sultan Pattani.Pengkhianatan adalah racun paling dasyat dalam negara.Jika terdapat pilihan untuk menghukum dua orang;seorang panglima tentera musuh dan seorang ialah menteri yang khianat,maka sang menteri itulah yang patut dihukum terlebih dahulu.
Faktor kedua adalah amalan agama.Sultan Qutuz sebelum menggerakkan pasukannya,beliau bangun malam bertahajud sambil berdoa kepada Allah s.w.t.Muhammad Al-Fatih ketika menjelang penaklukan Constatinople,pada malam sebelum serangan,memerhatikan khemah-khemah para askarnya.Beliau memerhatikan siapa di antara para askarnya yang bangun malam.Pada keesokkan harinya beliau memilih hanya yang bangun malam bertahajud sahaja yang ikut serta menyertai menakluk Constatinople.Di dalam rekod Turki,terdapat kira-kira 80000 tentera Turki Uthmaniyyah semasa penaklukan itu manakala dalam rekod Barat terdapat 160000 hingga 300000 tentera.Bayangkan,ini bermakna jumlah itulah yang bangun bertahajud pada malam sebelum serangan.Muhammad Al-Fatih sendiri sejak kecil tidak pernah meninggalkan solat tahajud!Sebab itu dalam hadis nabi s.a.w ada menyatakan:
“Sesungguhnya Constantinople itu akan jatuh. Pemimpinnya adalah pemimpin yang terbaik dan tenteranya adalah yang tentera terbaik”
Jika kita mula meninggalkan atau mengabaikan urusan agama,tunggulah...Allah s.w.t akan menggantikan kita dengan satu kaum yang lebih baik dari kita.Penggantian itu tertakluk kepada Allah s.w.t,sama ada secara kasar seperti yang dihadapi oleh bangsa Arab ketika kejatuhan empayar Abbasiah,ataupun secara halus,seperti pengislaman beramai-ramai umat Melayu Nusantara.
"....Dan jika kamu berpaling tadah, maka Allah akan menggantikan kamu dengan kaum yang lain daripada kamu dan kaum itu tidak seperti kamu.”
(Muhammad: 38)
Jika kita lihat dipermulaan kisah Empayar Mongol,mereka amat ganas kepada orang Islam,membunuh dan menjarah kota-kota Islam.Namun diakhir cerita,mereka menjadi lembut dan terpesona dengan Islam dan akhirnya menjadi pengikut agama Islam yang taat dan sanggup berperang bermati-matian demi meluaskan Islam.Sesungguhnya Allah Maha Berkuasa makhluk langsung tiada kuasa.Apa yang terjadi semata-mata hanya dengan izin Allah.
Malaysia Hari Ini
Saya ingin sentuh sedikit dalam konteks apa yang berlaku di Malaysia pada hari ini.Rasuah dan politik wang sememangnya berleluasa dalam kerajaan.Subsidi kepada rakyat makin berkurang sedangkan kerajaan bertanggungjawab atas kebajikan rakyat kerana kerajaan dibayar cukai oleh rakyat dan rakyat berhak mendapat subsidi.Pengurangan subsidi ini ditutup dengan istilah 'penyelarasan harga'.Padahal sebenarnya harga diselaras untuk mengurangkan subsidi,jadi kantung pihak-pihak tertentu dapat diselaraskan ke tahap maksimum manakala kantung rakyat diselaras ke tahap menyedihkan.Ketika Malaysia heboh berkenaan video seks Anwar Ibrahim,harga minyak 'diselaraskan' secara bertahap sedikit demi sedikit.Tetapi rakyat marhaen tidak sedar.Apabila minyak naik,maka majoriti barangan harian akan naik,sehingga yang tiada kaitan juga akan naik atas alasan kos pengangkutan.Sekiranya barangan naik tidak terkawal,maka ia akan sampai ke tahap inflasi,rakyat terpaksa membeli barangan yang sama dengan nilai wang lebih tinggi.Kos hidup akan naik.Emosi akan naik.Orang yang lapar adalah orang yang panas baran.Pihak kerajaan kena fikirkan tentang ini dan bilakah masanya rakyat yang lapar ini perlu diberi gula-gula untuk menenangkan mereka.
Bayangkan seorang bapa muda yang mempunyai 3 orang anak,hanya bekerja sebagai posmen atau pekerja kilang mahu menyara kehidupan anak beranak dikala harga gula meningkat kepada RM2.40 sekilogram.Barangan dapur,ikan dan sayur perlu dibeli.Dengan pendapatan hanya sekitar RM1300,ia adalah pengalaman yang mengerikan.Ada menteri yang bijak menyarankan rakyat marhaen bercucuk tanam di belakang rumah.Ada menteri yang pintar menyuruh mengurangkan gula dalam minuman,menambahkan manis dalam senyuman.Ini adalah pendapat yang menyakitkan hati.Adalah disyorkan menteri-menteri tadi dikurangkan pendapatan sehingga sekitar RM1300 sebulan selama beberapa tahun.Adakah mereka hidup dalam keadaan tersenyum-senyum dengan bermanis muka selepas itu?Mungkin mereka membantah kerana mereka sepatutnya mendapat pendapatan yang setimpal dengan pendidikan mereka,namun jika mereka memilih untuk menjadi menteri yang menjaga rakyat dan negara,MEREKA SEBENARNYA PERLU BERSEDIA UNTUK MENJADI HAMBA DAN BERKHIDMAT KEPADA RAKYAT.Bukan berlagak sombong dan memberi pendapat yang menyakitkan hati.
