Monday, May 16, 2011

IKRAM UK eire

Well, nice to keep these things handy.. never know when you'll need it... 

Pendahuluan

IKRAM UKE, sebelum ini dikenali sebagai MSM UKEire (Majlis Syura Muslimun). Ia bukanlah satu persatuan baru yang diwujudkan di UK mahupun Ireland. Secara ringkasnya, nama IKRAM ini adalah diambil hasil daripada transformasi MSM yang telah wujud sekian lama.

MSM (Majlis Syura Muslimun) adalah pertubuhan yang telah didaftarkan di MSD. Persatuan ini mengambil peduli ehwal pelajar Malaysia yang berada di luar Negara atas urusan melanjutkan pengajian.

Pertubuhan IKRAM adalah pertubuhan NGO yang ditubuhkan atas dasar mengambil peduli urusan masyarakat sejajar dengan cara hidup dan syariat Islam. Ia adalah pertubuhan membangunkan modal insan, kebajikan dan mengembangkan fahaman Islam yang tulen.

Objektif

Visi dan Misi

Matlamat IKRAM
1)    Menyebar risalah Islam melalui dakwah, mempertahankannya dari kebatilan atau syubhat.
2)    Mengumpul hati dan jiwa individu Muslim atas dasar Islam dan membina akhlak mulia.
3)    Menigkatkan taraf ekonomi umat Islam
4)    Memupuk keadilan masyarakat dan kesejahteraan social serta membanteras kejahilan, kemiskinan, keruntuhan moral, dan menggalak kerja kebajikan tanpa mengira bangsa dan agama.
5)    Memperjuang hak umat Islam, dan meningkatkan kesatuan serta perpaduan di kalangan mereka.
6)    Mempraktikkan Islam
7)    Mengadakan kerjasama dan hubungan dengan mana-mana pihak dalam memajukan kepentingat Umat.

Matlamat IKRAM UKE
1)    Mendokong matlamat IKRAM Malaysia
2)    Membina modal Insan Pelajar Malaysia di Ireland
3)    Memberi nilai tambah kepada Pelajar Malaysia di Ireland
4)    Menjaga kebajikan pelajar
5)    Membantu memberi kesedaran tentang Islam dan tanggungjawab Muslim.
Pendaftaran Persatuan

MSM (Majlis Syura Muslimum) telah didaftarkan di MSD pada tahun…. Transformasi MSM kepada IKRAM student chapter telahpun dimaklumkan ke pihak MSD London.

Organisasi

President:
Wakil kawasan Ireland:
1)    Cork: Mior Ammar Alif Kamarulazim
2)    Galway: Dr Ikhwan Marion
3)    Belfast : Nabil Ali

Aktiviti

1)    Ceramah berkaitan agama (fiqh luar Negara)
2)    Perhimpunan Musim Sejuk
3)    Jaulah/ Visit di Negara Eropah
4)    Lawatan Umrah
5)    Program pre-Departure bagi pelajar baru
6)    Membantu pelajar baru di setiap university
7)    Program riadah/ Sukan ahli
8)    Hubungan dengan persatuan lain di Ireland dalam program bina Insan.

Keahlian

Keahlian IKRAM student chapter boleh diperoleh melalui wakil kawasan. Ia terbuka kepada pelajar Muslim di Luar Negara yang ingin mendokong visi dan misi bersama.

FAQ

Mengapa menggunakan nama IKRAM?
IKRAM di Malaysia adalah hasil idea bekas pelajar di luar Negara. Kami merasakan penggunaan nama ‘IKRAM’ adalah mengambil semangat usaha mereka dan usaha kami yang mahu membangunkan Umat.

Apakah hubungan IKRAM di Malaysia dan IKRAM student chapter Ireland?
Hubungan kami dalah sekadar hubungan cawangan pelajar di Ireland. Kami berkongsi aktiviti dan nasihat berkaitan pelajar di luar Negara.

Adakah IKRAM pertubuhan politik?
IKRAM tidaklah pertubuhan politik. IKRAM adalah pertubuhan NGO yang tidak akan terlibat dengan mana-mana parti politik. Matlamat IKRAM adalah jelas, membina modal Insan Muslim dan sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak yang berusaha kearah membangunkan Umat Islam sejagat. 

Untuk hebaran umum
IM

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...