Friday, July 1, 2011

Cinta Di Rumah Hassan Al Banna Extract



1.  Kebahagiaan rumah tangga bermula dengan memilih ibu kepada anak-anak. Hassan Al Banna fell in love with her wife at first listening, tika mendengar bakal isterinya mendengarkan aluanan bacaan Al Quran

2. Kamcing dengan bapa mertuanya dan menjadi contoh tauladan yang baik kepada keluarga mertua

3. Trust isteri Hassan Al Banna yang tinggi. Tidak bersangka buruk sungguhpun beliau berurusan dengan ramai akhawat dalam perbincangan gerak kerja Al Ikhwanul Muslimeen

4. Isteri Hassan Al Banna memanggilnya "Ustaz Hassan" sebagai tanda hormat

Didikan kepada Anak-Anak

1. Mementingkan makan bersama anak-anak walaupun sibuk

2. Hassan Al Banna menyimpan rekod anak-anak dalam suatu fail yang mengandungi butiran seperti berikut:
  • Tarikh dan sejarah kelahiran
  • Nombor kelahiran
  • Jadual pemberian ubat dan makanan
  • Surat keterangan doktor termasuk resit rawatan
  • Keterangan/catatan penyakit dengan terperinci
  • Catatan prestasi anak-anak di sekolah
3.  Dalam carta itu, tertulis nota pelajaran seperti, "Saif lemah ini dan ini, Wafa perlu bantuan dalam subjek ini dan ini."

4. Beliau berusaha untuk bawa makan pagi ke sekolah untuk anak-anak

5. Setiap awal bulan, Imam akan menulis barang keperluan rumah dan serah pada staffnya untuk dibelikan, sehingga disediakan mengikut availability makanan pada musim-musim tertentu.

6. Berikan cinta sepenuhnya tanpa henti dan berubah meski anak itu kadangkala tidak menyenangkanmu.(Funun Tarbiyatil Abna). Hassan Al Banna punya kelebihan di mana anak-anaknya patuh tanpa perlu diperintah. Menurut Saifulislam, hal ini kerana kewibawaannya. 

7. Wang belanja yang agak besar untuk beri kepuasan kepada anak-anak. Tapi semuanya dibudget awal ikut wang harian, mingguan dan bulanan. Pendidikan dan tarbiyah mengelakkan anak-anak menyia-nyiakan wang saku mereka. 

8. Wang mingguan diberi dan disuruh untuk diinfaq. Hassan Al Banna hingga minta kawan-kawannya mengintip sama ada anak-anaknya menginfaq wang itu atau tidak. Semuanya untuk memupuk sikap mudah berinfaq pada jalan Allah. Wang bulanan untuk dibeli buku dan diwujudkan mini perpustakaan untuk setiap anak. 

9. Menasihat secara langsung dan tidak langsung. Misalnya kisah Imam menasihati anaknya secara tidak langsung. Saif suka membaca komik. Jadi Imam mula cerita kisah panglima Islam banyak-banyak sehingga Saif hilang minat baca komik.

10. Membiarkan anak-anak bergaul dengan rakan-rakan dengan batasan tertentu dan menemani anak-anak yang bermain. 

11. Hukuman yang paling berat beliau adalah tarik telinga pada suatu pagi. Tapi pada jam 11, Hassan sudah telefon menenangkan anaknya dan perbaiki hubungan kembali. Tapi Hassan Al Banna akan jelaskan bahawa perbuatan anaknya itu salah untuk anaknya sedar. 

12. Pelukan hangat sang ayah terkesan dek anak sehingga sekarang

13. Dia sangat memelihara pendidikan anak gadisnya sehingga boleh main peranan untuk bangunkan wanita-wanita lain. 

14. Bila pulang lewat, Hassan Al Banna senyap2 saja, tak bising-bising. 

15. Jangan anggap ayahmu bermanfaat di akhirat kelak. Hassan Al Banna mengingatkan Saif untuk tidak bergantung pada orang lain sehingga punya peribadi yang kuat. 







No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...