Fitnah yang berleluasa jika tidak dibendung akan memusnahkan sesuatu bangsa dan peradaban.Jika Perdana Menteri kita,DS Najib Tun Abdul Razak dituduh membunuh Altantuya Shariibuu,maka ketua pembangkang,DS Anwar Ibrahim pula dituduh dengan tuduhan meliwat Saiful Bukhari dan kini berzina dengan pelacur China.Apabila pemimpin-pemimpin Islam sebegini tidak digambarkan dengan imej yang baik,bagaimana mereka mahu memimpin rakyat,apabila terganggu dan sibuk dengan fitnah yang menempek ditubuh mereka?Tidak penting sama ada mereka bersalah atau tidak,apa yang ditekan di sini,budaya fitnah memfitnah ini tidak baik untuk 'kesihatan' umat Islam.Disarankan Najib dan Anwar mengamalkan membaca surah Kahfi pada setiap Jumaat:
Dari Ali r.a berkata: “Barangsiapa membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, maka dia akan terhindar dari segala fitnah sehingga lapan hari yang akan datang walaupun dajjal keluar, dia akan terhindar daripadanya.” (Tafsir Ibnu Kathir)
Isteri Perdana Menteri juga tidak terlepas dari bermacam 'fitnah'.Pembaziran wang rakyat yang dilakukannya jika tidak dikawal akan menyebabkan beliau berpotensi menjadi 'Imelda Malaysia'.Alangkah baiknya jika wang itu disedekahkan kepada orang-orang yang memerlukan.Negara tidak memerlukan 'Imelda'.Kita memerlukan wanita seperti isteri Khalifah Umar Abdul Aziz yang menyerahkan segala perhiasannya kepada Baitulmal untuk keperluan negara.
Perseteruan antara Pas-UMNO mesti ditamatkan.Tidak kisah Pas dan UMNO berbeza pendapat dalam politik namun diluar politik mereka perlu menunjukkan contoh umat Islam yang bersaudara.Lihat bagaimana Allahyarham Fadzil Noor yang sepentas dengan Tun Mahathir suatu ketika dahulu.Mereka berjabat tangan dengan senyuman mesra.PKR dilihat terlampau lembik untuk menangani DAP.Namun PKR masih penting untuk 'check and balance'.Tetapi jika silap langkah,PKR akan 'checked' dan hilang 'balance'.Pas tiada keperluan untuk menyertai Pakatan Rakyat.Pas boleh berdiri sendiri sebenarnya.Pas sepatutnya menjadi pemimpin dalam Pakatan,bukannya dipimpin oleh DAP dalam Pakatan.Jika tidak ada calon yang kompeten atau segan memimpin,sekurang-kurangnya Pas bertindak menjadi 'penasihat hal-ehwal Ugama Islam' kepada DAP,bukan dibuli oleh DAP.
Setelah lama berkawan dengan Pas,sepatutnya DAP lebih faham sensitiviti umat Islam,seperti mana Golden Horde dan Ilkhan yang memeluk Islam setelah lama bercampur dengan umat Islam.DAP sepatutnya ke arah lebih memahami agama Islam,bukan makin keliru dan mengelirukan diri sendiri.Pas kena perhatikan baik-baik perkara ini.Usahakan untuk dakwah kepada DAP tentang Islam,jangan takut.Jika ego dengan UMNO sampai segan mahu cakap kebesaran Allah,kenapa tidak dengan DAP?Sekular dan Komunis sama sahaja.Tetapi hati orang yang pernah masuk kalimah Lailahaillallah adalah lebih mudah untuk lembut jika diajak ingatkan Tuhannya.Ajak saudara UMNO datang ke masjid solat berjemaah.Kurangkan cakap pasal politik dahulu.Lembutkan hati mereka dengan kelebihan dalam Islam dan sistemnya.Layan mereka dengan baik dan mesra.Bila mereka baling batu,balas kembali dengan buah-buahan.
Bila mereka dekat dengan Tuhan mereka,mereka pasti akan menurut perintah-Nya tanpa perlu disuruh-suruh.Percayalah.
Hari ini usaha nabi s.a.w telah terpecah-pecah.Ada gerakan yang mengusahakan politik Islam namun usaha dakwah ditinggalkan.Ada jemaah yang mengusahakan dakwah,namun fiqh Jinayah atau bab kenegaraan Islam diabaikan.Ada pertubuhan yang mengusahakan bangkitnya sistem Khalifah,namun usaha paling asas untuk ajak manusia ke masjid dan tingkatkan iman tercicir dari agenda.Nabi s.a.w bukan datang ke Madinah terus bercakap pasal khalifah,nabi s.a.w bina masjid dahulu.Alangkah baiknya jika semua usaha nabi ini bergabung dalam satu gerakan.Nabi Muhammad s.a.w disamping ajak manusia kepada agama,beliau berhijrah dan menulis Piagam Madinah,perundangan pertama negara Islam Madinah.Baginda turut serta dalam usaha dakwah dan jihad;kedua-duanya adalah usaha di jalan Allah.Nabi s.a.w perintis kepada kekhalifahan Islam,namun pada masa yang sama istiqamah dalam mengusahakan dakwah ke masjid dan usaha atas iman masing-masing.Sesungguhnya nabi adalah sebaik-baik contoh,mengapa masih ada manusia yang berbalah sesama sendiri dan ego dalam mempertahankan prinsip nafsu sendiri?
