Sunday, July 10, 2011

Young Muslim Malaysians Confused

Golongan muda Islam Malaysia secara umumnya keliru dan mendukung pandangan yang saling berkontradiksi.

Mereka antaranya didapati tidak minat politik namun mempunyai harapan tinggi terhadap demokrasi, demikian dirumuskan dalam pembentangan kajian terhadap harapan golongan tersebut hari ini.

Kajian bersama Merdeka Centre dengan sokongan Goethe Institut itu dijalankan ke atas lebih 1,000 orang warga Malaysia berusia antara 15 hingga 25 tahun.

Lebih 66 peratus daripada responden berpendapat, kegiatan dalam politik merupakan aktiviti tidak popular.

Jumlah yang sama juga belum mendaftar sebagai pengundi, manakala lebih 50 peratus mengaku bosan dengan politik.

Seramai lebih 44 peratus berpendapat, hanya golongan berwang yang akan berjaya dalam politik, namun seramai hampir 74 peratus setuju bahawa rakyat berkuasa untuk mengubah kerajaan yang tidak disukai.

Hampir 87 peratus juga percaya, negara perlu dipimpin oleh seorang tokoh yang kuat dan lebih 71 peratus percaya demokrasi yang kuat memerlukan parti pembangkang.

Tolak zina, porno, homo 100%


Seramai lebih 85 peratus daripada golongan ini tidak aktif dalam parti politik, tetapi lebih 55 peratus lagi aktif dalam NGO, kelab dan persatuan.

Lebih 70 peratus juga aktif dalam kegiatan di sekolah dan kolej.

Tindakan yang lebih popular ialah berkahwin (lebih 68 peratus) dan mendapatkan pendidikan tinggi (lebih 78 peratus).

Turut menarik perhatian, hampir 70 peratus berpendapat pemakaian tudung di kalangan wanita Islam adalah wajib dan hampir 73 peratus tidak bersetuju dengan amalan poligami.

Seramai lebih 62 peratus juga menganggap Osama bin Laden sebagai pejuang kebebasan, namun mereka menolak keganasan.

Seks sebelum kahwin, pornografi dan homoseksualiti juga ditolak hampir seratus peratus, menurut laporan yang dibentangkan di Universiti Kebangsaan Malaysia hari ini.

"Walaupun mengambil pandangan konservatif dalam isu agama dan moral, golongan muda Islam Malaysia tidak cermat dalam memenuhi keperluan agama seperti sembahyang lima waktu, membaca al-Quran dan puasa di bulan Ramadan," laporan tersebut dipetik.

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...