Umat Melayu Nusantara selama ini berjaya memainkan peranan sebagai pembantu agama yang mulia ini.Ketika era penyebaran Islam,raja-raja Melayu melayan dan menyambut baik para pendakwah dari kalangan Ahlu Bait dan para generasi Sahabat nabi.Kita tidak pernah mendengar raja-raja Melayu menghalau atau membunuh para pendakwah Arab ini.Kemudian raja-raja Melayu menyebarkan Islam sehingga ke Filipina.Jika kita belajar sejarah Wali Songo,kita akan lihat percampuran darah dari Arab,Parsi ,Champa,Melayu Kelantan hingga ke Jawa.Hasilnya seluruh Nusantara menerima hidayat Ilahi.Bukti penyebaran Islam oleh orang-orang Melayu ditampilkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagai antara 3 bahasa penting penyebaran agama Islam.Dua bahasa lain ialah Arab dan Parsi.Bahasa Melayu juga antara bahasa yang wajib dipelajari oleh para sarjana Islam terutamanya di Asia Tenggara kerana banyak kitab dan karya agama ditulis dalam bahasa Melayu.
Kini apabila terdapat usaha dakwah yang berpusat di Nizamuddin,India,yang membantu para daie dari India Muslim ini ialah sekali lagi...umat Melayu Nusantara tampil sebagai pembantu yang setia kepada agama yang mulia ini.Usaha ini dikatakan lambat diterima oleh umat Arab mungkin kerana polisi Wahabinya yang keras.Namun umat Melayu sekali lagi nampak betapa perlunya membantu rakan-rakan mereka dari India ini untuk sama-sama menyegarkan Islam di hati umat manusia.Firman Allah s.w.t:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan ummat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar; merekalah orang-orang yang beruntung." (Ali Imran: 104)
Jika kita tidak mampu berdakwah kepada manusia,seperti saya yang lemah iman ini,sekurang-kurangnya kita sokong dan bantu jika ada saudara kita yang mahu menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang ma'ruf dan mencegah dari yang munkar.Maka sebab itu Allah s.w.t menyatakan perlunya ada satu golongan di kalangan kita yang ambil tugas ini walaupun sepatutnya semua orang Islam semestinya menjalankan amal maaruf nahi munkar.Janganlah sampai kita dicatat oleh malaikat sebagai orang yang menghalang agama Allah yang mulia ini.
Saya berdoa supaya Perdana Menteri dan isterinya diberi hidayat oleh Allah s.w.t untuk amal agama dalam hidup.Saya juga berdoa supaya negara ini aman dari fitnah,juga DS Anwar Ibrahim.Hanyasanya orang berjaya dan selamat dunia akhirat ialah orang yang hidup dalam kemuliaan agama.
Berdiri di hadapan makam Syeikh Saifuddin Bokharzi di Bukhara benar-benar menginsafkan.Sekiranya lelaki mulia ini mampu melembutkan hati seorang Khan,malah pemimpin kepada pasukan Mongol yang paling ditakuti seluruh Eropah,Golden Horde,mengapa tidak kita,mampu melembutkan saudara kita yang pekat dengan sekularisme namun masih mengaku Allah s.w.t,Tuhan yang memerintahkan hukum Hudud dan Qisas dilaksanakan di dalam AlQuran.
"Tidak rugi orang yang bermesyuarat tidak menyesal orang yang istikharah"
Sunday, May 8, 2011
Apa Yang Kita Boleh Belajar Dari Osama?
Posted by DARI KAKI GUNUNG JERAI on Wednesday, May 4, 2011
Labels: Agama, Masyarakat
Samada Osama Bin Laden itu mati atau tidak mati bukan lah satu masalah besar bagi para pejuang yang satu fahaman dengannya. Rangkaian Al-Qaeda dan organisasi yang seumpama dengannya kini berada di mana-mana, malah lebih banyak daripada kewujudan Pusat ketenteraan Amerika di serata dunia. Apakah yang Osama Laden berjaya buktikan?
- Dia berjaya membuktikan bahawa untuk menjadi satu kuasa besar yang ditakuti sebenarnya tidak memerlukan pemilikan sebuah negara. Bumi Allah ini luas dan memang diwariskan kepada mereka yang ikhlas beramal kerana Tuhannya.
- Seorang Islam yang percaya pada Allah dan berusaha membuat sesuatu sebaik mungkin sudah pasti akan berjaya di peringkat tertinggi. Osama Laden menjadi contoh alang-alang menjadi pengganas (sebagaimana yang dilabelkan Amerika), biarlan sehingga ke tahap anratabangsa atau orang putih kata "world class".
- Menjadi seorang pemimpin sesebuah negara yang hanya memikirkan kemajuan dan kesenangan dunia sebagai matlamat utama, hanya mendedahkan diri kita untuk tunduk kepada negara kuasa besar materialistik yang zalim seperti Amerika dan konco-konconya. Lebih baik jadi orang biasa yang hanya memperhambakan dirinya pada Allah Taala, tetapi di geruni oleh semua kuasa besar macam Osama.
- Asama juga membuktikan bahawa apa saja yang kita buat samada baik atau tidak baik, ikhlas atau tidak ikhlas, pasti akan ada saja orang yang tak suka. Sebagaimana dirinya dituduh sebagai ciptaan CIA. Dia juga di tuduh tidak wujud. Ada yang kata dia sesat, ada pula yang memandang tinggi padanya, ada juga yang tak memperdulikannya dan macam-macam lagi. Jadi kalau nak ikut orang buat apapun tak kena.
- Ajal maut itu di bawah kuasa pentadbiran Tuhan. Walaupun Osama menjadi buruan seluruh kusa besar dunia. Dia masih juga hidup sehingga tua, walaupun akhirnya dia didakwa di tembak mati. Bukan kerana Amerika cekap, atau kerana Osama tidak cekap, tapi ajalnya sudah tiba.
- Kematian Osama mengajak pengikutnya atau peminatnya bermuhasabah diri sendiri samada mereka terlalu taksub dengannya atau terpegun dengan Penciptanya. Bagi yang taksub dengan Osama mungkin bermatian menolak yang Osama telah meninggal dunia. Sebaliknya bagi yang taksub dengan Pencipta Osama, dia akan mendoakan Osama moga mendapat pengampunan dari Penciptanya.
- Osama sudah menamatkan pengembaraannya di dunia, dia meneruskan perjalanan yang lebih jauh bersama dengan bekalan yang telah diusahakannya di atas muka bumi ini. Dia tidak pernah meminta dipuji malah dia hidup sentiasa dalam buangan, sedangkan jika dia mahu dia boleh menjadi seperti orang biasa lain dan bersenang-senang dengan kemewahan yang dia ada. Jalan yang dipilihnya adalah satu dalam sejuta. Apakah pula kesudahan kita yang masih hidup ini, bagaimana kematian kita, apa pula bekalan kita.
Baca perutusan Nik Aziz pada Osama di bawah:
Jika benarlah Osama bin Laden benar-benar telah dibunuh oleh tentera Amerika Syarikat seperti yang diumumkan oleh Presiden Barrack Obama semalam, maka saya sebagai seorang Islam mendoakan rahmat dan keampunan Allah SWT untuk Osama bin Laden yang merupakan saudara saya di dalam Islam. Inilah yang dituntut oleh Islam sewaktu menerima berita kematian saudara seagamanya. Sebesar manapun kesalahan seorang muslim, jika ia mati dalam keadaan agamanya Islam, keampunan terhadapnya harus dipohon oleh saudara muslim yang lain.
Adapun keterlibatan Osama bin Laden dengan keganasan, saya serahkan kepada Allah SWT kerana ia masih belum terbukti melainkan melalui propaganda yang dipelopori oleh Amerika Syarikat. Jika benar beliau terlibat dengan kegananasan, sudah tentu saya tidak menyokong keganasan tersebut. Bagaimanapun keterlibatan Osama dengan keganasan masih lagi merupakan berita samar yang tidak dapat disahkan, namun keterlibatan Amerika Syarikat sendiri dalam keganasan sudah terbukti.
Ini jelas dengan serangan terhadap Afghanistan dan Iraq yang menghancurkan kedua-dua negara ini dengan tujuan mencari senjata pemusnah yang tidak dapat dijumpai sehingga ke hari ini. Apa pula tindakan Amerika Syarikat terhadap Israel yang terang-terang melakukan keganasan di bumi Palestin ? Bukan sahaja tidak bertindak, bahkan Amerikalah yang kuat menyokong Israel. Justeru, jika Osama dianggap sebagai pengganas, maka Israel lebih patut disebut sebagai ganas dan penyokongnya Amerika Syarikat juga tidak boleh lari dari digelar sebagai ganas.
Inilah yang saya tegaskan kepada Duta Besar Amerika Syarikat yang datang ke pejabat saya pada 28 April 2011 yang lepas, bahawa sepasang selipar pun tidak boleh dirampas dari tuannya yang berhak, apatah lagi sebuah negeri yang berdaulat seperti Palestin, lebih-lebih lagi tidak berhak untuk dirampas oleh Israel.
Adapun mereka yang berkata bahawa dunia lebih selamat dengan kematian Osama, saya anggap kenyataan tersebut sebagai tidak cermat dan hanya bertujuan menampakkan diri sebagai penyokong Amerika. Jika dunia lebih selamat dengan kematian Osama, adakah dunia juga lebih selamat dengan kewujudan Amerika?
Sekian, wassalam.
TUAN GURU DATO’ BENTARA SETIA NIK ABDUL AZIZ BIN NIK MAT,
Menteri Besar Kelantan.
Friday, May 6, 2011
Issuu.com
Bismillahirrahmanirraheem,
A good site to read magazines: http://issuu.com/

A good Islamic magazine to read : http://issuu.com/qnewsmagazine
A good site to read magazines: http://issuu.com/
A good Islamic magazine to read : http://issuu.com/qnewsmagazine
Monday, April 11, 2011
MerdekaReview - Dasar Ekonomi Negara: Realiti Semasa dan Peranan Profesional Muda
SIAPAKAH PROFESIONAL?
Secara umumnya, "profesional" merujuk kepada orang yang berkemahiran dalam sesuatu perkara, samada kerana kelulusan atau penumpuan kerja yang berterusan atau juga seseorang yang melakukan kerja yang khusus secara giat dan bermutu.
Lantas, pemain bola, pemuzik, pelukis dan penerbit filem juga dikelaskan sebagai professional.
Bahkan kini, sudah wujud penjenayah profesional.
Saya menganggap sahabat Nabi s.a.w seperti Bilal, Khalid Al Walid, Sa'ad bin Abi Waqqas, Abdul Rahman bin Auf, Mus’ab bin Umair adalah contoh tokoh professional.
Keprofesionalan Bilal dalam azan sampai sahabat hanyut dalam tangisan teringatkan Rasulullah s.a.w sepeninggalan baginda bila Bilal mengumandangkan azan.
Sa’ad bin Abi Waqqas berjaya membina 40,000 buah rumah sewaktu beliau menjadi gabenor kufah. Khalid Al Walid mendapat gelaran pedang Allah kerana strategi perang beliau yang mengkagumkan.
Mus’ab bin Umair berjaya mengislamkan pemuda Madinah sebelum Nabi berhijrah. Salman Al Farisi membawa idea baru dalam strategi perang Khandak.
Abdul Rahman bin Auf hanya mahu ditunjukkan oleh Sa’ad bin Rabi’ al- Anshari RA di mana pasar untuk berniaga kemudian muncul sebagai jutawan yang mampu menderma sampai ratusan ribu dinar, antaranya 700 unta bermuatan penuh kepada penduduk kota Madinah; 400 dinar untuk setiap bekas pejuang al-Badar yang pada ketika itu seramai 100 orang (RM 26.84 juta); serta 40,000 dinar (RM 26.84juta), 500 ekor kuda (RM 5 juta) , dan 1,500 unta (RM 4.5 juta) kepada pejuang .
Tradisi melaksanakan kerja berfokus, berkemahiran dan bersungguh-sungguh hasil sinar keimanan yang memancar itu dilanjutkan dalam generasi kemudian. Imam Bukhari adalah tokoh pengumpul dan penyemak hadis yang sangat piawai dan sanggup mengembara ribuan batu dalam tugasnya yang penuh professional hingga kitab Bukhari diiktiraf menduduki tempat kedua selepas Al Qur'an.
Kini, professional Melayu berjumlah 40% dari bilangan professional di negara ini.
Jika kita menggunakan Islam selain Melayu, jumlahnya tentulah lebih tinggi kerana bilangan orang Islam di negara ini lebih tinggi dari bilangan orang Melayu.
PROFESSIONAL MELAYU: UNTUK POLARISASI ATAU PERPADUAN?
PROFESSIONAL MELAYU: UNTUK POLARISASI ATAU PERPADUAN?
Sebelum saya menjawab pertanyaan ini, izinkan saya membincangkan tunjang penting peribadi profesional muslim;
A. Untuk kebaikan awam / public interest
B. Adil
C. Jujur dan benar
D. Berwawasan
B. Adil
C. Jujur dan benar
D. Berwawasan
Saya meletakkan keprihatinan terhadap kemaslahatan awam di tempat yang pertama kerana semua tindakan mereka yang tergolong sebagai professional akan memberikan kebaikan atau keburukan secara langsung kepada masyarakat.
Pelan yang tidak sesuai boleh menyebabkan sebuah stadium runtuh. Kos pembinaan sesuatu projek boleh menjadi lebih mahal atau lebih murah mengikut bagaimana tenaga profesional mengaturnya.
Selain dari baik buruk kesannya kepada masyarakat hasil dari urusan kerja para tenaga profesional, mereka juga harus menjadi salah satu tonggak reform masyarakat.
Dalam konteks ini, pengorbanan eksekutif google Mesir, Wael Ghanim dan pemuda profesional muda seangkatan beliau baik di Mesir mahu pun Yaman adalah ikonic.
Jika tidak, apa gunanya kemahiran professional mereka?
Penyendirian dari arus masyarakat adalah keburukan yang pertama. Berdiam diri terhadap kepincangan bererti menempah keburukan yang lambat laun akan menimpa diri kita sendiri.
Mari kita tinjau kedudukan ekonomi semasa negara kita kini dalam beberapa sudut;
Dari segi keluaran dalam negara kasar (KDNK) nominal, Malaysia berada di kedudukan 37 dengan KDNK berjumlah USD 237 bilion dan pendapatan perkapita berjumlah USD 7,775.00, iaitu pada kedudukan ke 65. Kedudukan Malaysia dari segi KDNK (nominal) perkapita ini berada empat anak tangga di bawah purata pendapatan perkapita dunia. Berdasarkan angka-angka tersebut, pencapaian ekonomi negara adalah masih di peringkat sederhana, malah masih jauh untuk menyaingi negara-negara industri baru seperti Hong Kong, Korea Selatan, Singapura dan Taiwan.
Dalam laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, hutang negara berbanding dengan KDNK berada di paras 53.7 %, iaitu satu kedudukan yang cemas bagi sesebuah negara berpendapatan sederhana seperti Malaysia. Kesemua situasi seperti ini dapat disimpulkan dengan pandangan Idris Jala bahawa hutang negara boleh mencapai RM 1 trilion menjelang 2019 yang boleh membawa kepada muflis.
a. Jurang antara kaya dan miskin yang semakin melebar
Menurut laporan pertubuhan bangsa-bangsa bersatu tentang pembangunan manusia (UNHDP) pada tahun 2004, jurang pendapatan antara golongan kaya dan golongan miskin adalah yang terburuk di asia tenggara dan antara yang terburuk di Asia.
Dilaporkan juga bahawa 10% golongan terkaya di Malaysia menguasai 38.4% pendapatan ekonomi negara. Siapakah mereka? Dalam kehidupan seharian kita, kita mengenali sebahagian mereka. Sesetengah dari mereka tidak mempunyai kelulusan professional apa-apa tetapi lebih professional dalam menebuk peluang untuk mengaut kekayaan dari khazanah negara, bukan berasaskan merit tetapi ikatan kepentingan.
Lihat laporan Global Financial Integriti (GFI) bahawa wang negara kita telah dialihkan keluar sebanyak USD 291 bilion atau RM 889 bilion pada tempoh 2000 hingga 2008. Mulanya dinafikan tetapi kemudian PM sendiri mengakuinya. Wang siapa? Tentunya bukan wang kita semua tetapi wang segelintir yang menjadi kaya kerana ketempangan sistem negara kita.
Dilihat dari segi pendapatan, seperti yang dilaporkan baru-baru ini, 40% daripada pendapatan isi rumah di Malaysia berada di bawah RM 1,500.00 dan 60% berada di bawah RM 3,000.00. Penyakit yang telah sedia wujud semenjak merdeka ini sebenarnya semakin parah.
Dengan kenaikan kos hidup terutama segmen pengguna, sudah tentu tekanan kian terasa.
b. Jurang pembangunan antara wilayah yang tidak seimbang
Selepas merdeka dan pembentukan Malaysia, negara kita menghadapi masalah ketidakseimbangan dalam pembangunan antara wilayah, antara bandar dan luar bandar, antara pantai barat semenanjung dan pantai timur serta antara Malaysia barat dan Malaysia timur. Semasa era pemerintahan Perdana Menteri kedua, usaha-usaha telah diambil untuk mengurangkan jurang perbezaan ini dengan program pembangunan wilayah, perbandaran luar bandar dan lain-lain. Bagaimanapun, selepas era itu tidak kelihatan usaha yang jelas untuk mengurangkan jurang ini. Bandar-bandar utama seperti di Lembah Kelang, Johor Bahru dan Georgetown terus mengalami proses urbanisasi yang begitu pesat sedangkan kawasan-kawasan luar bandar terus tertinggal.
c. Daya ketahanan ekonomi yang rapuh
Sektor pertanian atau lebih khusus pengeluaran makanan negara masih belum menampung keperluan sendiri. Seperti yang dimaklumi, sektor ini merupakan pertahanan yang terpenting kepada ekonomi negara khususnya ketika menghadapi saat-saat getir kegawatan ekonomi. Masyarakat Malaysia sentiasa terdedah dengan turun naik harga barangan makanan dunia disebabkan kebergantungan kepada negara lain. Dari segi pengeluaran beras, sehingga hari ini Malaysia belum pun mencapai sasaran 70% pengeluaran beras tempatan, manakala komoditi makanan yang lain seperti perikanan dan penternakan peratus kebergantungan kepada import masih begitu tinggi.
d. Ketirisan perbelanjaan awam
Gejala penyalahgunaan kuasa dan rasuah merupakan antara penyakit ekonomi yang begitu parah di negara ini. Menurut laporan Ketua Audit Negara yang terbaru, sebanyak RM28 bilion telah tiris dalam perbelanjaan dana awam, manakala menurut Brain Wain pula sebanyak RM 340 bilion ketirisan berlaku sepanjang pemerintahan Mahathir Mohammad. Laporan Global Financial Integrity (GFI) pula mendakwa sebanyak RM 889 bilion wang haram telah mengalir keluar dalam tempoh lapan tahun antara 2000 hingga 2008. Ketirisan seperti ini bukan sahaja merugikan negara dan rakyat, tetapi juga mengurangkan daya saing Malaysia untuk menarik pelaburan.
e. Peningkatan berterusan kos hidup
Menurut laporan majalah International Living tahun 2010 kos hidup di Malaysia berada pada kedudukan ke-21 paling tinggi di dunia, lebih baik daripada kedudukan pada tahun 2009 di kedudukan ke-13. Kenaikan mendadak barang-barang keperluan termasuk harga rumah, akan menjadikan kos hidup rakyat semakin tinggi sedangkan pertambahan pendapatan agak perlahan. Dilaporkan, buat masa ini 50% hingga 60% pendapatan rakyat Malaysia digunakan untuk membeli makanan dan peratusan ini boleh mencapai 80% dengan kenaikan barangan yang berterusan. Situasi ini menyebabkan sebahagian besar pendapatan bulanan dihabiskan untuk menampung kehidupan dan simpanan isi rumah di Malaysia sangat terbatas.
Secara ringkas, di sebalik kekayaan negara yang melimpah ruah, kenapa kita berada antara cemas dan lega? Lega dari khabar indah bila mana slogan-slogan baru dilancarkan dan "drama kejayaan" dipentaskan oleh media. Cemas bila kita merenung dengan mata hati keadaan negara kita yang sebenarnya.
Bersandarkan kekayaan minyak sahaja, seluruh rakyat malaysia boleh menikmati kehidupan yang jauh lebih selesa jika sekiranya musuh utama tamadun madani manusia iaitu rasuah berjaya diperangi.
Slogan dan cogankata silih berganti tetapi inti amalan kronisme masih tidak berubah. Kalau semasa Pak Lah menjadi PM, SCOMI mendapat kontrak PETRONAS.
Kini Kencana Petroleum Berhad yang di CEO kan oleh Mirzan pula mendapat telaga minyak marginal bernilai berbillion ringgit. Bapanya masih bersandar di kerusi Penasihat PETRONAS.
Saya mengenali satu syarikat profesional melayu yang berjaya dalam industri petroleum di Asia Tengah tetapi tidak pernah mendapat peluang dalam negara mereka sendiri!
Pengkalan TUDM bernilai billion ringgit diberi "percuma" tanpa aturan telus dan informatif, melambangkan aspek governance Najib sama buruk dengan Pak Lah dan Mahathir.
Nah! Dengan senario sebegini, apa pilihan anda professional muda?
Bolehkah atas semangat Melayu semata-mata, kita menyelesaikan kemelut ini?
Jawabnya , tidak mungkin. Kita memerlukan anjakan dari kemelayuan semata-mata kepada keIslaman.
Jika kita menjadikan Islam sebagai sandaran pergerakan professional muda Malaysia untuk 20 tahun akan datang bagi satu reformasi menyeluruh berdasarkan teras berikut;
Tiga musuh utama Malaysia;
1. Korupsi dan Kronisme
2. Hilangnya Rule of Law
3. Perjuangan berasaskan sentimen ras semata-mata, oleh mana-mana jua pihak dalam negara kita
2. Hilangnya Rule of Law
3. Perjuangan berasaskan sentimen ras semata-mata, oleh mana-mana jua pihak dalam negara kita
Tiga tonggak utama yang perlu dibangunkan;
A. Memulihkan Rule of Law dan kredibiliti semua institusi utama negara
B. Media yang adil, bebas dan progresif
C. Kepimpinan yang bersih dan jujur
B. Media yang adil, bebas dan progresif
C. Kepimpinan yang bersih dan jujur
AKHIR
Dalam menuju pusingan akhir pembentangan ini, saya akan mencadangkan dua perkara;
A. Anda semua menjadikan budaya dinar dan dirham (d n d) sebagai gaya hidup moden. Ia baik untuk kedudukan kewangan anda
B. Menjadikan satu dari resolusi seminar hari ini untuk menghidupkan semula Majlis Perundingan Petroleum Negara.
Kini, diizinkan saya membawa hadhirin meninjau sekejap ekonomi negara kita dalam konteks global. Dalam kesempatan yang ringkas ini, saya hanya tumpukan kepada kedudukan kita berkait dengan ekonomi dan kewangan Amerika yang dialun gelombang dan krisis.
Kita ambil kedudukan Dollar Amerika, yang secara sekali gus memberikan kesan kepada angkubah ekonomi dunia yang lain.
Hutang yang ditanggung oleh Amerika mencecah sehingga USD 12 Trillion hampir mustahil untuk dibayar memandangkan penambahan hutang meningkat dari tahun ke tahun.
Ketenatan Amerika amat ketara lagi apabila Center on Budget and Policy Priorities, Washington, D.C. menyatakan bahawa 46 negeri berhadapan kekurangan bajet untuk 2011 sehingga mencecah USD 160 billion yang mana belum mengambil kira defisit 2010.
Situasi yang menakutkan para ekonomi Amerika pada ketika ini adalah kejatuhan ekonomi Amerika akan dijangka berulang sekali lagi berdasarkan sejarah hitam yang pernah dialami pada tahun 1937 - 1942 seperti mana dilapor :
.. As the wall street journal reported:
"over the last year the stock market has followed a path eerily similar to 1937. First, a strong, rapid run to a recovery high – same pace, same magnitude. Then a correction – again, the same. Will we continue on the path that led the correction of 1937 into a collapse in 1938?"
Mengambil kedudukan nilai Dollar pada hari ini, dengan kejatuhan nilai matawang tersebut nilai emas dan perak yang mengalami lonjakan sejak 10 tahun dulu.
DINAR DAN DIRHAM
Syiling Emas yang dikenali sebagai Dinar dan Syiling Perak yang dikenali sebagai Dirham adalah satu penyelesaian kepada kejatuhan ekonomi Amerika dan alternatif yang signifikan sebagai menggantikan kebergantungan kita terhadap USD Dollar .
Tanggal 20 Sseptember 2006, Kerajaan Kelantan telah melancarkan syiling emas yang dinamakan sebagai emas dinar kelantan (EDK). Manakala pada 12 Ogos 2010 , bersamaan 2 Ramadhan 1431 H, di samping memperkasakan dinar, dilancarkan satu lagi pelengkap syiling yang lebih kecil daripada Dinar iaitu Dirham (perak).
Dinar Kelantan (emas) dan Dirham Kelantan (perak) masing-masing mengikuti piawaian antarabangsa iaitu World Islamic Mint yang selari dengan ukuran yang telah digariskan oleh Saidina Umar Al-Khattab r.a serta dituruti oleh ulamak masa kini. Ukuran 1 Dinar adalah bersamaaan 4.25 gram emas 22 karat manakala 1 Dirham adalah bersamaan 3.0 gram perak tulen.
Dalam keadaan ini, Kerajaan Negeri Kelantan sedang menerajui satu langkah yang praktikal bagi mengembalikan kegemilangan perekonomian Islam yang berteraskan penggunaan matawang emas bagi menggantikan dominasi Amerika terhadap ekonomi dunia sekarang ini.
Boleh juga ditakrifkan sebagai satu gerakan revivalist ke arah penggunaan dinar bukan sahaja sebagai satu nilai pelaburan tetapi meninjau pelbagai aspek penggunaannya dalam ruang lingkup undang-undang negara.
Disebabkan nilai intrinsicnya serta sifat anti-inflasinya menyebabkan ramai mula berpaling semula kepada emas di tengah kegawatan ini.
Harga emas meningkat naik dari masa ke semasa sekaligus secara langsung harga Dinar akan terus meningkat sepertimana peningkatan nilai Dinar Kelantan yang amat menakjubkan untuk tempoh 5 tahun pelaksanaannya dari tahun 2006 hingga 2011 iaitu sebanyak 108 %.
PETRONAS
Point terakhir yang saya ingin kongsikan dengan anda semua ialah: adakah sejak 20 tahun lalu PETRONAS menjual hasil petroleum kita lebih rendah dari harga pasaran???
Adakah PETRONAS terikat dengan Forward Trading dengan memeterai perjanjian jualan hadapan hasil petroleum kita dengan harga lama? Dengan kenaikan harga petroleum dunia yang tinggi kini, kita telah mengalami kerugian yang sangat besar jika benar ini berlaku.
Kita mengangkat isu ini untuk mendapat penjelasan PETRONAS.
Bagi merungkai misteri seperti ini, Majlis Perundingan Petroleum seperti kehendak Akta Kemajuan Petroleum 1974 hendaklah ditubuhkan semula. Ia telah dimatikan oleh Mahathir sewaktu beliau menjadi PM sedangkan majlis ini adalah kehendak undang-undang seperti akta berkenaan.
Saya petikkan di sini;
Majlis Penasihat Petroleum Negara
5. (1) suatu majlis yang dinamakan Majlis Penasihat Petroleum Negara hendaklah ditubuhkan yang terdiri daripada orang termasuk Mereka dari negeri yang berkaitan yang dilantik oleh Perdana Menteri.
(2) menjadi kewajipan Majlis Penasihat Petroleum Negara untuk menasihati Perdana Menteri tentang dasar negara, kepentingan dan perkara yang berkenaan dengan petroleum, perusahaan petroleum, sumber tenaga dan penggunaannya.
Jika majlis ini wujud, wakil bagi negeri-negeri wujudnya pengeluaran petroleum ini boleh lah dilantik dan dengan itu kita berharap kekayaan petroleum kita dapat dijanakan dengan lebih saksama, inklusif dan demokratik.
Keuntungan yang diisytiharkan oleh PETRONAS dalam tempoh masa lima tahun dari 2006 hingga 2010 iaitu sebanyak RM 397.6 bilion sepertimana berikut;-
Profit before taxation -
2006 = RM 69.4 bilion
2007 = RM 76.3 bilion
2008 = RM 95.5 bilion
2009 = RM 89.1 bilion
2010 = RM 67.3 bilion
2007 = RM 76.3 bilion
2008 = RM 95.5 bilion
2009 = RM 89.1 bilion
2010 = RM 67.3 bilion
Manakala sumbangan PETRONAS yang telah diberikan kepada Kerajaan Pusat sejak penubuhan sehingga 2010 adalah sebanyak RM 529.9 bilion.
Saya memetik satu rangkap sajak oleh seorang penyair indonesia yang telah mati dibunuh oleh rejim Suharto sebaik beliau mengungkapkan sajak ini;
Sekian. Wallahu a'lam.
*Dibentangkan sempena Konvensyen Profesional Muda Melayu Kebangsaan 2011 di Kolej Universiti Islam Selangor pada 2 April 2011. Dipetik dari blog Husam Musa (gambar kiri), EXCO kerajaan Kelantan.
Subscribe to:
Posts (Atom)






